Tuesday, 14 August 2012

Musuhku Suamiku (Karya Ke 3)


MUSUHKU SUAMIKU???
BAB 1
Amir memantau kawasan kolej yang baru sahaja dijengahnya untuk 3 hari. Suasana di kolej baru ini memang amat tidak menyenangkan Amir. Hai maklumlah, sebelum ini Amir berada di New York menyambung pengajiannya setelah dia habis belajar di Tingkatan 3 dulu. Suasana di New York yang penuh dengan sosial telah sebati dengan diri Amir jadi apabila dia disuruh balik dan menyambung pengajiannya di Malaysia Amir mula merasa kekok dan tak mahu menurut tetapi disebabkan oleh kedua ibu bapanya dan dia juga masih berpegang kepada hukum agama iaitu ‘syurga ditelapak kaki ibu’ jadi dia sebagai menurut sahaja. Bagus si Amir ni walaupun dah lama menetap di New York tapi budaya Timur tetap tak dilupakan.
Apasal la Mummy dengan Daddy punya plan ni sampaikan nak suruh aku balik dari New York. Walhal aku dah betah dah duduk kat sana. Kat sana sejuk, nyaman, dan bebas nak buat apa pun. Kalau nak keluar dengan ramai girls pun takpe. Takde orang yang nak kisah. Mummy dengan Daddy ni mesti de something. Dahlah tu suruh sambung study kolej kat Malaysia. Pe kelas duduk kat Malaysia ni. Low standard. Inilah luahan hati Amir tatkala Mummy dengan Daddy suruh pulang dulu. Macam-macam yang difikirnya tapi yang pasti semuanya negatif. Maklumlah dah terbiasa duduk kat tempat orang jadi macam tu la.
Pagi ini dah masuk sebulan Amir berada di kolej itu. Seperti hari-hari sebelumnya kehebatan kereta sport milik Amir pasti menjadi kegilaan ramai wanita di kolej tersebut termasuklah Liana, seorang gadis yang gedik dan pantang melihat lelaki-lelaki kaya. “Hai Amir, baru sampai?” tanya Liana sejurus melihat kelibat Amir yang baru saja keluar dari keretanya. “A’ah. I baru je sampai. You dah breakfast? Kalau belom, jom I belanja you makan. I suapkan” balas Amir yang hanya melayan semua perempuan yang dekat dengan dirinya. Hai maklumlah orang handsome begitulah gayanya.
            Di sebalik pokok yang berhampiran ada seseorang yang sedang mengendap mereka berdua itu dengan perasaan yang sangat meluat. Eee..gediknya minah tu. Menyampah aku tengok. Ish, si mamat tu pun sama layan je minah kerek tu. Sama je perangai, sorang tu terlebih gedik yang sorang lagi berlagak macho. Luah hati Iza. “Hoi, apa yang kau tengok sampai terjengul-jengul tu? Apa weii..?” soal Julia. “Takde pe-pe la. Kau tak payah nak tengoklah. Tutup mata kau. Dah jom kita ke kelas” balas Iza sambil menarik lengan temannya Julia sambil diikuti oleh Syila, salah seorang daripada mereka.
            Langkah disusun ke kelas seperti biasa. Iza, Julia, dan Syila berjalan memasuki ke kelas Psikologi yang diajar oleh Profesor Madya Dr. Delaila Johar. “Hai Iza, aku yakin kali ni kau mesti boleh buat. Kau kan scorer terhebat. Hehe..” jawab Jamal, classmate Iza, Julia dan Syila. Seperti biasa ketibaan Iza pasti akan disambut mesra oleh setiap rakan-rakan sekelasnya. Hal ini kerana Iza seorang budak yang cerdik pandai dan selalu mendapat markah tertinggi tuk setiap ujian yang dihadapinya. Hanya seorang yang sentiasa lambat sampai ke kelas. Harapkan muka je handsome tapi perangai tak elok.
             “Amir, why are you late? Or you want a red carpet to serve you come in?” tanye Profesor  yang tengah mengajar subjek Psikologi itu kepada Amir yang datang lewat dan buat muka tak bersalah. “Sorry Prof, Amir have told me that he will be late but I forget to tell you about it,” jawab Diana bagi pihak Amir. Iza yang melihat dengan perasaan yang sangat menyampah terus mengeluarkan kata-kata yang berbisa “Prof, tolak je markah kehadiran die tu. Mana aci. Dah la selalu datang lambat ke kelas. Mengganggu kita yang nak belajar ni,” tutur Iza dengan muka yang slumber. Amir yang mendengar hanya menjelingkan matanya menunjukkan ketidakpuasan hatinya kala itu. Di dalam hati “Siap kau pompuan, aku balas juga perbuatan kau nanti. Aish..”
            “Hey muka you ni kenapa? Pelik semacam je I tengok.” kata Liana. “Erm, I takde pe-pe la. It just I tengah mencari si Burung Kakak Tua tu. You tau tak dia kat mana sekarang ni?” balas Amir sempoi. “Eh, yang you nak cari minah tu kenapa? You dah tangkap lentok kat minah tu ke? Habis tu I macam mana?” sambung Liana dengan gaya gediknya. “Hey!! Takdenye I nak kat dia tu Sayang. I geram dengan si Burung Kakak Tua tu. Suka-suka hati je dia kenakan I tadi dalam kelas. Kalau I nampak batang hidung dia. Siaplah dia batang hidung dia I patah-patahkan. Eee..” balas Amir sambil menunjukkan muka ketidakpuasan hatinya terhadap Iza yang memang musuhnya sejak mereka kenal. Liana yang mendengar hanya menunjukkan riak muka bahagia dan bahagia dihati kerana Amir bukan nakkan Iza.
            Keadaan di perpustakaan yang sunyi memudahkan kerja Iza dan rakan-rakannya untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah. “Dah dah bangun la korang. Ajak korang discuss tuk assignment ni pun bukannya boleh harap. Aku juga yang kena siapkan. Aish nasibla aku dapat kawan macam korang ni. Jom balik jom. Dah lewat dah ni.” sahut Iza setelah usai semua tugasan. “Eh, sejak bila plak kau ni tau tengok jam, Iza? Tahu pulak erk kau yang sekarang ni dah lewat. Aku ingat kau nak terus stay kat library ni. Hehe.. Oh ye aku tolong explain eh nanti kat Prof.” balas Syila melihat ke arah Iza yang sedang mengemas semua buku-buku dan terus beransur keluar dari perpustakaan. “Erm, iye la. Kali ni korang kena explain masa nak bentang tu nanti. Kalau itu pun korang tak boleh buat, siaplah korang..!” balas Iza sambil mengemas kertas-kertas yang berselerakan diatas meja itu.
            “Awak, awak bangun.” kata Iza kepada Zamri yang kelihatan tidur diruang bacaan akhbar di dalam perpustakaan ketika dia melintasi bahagian itu untuk berlalu pulang. “Erm.. Oh ye saya tunggu awak la dari tadi. Saya ingat nak ajak awak keluar makan malam dengan saya. Nak?” balas Zamri setelah sedar yang Iza berada didepan matanya disaat itu. Iza yang mendengar hanya membalas “Sorry, saya dah janji dengan Papa untuk dinner malam ni. Sorry k. Oh ye saya dah lambat ni, saya gerak dulu. K bye” tungkas Iza lalu beransur pergi jauh dari bayangan mata Zamri. Zamri hanya melepaskan ketidakpuasan hatinya dikala itu dengan menggelengkan kepala. Setiap kali Zamri ingin mengajak Iza keluar pasti ada saja halangan yang menjelma.
Kenapalah susah sangat aku nak ajak kau keluar,Iza? Kenapa? Argh!! Luah hati Zamri dengan nada amarah. Keadaan didalam biliknya sudah macam tongkang pecah. Habis semua barang diselerakkannya. Nasib baiklah rumah yang didiami itu hanya dia seorang saja yang tinggal bersendirian. Setelah hatinya sedikit merasa lega, Zamri hanya menyandarkan dirinya ke dinding sambil memegang sekeping gambar peribadi yang disitu terselah seorang budak perempuan yang sangat cantik berdiri di sebelahnya. Siap lagi kalau bukan gambar kekasih hati pengarang jantungnya, Iza. Sejak mereka sekolah rendah lagi mereka sudah berkenalan dan pada waktu sekolah menengah tiba-tiba dia mula merasai suatu perasaan yang dia alami sekarang ini, cinta. Tiada siapa tahu mengenai itu termasuklah Iza sendiri kerana Zamri seorang yang sukar untuk menceritakan soal hati dan perasaan dengan sesiapa.

BAB 2
            Langkah disusun dengan tertib untuk melangkah masuk ke ruangan kamar Dr. Musa. Ketukan di pintu diberi lalu kaki melangkah masuk. “Erm, doktor. Fail-fail ni semua nak letak kat mana?” jawap Iza. Dr.Musa yang baru menyedari tentang kehadiran anak perempuan tunggal kesayangannya terus mengalihkan pandangan ke arah pintu masuk.
“Eh, Iza. Kenapa datang tak cakap dulu kat Papa?” “Perlu ke Iza buat appointment dulu sebelum datang jumpa Papa?” “Bukan macam tu la maksud Papa. Duduklah. Kenapa Iza tak nak buat lesen kereta? Kan senang kalau Iza nanti dah de lesen dah de kereta nanti boleh bawak pergi ke kolej. Tak payahla susahkan Papa lagi nak kena gi hantar dan gi ambil Iza dari kolej. Kenapa?” balas Dr. Musa melihatkan anaknya yang sudah besar dan sepatutnya sudah boleh berdikari dalam menguruskan segala hal termasuklah hal untuk ke kolej. “Iza takutlah Pa.. Hehe..” jawab Iza dengan mukanya yang comel ditambahkan pulak dengan riak tak bersalahnya bila berkata-kata. “Ini bukan takut tapi saja je nak manja-manja. Ish anak Papa sorang ni.” Sambung Dr.Musa sambil membelai mesra umbun kepala anak perempuannya itu.
            Iza tersenyum mendengar celoteh Papanya itu. Bukan dia bermaksud atau nak bermanja lebih-lebih dengan kedua ibu bapanya tapi disebabkan hanya dia sahaja seorang anak kepada kedua ibu bapanya jadi dia rasa dia berhak untuk berperilaku sedemikian. “Hehe.. Alaa Pa. Biarlah Iza manja-manja ngan Papa ngan Mama. Tak salah pun. Oh ye Pa, Iza sebenarnya nak suruh Papa doakan tuk mid-term test Iza sok. Papa doakan tuk Iza camni tau. Ya Allah Ya Tuhanku, kau makbulkanlah doaku ini. Berilah keringanan tuk anakku, Iza, yang CANTIK, COMEL ni berjaya dalam menjawab test besok dan dapat markah tinggi. Amin.. Hehe” tungkas Iza sebaik saja Papanya selesai bercakap. Dr. Musa hanya menggelengkan kepala melihatkan keletah anak daranya itu dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir. Dia yakin yang anaknya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang. Anaknya itu tak pernah mengecewakan dia dan isterinya. Alhamdullilah.
            Dua beranak itu yang tak pernah lekang bersama kalau dah berdua terus menghayun kaki menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan klinik. Setiap biasa kedai mamak yang terletak diseberang jalan menjadi pilihan. Kedai ‘Saudara Baru’ memang terkenal di kawasan Jalan Raja Chulan itu yang terkenal dengan nasi lauk menu dari India beserta dengan papadomnya yang memang sedap. Best in heaven la kalau dalam kata mat salleh. Iza dan Papanya makan dengan enaknya di situ sambil berbual-bual. “Pa, lepas ni teman Iza pergi ke bookshop eh.. Iza ada nak cari buku rujukan la kat sana.” ucap Iza kepada Papanya dan dibalas dengan anggukan oleh Dr. Musa.
            Keadaan susun atur yang teratur didalam kedai buku itu menyenangkan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung atau ingin mencari aneka pilihan buku yang terdapat di situ. Iza yang tanpa melengahkan masa terus menuju ke rak yang tersimpan buku yang diingininya. Haa.. Ada pun buku ni. Ingatkan dah habis dah. Syila dengan Julia cakap dorang cakap buku ni dah habis dijual. Hmm..ni mesti tak datang cari buku pun lepas tu bagi alasan kat aku. Aish. Ngomel Iza dalam hati tatkala buku yang diingini sudah berada dalam genggaman. Setelah buku itu diperolehinya, kaki terus ingin pergi ke kaunter pembayaran.
Dalam perjalanan menuju ke kaunter pembayaran, Iza ternampak kelibat Amir. Laa..dia buat apa kat sini? Aku ada kat sini dia pun ada la. Usai saja dari membayar harga buku yang dibeli Iza terus menarik lengan Dr. Musa berlalu pergi dari kedai buku tersebut.
“Hey, kenapa Iza tarik Papa camni ni? Kenapa?”tanya Dr. Musa setelah pening melihatkan tingkahlaku Iza yang tiba-tiba itu. “Erm, tadi kat kedai buku tu ade sorang mamat ni yang selalu kacau Iza masa kat kolej. Sebab tu la Iza tarik tangan Papa lari dari tempat tu. Menyampahlah nampak muka dia tu Pa. Dah r..tak payah nak ceriter la pasal dia tu.”ucap Iza dengan nada yang berbaur sedikit kebencian. Dr. Musa yang mendengar hanya tersenyum melihat anaknya itu. Kereta yang dipandu oleh Dr. Musa terus menuju ke kawasan rumah. Kelihatan Mama Iza iaitu Puan Maimon sedang menyiram poko bunga dihalaman.
“Hai Mama. Dah-dah la tu siram pokok. Jom kita masuk ke dalam. Lagipun hari dah nak gelap dah ni.”tegur Iza kepada Mamanya sejurus turun dari kereta dan melihat Mamanya yang tengah khusyuk menyiram pokok bunga di halaman rumah. Puan Maimon hanya mengikut memasuki ke dalam rumah sambil dibuntuti oleh Dr. Musa.












BAB 3
            Akhirnya hari untuk menjawab mid-term test tiba. Hari ini Iza terlambat sampai ke kolej ekoran terlewat bangun tidur. Dia terjaga dari tidurnya setelah dikejut berulang kali oleh Mamanya pada jam 7.15 pagi, test tu pulak bermula pada pukul 9 pagi. Nasib baiklah dia sempat juga sampai sebelum test belum bermula secara langsung. Kelihatan semua kenalan-kenalannya sudah berada di tempat masing-masing dah sudah tersedia dengan kertas jawapan beserta kertas soalan. Dengan langkah berhati-hati bagi mengelakkan gangguan bagi pelajar lain menjawab ujian Iza terus mara ke meja Profesor yang berada dihadapan. Tapi sebelum dia sampai ke kaki meja Profesor, Iza ternampak sesuatu yang mencurigakan. Dia ternampak Amir sedang meniru jawapan pada nota yang terselit dicelah antara kertas soalan dan jawapan.
“Prof, Amir is cheating” bisik Iza ke telinga Profesor yang berada di depan. Detak kaki Profesor diatur terus ke meja Amir lalu nota yang terselit dicapai. “What is this, Amir? Awak tahu kan yang perbuatan meniru ni bukan boleh dibuat main-main.” marah Profesor. “Sorry Prof, saya terbawa ke dalam dewan exam ni. Saya tak sengaja. Lagipun saya manalah pernah de record buruk sejak saya de kat sini kan..? Sorry Prof.” jawab Amir sambil merayu. “Erm,ok tapi lain kali jangan buat macam ni lagi” balas Prof memikirkan tentang apa yang sudah dikatakan oleh Amir sebentar tadi. Iza yang melihat hanya menjeling tajam ke arah Amir.
Di dalam bilik Iza. “Ayang, abang rasa Ayang kena ajarlah Iza tu mulai sekarang untuk mengemas bilik dia ni. Nanti bila dia dah kahwin senanglah tak payah susah-susah nak kena cari orang gaji. Aish..ini nak kemas bilik sendiri pun tak pandai. Lipat baju pun tak.” celoteh Dr. Musa sambil mengemas bilik anak daranya itu. “Laa..npe Ayang pulak,bang? Tapi memang betul pun jugak pe yang abang cakapkan tu. Tapi abang tahu-tahu ajalah anak abang tu perangai macam mana? Nak ke dia dengar pe yang saya cakapkan? Anak dara awak tu kan macam singa. Hehe..” balas Pn. Maimon. Dr. Musa yang mendengar hanya terdiam kerana apa yang diperkatakan oleh isterinya itu ada benarnya. Anaknya itu bukannya senang untuk disuruh dalam membuat kerja-kerja rumah sebegitu.
Kepulangan Iza dari kolej memang dinantikan oleh Puan Maimon dan Dr.Musa. Mereka sekeluarga akan makan malam di luar hari itu. Dalam pada masa yang sama, mereka sudah ada agenda yang dirancangkan bersama dengan rakan karib mereka untuk mempertemukan Iza dengan anak lelaki mereka, Amir yang tanpa pengetahuan mereka Iza dan Amir sudah kenal lama dan mereka saling membenci.
“Iza cepat bersiap, kita dah nak pergi jumpa kawan Mama dan Papa yang kitorang dah planned nak jodohkan anak dia dengan Iza. Anak dia handsome, baik. Kamu pasti suka kat dia nanti, nak,” kata Mama kepada Iza yang masih tengah bersiap. “Erm, ye la tu. Tapi Iza ni masih muda lagilah Ma. Iza nak habiskan pelajaran Iza dulu. Huhu..” tutur Iza kepada Mamanya dengan nada manjanya. Iza memang seorang yang sangat manja dengan keluarga tapi tegas dalam menjalankan rutin hariannya sebagai seorang pelajar maka dengan itu dia sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang.
“Amir, Amir dah siap?” tanya Papa. “Haah, camnilah baru anak Papa. Handsome pun.” sambung Papa Amir. “Thanks Pa. Like father, like son kan..?” balas Amir. Mama Amir yang melihat dari jauh hanya mampu tersenyum melihat telatah dua beranak tu yang memang sangat rapat tapi ada kalanya ada juga yang mereka tak bersefahaman. Biaselah orang yang dah berumur dengan orang muda lain cara pemikirannya. 
“Hai Musa, dah lama ke kau sampai? Sorry la.. Tadi jam masa kitorang on the way nak ke sini. Kau taulah KL ni camne kan..? hehe..” kata Dato’ Azman. “Eh, kau Man. Tak de hal la. Lagipun kitorang ni pun baru je sampai. Order pun belum lagi. Oh, ni anak kau eh Man? Dah besar dah. Lama betul kita tak berjumpa. Dah nak dekat hampir 15 tahun.” jawab Dr. Musa setelah melihat kelibat sahabat lama yang sudah hampir 15 tahun mereka tak ketemu setelah kali terakhir berjumpa semasa anak mereka masih lagi tadika.
“Assalamualaikum, uncle. Uncle sihat?” sambut Amir huluran tangan Dr. Musa itu. Namun matanya tak lepas dari melihat wajah orang yang sangat dia kenali dan sangat dia benci. Orang itu adalah Iza, perempuan yang sentiasa bertekak dengan dia setiap kali mereka berjumpa ‘macam anjing dengan kucing’. “Apasal la plak minah burung kakak tua ni ada kat sini? Aish..” jeling Amir kepada Iza. Iza yang melihat hanya menjelirkan lidah.
“Eh duduklah. Kenapa berdiri je..? kan de kerusi tu. Hehe..” seloroh Dr. Musa. Semua yang berada disitu hanya tersengih mendengar kata-kata Dr. Musa. Kedudukan kerusi di meja makan itu seperti sudah diatur. Mummy Amir menghadap Mama Iza manakala Papa Iza menghadap Daddy Amir dan sudah tentunya ‘mush tegar’ itu duduk dimeja makan secara bertentangan dan apabila ianya berlaku tahu-tahu je la apa yang bakal tercetus. Jelingan tajam antara kedua-duanya memang ketara. Kedua-dua ibu bapa mereka perasan tentang keadaan itu tapi mereka hanya buat tak endah.
Suasana dimeja makan hanya meriah dengan celoteh-celoteh dari kedua ibu bapa kedua belah pihak. Iza dan Amir hanya buat hal masing-masing dan sekali-sekala bila mata bertentangan maka adalah diantara mereka yang akan menunjukkan muka tak puas hati. Yang memerhati reaksi mereka berdua hanya tersengih dengan seribu maksud. Licik sungguh ibu bapa kedua belah pihak ni.
Setibanya dirumah, Amir terus diasak dengan pelbagai soalan oleh ayahnya, Dato’ Azman. “Amir,camne? Amir dah kenal Iza tu kan? Lagipun dia pun satu kolej ngan Amir so Daddy rasa takde masalah kalau korang kahwin. Nanti senanglah korang nak gi ke kolej sama-sama. Betul tak, Mummy? Hehe..” balas Daddy setibanya mereka dirumah. “Betul cakap Daddy tu Mir. Lagipun korang pun dah saling kenal kan..? Jadi Mummy ngan Daddy rasa takde salahnya kalau korang bersama. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan family kita dengan family Uncle Musa.” Sambung Mummy Amir, Datin Irin menyokong kata-kata suaminya tadi.
“NO!! NO!! No Daddy. Amir tak nak kahwin dengan burung kakak tua tu. Eee.. Gelilah.” kata Amir sambil memhempaskan badannya ke sofa diruang tamu sambil menunjukkan riak muka yang jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan Daddynya untuk menjodohkan dirinya dengan ‘musuh ketat’nya iaitu Iza atau nama sebenarnya Iniza Azlin bt Musa. “Kenapa tidak?” balas Datuk Azman sambil melihat kerenah anak lelakinya yang mulai buat hal tapi dia tahu itu hanyalah disebabkan oleh darah panas anak muda zaman sekarang, samalah macam dia muda-muda dulu.
Keadaan yang agak sedikit berbeza terjadi di rumah Dr. Musa tatkala itu. “Papa tak tahu dia tu macam mana kat kolej. Papa ngan Mama tak tau pe yang dia panggil Iza pe kat kolej. Dia panggil Iza “BURUNG KAKAK TUA” tau..!!” jawab Iza dengan nada yang agak tinggi sambil mengalihkan pandangan ke tempat lain bukan menghadap ibu bapanya. “Iniza Azlin!! Boleh tak jangan jerit-jerit kat sini? Papa dengan Mama ni belum pekak lagi ye yang sampai kamu nak menjerit camtu kat kami.” sampuk Mama Iza, Puan Maimon. Dr. Musa yang mendengar tiba-tiba menyampuk. “Cuba cerita.”
            “Amir tu playboy tau tak Pa, Ma. Dia tu suka je kenakan orang yang lemah yang tak sekaya dia. Perempuan semua dia gi kacau. Bukan tu je ngan lelaki pun dia kacau jugak. Dahlah kadang-kadang tu Iza nampak de sorang perempuan ni yang sentiasa je berkepit dengan dia. Aish.. Naik meluat Iza tengok dorang tu. Pendek citerlah, kalau nak citer pasal dia sampai ke esok tak habis. Yang penting Iza tak nak bersuamikan orang yang macam tu Pa,Ma. Tak nak. NO WAY!!” balas Iza sambil melangkahkan kaki ke bilik untuk tidur. Dr. Musa dan Pn. Maimon hanya mampu melihat kelibat anaknya menghilang dari pandangan.
Pang! Begitu kuat bunyi dentuman pintu yang dihempas oleh Iza memuaskan api amarah yang semakin membara ketika itu. “Argh!!” menjerit Iza melempiaskan amarah yang masih tersisa di hatinya ketika itu. Kenapalah Mama dengan Papa ni nak sangat aku nikah dengan si ‘mamat poyo’ tu? Dia tu dah la poyo, berlagak handsome pulak tu. Erm, tapi memang dia handsome pun. Argh! Handsome je tapi perangai hanya Allah je la yang tahu. Menyampah aku! Sungut Iza sambil melemparkan sebahagian barang yang ada di dalam bilik itu sebagai tanda tak puas hatinya. Keadaan bilik dah menjadi seperti tongkang pecah.
Melihat keadaan bilik yang memang dah berselerak itu dengan daya nak tak nak, Iza mengemas balik biar menjadi seperti sedia kala. Iza buat kerja macam ‘mencabut bulu kambing’ buat kerja banyak kali. Iza Iza. Akhirnya seusai saja mengemas, dengan serta merta Iza tertidur. Mungkin keletihan membebel seorang diri dalam bilik.
Amir menghempaskan badannya ke katil selepas bertekak dengan Daddynya perihal perkahwinannya yang diatur oleh kedua ibu bapanya yang berharap dia akan mengahwini Iza. Gitar di sebelah dicapai lalu jarinya pantas memetik mencetuskan bunyi. Petikan gitar yang berbunyi lagu ‘Tentang Rasa’ dari Astrid itu memang mendamaikan. Walaupun Amir merupakan seorang pelajar jurusan Photography tetapi pemainan alat muzik gitar amat diminatinya juga. Kenapa mesti aku nikah dengan Iza? Iza? Soal hati Amir yang tertanya-tanya sehinggalah dia terlena bersama gitar di dalam pelukan.









BAB 4
 “Hey,guys. Nanti dah habis semua kelas tuk hari ni I nak ajk korang semua ke Zoo. Nak? I belanja. Hehe..” ujar Amir setelah melihat keadaan kelas yang agak bising dikala itu. Semua yang mendengar hujah Amir terus bersorak gembira. “Zoo? Kenapa you tiba-tiba nak pergi ke Zoo pulak Amir? Apa yang specialnya kat sana tu. Binatang yang banyak adalah.”sampuk Liana bila mendengar kata-kata Amir yang tak masuk dek akal pada fikirannya. Bagi Liana buat apa pergi ke tempat yang banyak binatang tu. Lain la kalau pergi shopping dapatlah beli pakaian-pakaian baru. Amir yang teruja mendengar soalan Liana yang tak seberapa cerdik itu mula membalas. “Haa..you tak tahu ke? Kalau kat Zoo kan kita bolehlah tengok banyak binatang termasuklah ‘burung kakak tua’. Kalau korang nak tahu, burung kakak tua ni buta tau sebab paruh dia tu panjang sangat sebab tu la kena pakai spek. Hahaha..”balas Amir dengan selamba sambil mengalihkan pandangan ke arah Iza. Iza yang mendengar menjeling tajam ke arah Amir. Eee…mamat poyo ni nak jugak makan penumbuk dengan aku ni. Sabar Iza sabar. Makin kau layan makin teruk jadinya. Ngomel Iza dalam hati sambil memunasabah diri.
Kaki Iza masih belum juga mahu menunjukkan tanda bakal sembuh. Kini kakinya berbalut dengan vandage. Nasib baiklah ayahnya seorang doktor. Dengan langkah yang agak terhenjut-henjut Iza masih jua mahu ke kolej kerana dia memang seorang yang pentingkan pelajaran. Jadi tidak heranlah kalau setiap kali ujian pasti dia yang bakal menerima pujian dari semua pensyarah kerana mendapat markah tertinggi. Kelihatan kelibat Amir melangkah menuju ke Iza sejurus saja dia keluar dari lift.
“Hey cik Iza. Kenapa ni? Sakit eh..? Alololo ciannya dia. Dahlah tu pakai vandage plak. Hahaha..” sapa Amir dengan nada mengejek. Kalau bukan disebabkan dia kaki Iza takkan jadi macam tu. “Hey!! Awak ni kenapa, huhh? Kalau sehari tak kacau saya tak leh eh..? kenapa dengan saya pakai vandage ni? Bukannya mintak duit dengan awak pun nak beli vandage ni.” balas Iza dengan nada yang agak terlebih tinggi berbanding Amir. “Wowowo.. Apa garang-garang ni. I tak cakap pun yang you mintak duit ngan I nak beli vandage tu. Alaa.. You untunglah bapak you doktor so bolehlah you pakai vandage tu. kalau I, I kena pergi klinik dulu la barulah dapat merasa pakai vandage tu. Hehe..”sambung Amir. “Awak lagi beruntung tau Amir. Sebab Daddy awak tu Dato’. Orang yang pangkat Dato’ ni kan famous dengan dalam kalangan khalayak ramai. Ramai artis yang tergila-gilakan orang berpangkat Dato’ ni tau. Tup tup.. Awak pun boleh merasa dapat mak tiri ‘artis’.. hahaha..” balas Iza. “HEY!!” “Hey apa?? Awak tu yang mulakan dulu ok. Dah la malas saya nak layan awak ni.” tungkas Iza tapi sempat dipotong oleh Amir “I pun malas nak layan you ni. Makin I layan you ni makin sakit kepala I. Wicth!!” kata Amir lalu berlalu pergi. “Kalau aku ni ahli sihir dah lama dah aku sumpah kau jadi KATAK tak pun KODOK.. Werkk!!” sambung Iza sebelum Amir benar-benar berlalu pergi. Amir yang terdengar namanya disebut mengalihkan pandangan dan terus menunjukkan reaksi tak puashatinya kepada Iza.
Masing-masing berlalu pergi mengikut haluan sendiri. Amir dengan hala tujunya ke arah kantin yang berdekatan kerana dari pagi lagi dia tidak bersarapan. Sebelum apa-apa berlaku lebih baik sediakan ‘payung sebelum hujan’. Sepinggan nasi goreng sebagai pengalas perut untuk Amir sudah memadai dan segelas air hot chocolate kegemarannya. Sedang elok Amir siap makan, terlihat kelibat Liana dengan Rara gengnya di suatu ceruk. “Hye girls. Korang tengah buat ni? Ops! Sorry.. I nak bercakap dengan Liana sekejap boleh,girls??” sapa Amir. Rara geng trus berlalu pergi ke tempat lain meninggalkan mereka berdua.
“Sweetheart, I de nak mintak tolong sikit dengan you ni. I.. I nak you datang rumah I besok.”ucap Amir perlahan-lahan. “Oh okay.. Esok eh.? Set. You pick me up. Bye..”ujar Liana sekilas mendengar kata-kata Amir dan terus berlalu pergi. “Aish minah ni. Aku baru je cakap sikit dia dah berambus pergi. Ni baru nak suruh menyamar jadi girlfriend belum jadi bini lagi. Kalau dah jadi bini aku tak tahulah pe lagi.”ngomel Amir. Dia duduk berteleku disitu seketika sebelum melangkah kaki ke kereta untuk pulang ke rumah manakala Liana dan Rara gengnya sudah berlalu pergi bergegas ke pusat membeli-belah untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai ke rumah Amir esok.
Iza dan Zamri masih berada di taman. Seperti kebiasaan, mereka akan meluangkan masa bersama di situ ketika masing-masing sudah habis kelas dan seperti kebiasaannya juga Zamri akan membawa makanan atau ice-cream kegemaran Iza iaitu Cornetto Vanilla beserta dengan Vanilla Latte. Apa saja yang berkait dengan vanilla pasti digemari oleh Iza. Entah sejak bila dan kenapa Iza mula meminati perisa itu. Mungkin sebab dia sukakan susu maka semua yang bewarna putih atau vanilla pasti disukai. Dah macam budak-budak dah perangai Iza ni kadang-kadang.
“Nah ice-cream vanilla awak.”Zamri menyerahkan ice-cream tersebut ke tangan Iza. Iza menyambutnya dengan ucapan terima kasih. “Awak tak nak ke share dengan saya sikit? hehe..”sambung Zamri apabila dia melihat Iza begitu khusyuk menikmati ice-cream itu. “Tak nak”jawab Iza sepatah. “Ok tak pe. Saya pun de jugak la..hehe..”balas Zamri kembali. Akhirnya dua-duanya menikmati ice-cream yang tersedia dengan aman sebelum keduanya pulang ke rumah masing-masing.
Petang itu, Amir tiba bersama dengan Liana yang berpakaian agak menjolok mata dengan baju yang ketat. Permakaian dia itu memang membuatkan Daddy dan Mummy Amir meluat. Amir yang nampak akan perubahan pada riak wajah Mummy dan Daddynya hanya membuat muka biasa walaupun ada kegusaran didalam hati. “Erm, Mummy ngan Daddy ni mesti tak suka dengan pemakaian Liana ni. Aish si Liana ni pun satu. Belum sempat aku habis bercakap semalam kau dah cabut. Lantaklah..”ngomel Amir dalam hati.
Kedudukan yang tersergam indah di ruang rumah Dato’ Azman memang boleh membuatkan ramai orang tak pernah puas untuk melihatnya tambahan lagi kepada sesiapa yan tak pernah berada dalam keadaan tersebut. Liana begitu terpukau dengan susun atur yang menarik didalam rumah besar itu. “Cantik rumah aunty dengan uncle ni. Rumah saya pun tak secantik ni walaupun besar tu sama je. Hehe..”jawab Liana tanpa segan silu walaupun itu semua hanyalah bohongan semata-mata. Ibu bapa Amir yang mendengar hanya menunjukkan muka dan reaksi yang menjengkelkan apabila mendengar kata-kata Liana itu. Siapalah yang tahan dengan perangai perempuan gedik campur kerek tu. Aish..
“Erm, jemputlah makan semua. Hehe.. Haa.. Amir amik nasi tu.”ucap Datin Irin bagi memulakan upacara makan bersama. Pelbagai lauk terhidang diatas meja makan. Disitu terdapat lauk ikan terubuk asin, ikan cencaru masak tiga rasa, kari ketam, air sirap limau dan desert pudding caramel. Semuanya menyelerakan tekak bagi sesiapa yang berada disitu. Semuanya bermula dengan ucapan doa makan yang didoakan oleh Dato’ Azman. Walaupun mereka orang yang berada tapi tanggungjawab sebagai umat Islam tetap diutamakan. Usai saja bacaan doa makan dari Dato’ Azman, Liana dengan gelojohnya telah mencebuk lauk ke dalam pinggan yang telah tersedia didepannya. Semua yang berada di meja makan tercengang. “Muka harap je cantik tapi Ya Allah perangai gelojohnya. Dahlah pakai pakaian camtu jangan harap nak jadi menantu aku.”monolog Datin Irin dalam hati meluat melihat tingkah laku Liana didepan mata.
Euuww.. Manisnya you. I tak bolehlah makan makanan yang manis camni. Dahlah tak sedap. Bibik you tak pandai masak ke pe? Nanti kita mudah dapat diabetes you tau tak..”lancang kata-kata Liana itu sejurus meletakkan sudu yang digunakan untuk merasa makanan tadi. Tiba-tiba kaki Liana dipijak Amir sebagai tanda protes dengan tindakan yang dia telah lakukan. “Kenapa?”jawab Liana. Datin Irin yang sudah mula meledak mahu marah terus mengeluarkan kata-kata bagi menutup mulut Liana yang lancang itu. “Lauk-lauk ni semua aunty yang buat.”ulas Datin Irin sambil menunjukkan muka ketidakpuashatian. Liana yang malu terus mengawal malu kerana telah menyebut sesuatu yang tidak elok didepan keluarga Amir. “Oh, aunty ke yang masak? Erm, kalau takde gula tak sedap la pulak kan..? Hehe..”sambung Liana dengan muka yang tak bersalah. Akhirnya semua menjamu selera dengan hidangan yang tersedia walaupun ada yang terguris hati.
“Amir, awak buat apa kat rumah saya ni? Mana Mama dan Papa saya?”tanya Iza apabila melihat kelibat Amir yang semakin menghampiri dirinya tatkala itu. Amir yang mendengar terus mendekatkan diri sambil menampilkan riak muka yang semacam. “Ush! Diamlah..Mama dan Papa takde kat rumah. I datang jenguk bakal isteri I , tak salah kan..?”balas Amir dengan gerakan yang semakin mendekat seperti seekor harimau yang mahu menerkam mangsa disaat kelaparan. Iza yang takut mengundurkan diri ke belakang tetapi kakinya tersangkut kaki meja yang berada berhampiran situ.  Iza yang hampir terjatuh ke belakang sempat dipaut badannya oleh Amir. Buat seketika mereka terdiam dengan keadaan Amir memangkung Iza. “Hey!! Awak jangan nak sentuh saya. Pergi! Pergi!”jerit Iza.
Keadaan Iza yang macam orang tengah sasau itu mengejutkan Puan Maimon yang terdengar anaknya menjerit-jerit. Tanpa rasa segan mahupun gusar, Puan Maimon terus menampar muka Iza. Pang! “Hey, Iza ni dah kenapa? Macam orang rasuk je. Bangun cepat. Kejap lagi nak ke kolej pulak.”bebel Puan Maimon terhadap anak dara yang sorang tu sambil menggoyangkan badan Iza yang masih dalam keadaan mamai. Iza yang terpana dengan tamparan yang diberikan oleh Mamanya tadi terus terdiam dan mulai sedar tentang keadaan sekeliling. Ya Allah. Aku mimpi je rupenya tadi. Buat malu je.. Ngomel Iza didalam hati lalu bantal peluk yang tersedia ada di atas katil capai menutup mukanya. Dengan langkah yang perlahan, Iza bangun dari tempat pembaringannya dan berlalu masuk ke dalam bilik air.




BAB 5
Seperti kebiasaanya, Iza melangkah masuk ke kelas dengan harapan untuk mendapat ilmu yang berkat. Hari ini hari Isnin, jadi seperti hari Isnin sebelum ini kelas Psikologi adalah kelas yang pertama sekali pada pagi itu. Dengan debaran didada, Iza tak pernah putus asa untuk memanjat doa ke atas Allah semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang untuk test yang dihadapinya minggu lepas. Rakan-rakan yang berada didalam kelas tak kurang juga melakukan hal yang sama. Pensyarah yang berada dihadapan sudah bersedia untuk mengungkapkan kata-kata. Bila-bila masa saja dia akan bersuara.
“Baiklah. Ditangan saya ni ada keputusan test yang telah kamu semua jalani minggu lepas. Hmm..seperti biasa, Iza awak mendapat markah tertinggi lagi kali ini. Congrats.”ucap pensyarah Psikologi memberitahu berita gembira itu kepada semua yang berada didalam kelas. Tiada siapa yang menyangkal kerana Iza pasti akan mendapat keputusan yang bagus. Iza yang mendengar namanya disebut terus bangun dan mendapatkan huluran kertas ujian yang terselit markah dia mendapat ujian. Amir yang berada di depan hanya menunjukkan sifat tak puas hatinya kepada Iza. Amir sudah berusaha dengan sebaik mungkin tapi dia masih tak mampu untuk melawan si ‘burung kakak tua’ itu.
“Okay kelas. Contohilah Iza. She’s the best student.”sambung ucapan pensyarah yang terus-terusan memuji baik terhadap Iza. Iza yang berada disebelah hanya mampu tersenyum bangga dan mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa. Alhamdullilah Ya Allah. Kau perkenankan doa hambaMu ini. Doa Iza didalam hati.
Petang itu Iza balik dengan muka yang penuh ceria. Iza cukup gembira kerana dia masih dapat mengekalkan kegemilangannya dalam setiap ujian yang dijalani. Ibu bapanya juga berasa bertuah kerana dikurniakan anak yang cerdik pandai macam Iza walaupun Iza kadang-kadang seorang remaja yang degil dan susah dibawa berbincang. Dr. Musa dan Puan Maimon sedanh rancak berbual sambil menonton televisyen ketika Iza datang mengejutkan mereka dari belakang dengan teriakan yang kuat.
“Mama, Papa! Iza dapat A+ lagi dalam subjek Psikologi. Hehe..”ujar Iza dengan nada yang sungguh gembira. Kedua-dua ibu bapanya dipeluk mesra. Kegembiraan jelas terpancar pada riak wajahnya. “Tahniah Iza. Papa tahu yang anak Papa ni scorer terhebat kat kolej tu. I’m proud of you my girl.Hehe..” balas Dr. Musa berbangga dengan keputusan cemerlang anaknya sambil disokong oleh isterinya yang setia disisi.
Seperti kebiasaannya, sekiranya Iza mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran pasti mereka sekeluarga akan meraikannya direstoran diluar. Keadaan yang indah di Arona Bends Restaurant memang menyelesakan Iza sekeluarga. Tatkala mereka lagi bergembira tiba-tiba kelihatan kelibat seseorang. Seseorang yang sebelum ini pernah terbawa ke dalam mimpi Iza.
Kelihatan Amir yang segak berpakaian baju berkolar berwarna putih di dalam dan dikenakan pula dengan baju sejuk berwarna merah. Pakaian Amir seakan-akan sedondong dengan Iza yang dikala itu berpakaian blaus berwarna merah. Kedua-dua berpandangan sesama sendiri dengan kehairan dihati. Aik..asal baju aku dengan dia boleh sama pulak? Cantiklah pulak dia malam ni. Ngomel kata hati kecil Amir. Hatinya bergetar tiba-tiba. Entah kenapa. Ish! Pe mamat ni buat kat sini ni. Tadi masa masuk ke sini takde la pulak nampak muka dia. Tapi handsome la pulak dia malam ni. Eh, tak-tak tak handsome pun Iza. Dahlah baju sama color dengan aku. Ngomel hati kecil Iza yang berdetak dengan nakal tatkala itu.
“Eh,Amir kamu buat apa kat sini? Uncle tak nampak pun kamu tadi. Hehe..”tegur Dr. Musa memulakan perbicaraan dengan Amir. “Oh Amir tengah makan-makan dengan member kat belah sana tu uncle.”balas Amir sambil menunjukkan tempat dimana terletaknya rakan-rakan Amir sedang berborak. Iza turut mengalihkan pandangan ke sana. Eh, takde la pulak si Liana tu. Selalunya tak pernah lepas dari berkepit. Ngomel hati Iza lagi. Amir yang seperti dapat menyangka apa yang difikirkan oleh Iza terus mengeluarkan kata-kata. “Liana takde Iza. Tadi dia nak ikut I tapi dia tiba-tiba de benda lain nak kena uruskan. I pun tak tahu apa.”ucap Amir. Aik,mamat ni camne dia boleh tahu apa yang aku fikir pulak. Dia belajar psikik ke? Uish! Mampus aku kalau dia tahu semua yang aku fikirkan selama ni. Liana takde? Fuh! Lega. Ngomel hati Iza dengan hanya melihat ke muka Amir. Entah kenapa dia berasa sedikit lega dengan ucapan Amir tadi.
Puan Maimon yang memang sudah sebati dengan sifat Iza yang memang nakal itu terus mencubit tepi badan Iza. “Auch! Mama kenapa ni? Main cubit-cubit la pulak.”ngomel bibir mongel Iza tatkala merasa dirinya dicubit dengan tiba-tiba oleh Mamanya. Tanpa segan silu satu jeliran diberikan kepada Mamanya ketika itu sambil diperhatikan oleh Dr. Musa dan Amir. “Mereka tu macam tu la Amir. Nama je mak dan anak tapi perangai macam budak-budak kadang-kadang tu. Suka bergurau. Hehe..” sampuk Dr. Musa melihat keletah isteri dan anaknya yang tak pernah berubah tu. Pasti ada saja perkara yang nak diguraukan. “Haha.. takpe uncle. Kan kalau bergurau antara satu sama lain dalam keluarga ni bagus. Boleh mengeratkan silatulrahim antara sesama insan. Ye tak uncle?”balas Amir sambil menjeling ke Iza yang berada di tepinya. Iza yang perasan kata-kata Amir itu seperti menyindir terus menyambung hujah Amir itu. “Alaa Pa. Silatulrahim sesama ahli keluarga tu memang la perlu dieratkan sentiasa kan, Pa, Ma? Tapi kalau orang tu selalu je menyakitkan hati kita, perlu ke kita buat hubungan silatulrahim dengan dia tu Pa? Iza rasa tak sebab menyesakkan jiwa je nanti.”balas Iza tajam.
Ish minah ni. Nasib baiklah ada mak bapak kau kat sini. Kalau tak, dah lama dah aku cekik kau kat sini tau. Orang cuba nak berbaik dia balas camtu. Argh! Sungut Amir di dalam hati sambil membalas jelingan Iza tadi. Tiba-tiba telefon bimbit Amir berbunyi di kala mereka berdua berbalas jelingan. “Hello. Ye,ok. Aku gi kat tempat korang sekarang. Bye.”jawab Amir membalas panggilan yang baru diterima itu. Lalu punggung diangkat dan ucapan meminta diri dari Amir diberikan kepada Iza sekeluarga. Iza hanya melihat kepergian Amir yang semakin menjauh.
“Hey Iza. Dah tak payah nak tengok Amir lagi dah. Dia dah pergi dah. Kamu ni pun satu. Tak pernah nak cuba nak berbaik dengan dia tu. Bila dia takde mula la kamu mencari. Papa peliklah dengan kamu ni. Mulut kata lain tapi kat dalam Papa rasa lain. Ye tak Mamanya? Hehe.. Macam-macamlah budak-budak sekarang ni.”ungkap Dr. Musa setelah melihat Iza yang masih merenung jauh ke arah di mana Amir menghilang di dalam keramaian kawan-kawannya itu. Iza yang tersedar bahawa Papanya iaitu Dr. Musa sedang memerli dia terus saja terus memuncungkan mulutnya yang kecil lagi mongel itu. Dah macam anak kucing yang sedang merajuk sebab tak diberi makan saja riaksinya. “Ayang, tengok tu ayang. Dah muncung dah sebab awak cakap dia camtu. Hehe..comel. Rasa nak gigit je mulut tu.” sampuk Puan Maimon sambil tergelak melihat keletah anak daranya itu. Seperti biasa tindakan yang diberikan mestilah jeliran kepada Mamanya tatkala dia merasa geram terhadap kedua ibu bapanya yang asyik nak kenenkan dia dengan Amir.
“Ish Mama dengan Papa ni tak habis-habis nak kenakan Iza kan. Saja je nak spoilkan mood orang. Tengok Iza nak makan pun dah takde mood dah ni. Ermm”ujar Iza sambil memuncungkan lagi bibir mongelnye yang kecil molek tu. “Hehe..Erm, ok la sayang. Jom kita balik tapi sebelum tu kita pergi cari satay Kajang, nak? Kita pesan aiskrim Vanilla Latte jugak nanti. Iza kan suka makan tu.”pujuk Dr. Musa sambil membelai mesra kepala anaknya itu. Iza tersenyum mendengar kata-kata Papanya itu kerana Papanya tahu bagaimana mahu memujuknya.
Usai sahaja membayar harga makanan di restoran tadi, mereka sekeluarga terus keluar dari restoran tersebut dan berlalu pergi mencari satay Kajang dan aiskrim seperti yang diperkatakan tadi. Bahu Iza dipegang erat dan tangan si isteri dipimpin mesra menuju ke tempat di mana kereta ditempatkan.










BAB 6
Hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Iza. Hal ini kerana dia bolehlah beristirehat dengan sepuas-puasnya. Tetapi rancangannya kali ini tergendala pada minggu ini kerana baru saja tadi Mamanya datang ke bilik dan memberitahu bahawa keluarga Amir akan datang untuk makan tengah hari. Tak jadilah dia nak bersantai kali ini. Ish diorang ni apesal la datang time-time aku nak rest,eh? Datang nak makan tengah hari? Aish.. takkanlah aunty tak boleh nak masak makan tuk diorang sekeluarga? Bermacam-macam andaian bermain di kotak fikiran Iza tatkala itu.
Semua tetamu termasuklah Dr. Musa dan isteri sudah sedia berada di meja makan menunggu Iza untuk turut sama untuk makan tengah hari. “Sebelum ni kita tak payah nak serius-serius sangat kan..? Tapi kali ni kena seriuslah sebab berkait dengan anak-anak kita. Tak lama lagi kita nak berbesan.”ulas Datin Irin memberitahu tentang hajat dan tujuan mereka sekeluarga ke situ. Dato’ Azman sekeluarga betul-betul berharap agar planning yang dah lama dirancang akan berjalan lancar akhirnya.
“Hai semua. Laa..dah lama ke tunggu Iza? Sorry la. Baru je bangun. Hehe..iyelah cuti kan..”ujar Iza yang tiba-tiba datang dari belakang dengan memakai bedak sejuk penuh dimuka. Semua yang melihat hanya tersengih melihat telatah Iza itu. Cubitan dari Puan Maimon tiba-tiba menyingap ditangan Iza. “Dia dah mandi dah ni tapi saja je ni buat perangai. Jangan endahlah kat dia ni.”ucap Puan Maimon memberitahu kepada tetamu yang sedia ada didepan mata. Dia tak sangka yang Iza akan membuat perangai nakalnya saat itu. “Ish apa Mama ni? Pa nak nasi. Hehe..”sambung Iza selepas merasa cubitan daripada Mamanya itu dan mula duduk di kerusi sebelah Amir.
Iza yang baru perasan tentang kedudukan Amir yang berada disebelahnya terus mengusulkan soalan kepada Amir. “Hey Amir, mana Liana buah hati awak tu? Kekasih awal dan akhir awak tu. Tak bawak sekali ke? Hehe..” ucap Iza sambil mengambil air yang berada didepannya. Amir hanya melihat dengan muka menyampah. Berppp! Bunyi tekak Iza yang sengaja dibuat-buat. Amir yang terdengar dengan cepat terus tergelak mendengar sendawa Iza itu. Riuh serta-merta keadaan didalam rumah itu.
“Ayang tengok anak ayang tu. Dia buat perangai dah. Nak kena ni budak ni nanti.”ujar Puan Maimon menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap perilaku Iza yang makin menjadi-jadi itu. Dr. Musa yang mendengar isterinya berleter hanya menggelengkan kepala melihat tingkahlaku anak daranya itu. Iza, Iza..nakal sungguh budak ni. Geletek hati kecil Dr. Musa bersuara. Dato’ Azman dan isteri hanya ketawa dan tersengih melihat keletah Iza itu.
Usai saja makan dan berbual-bual mesra, akhirnya Dato’ Azman sekeluarga mengundurkan diri untuk pulang. Meja di dapur terus dikemas oleh Puan Maimon dan di bantu oleh Iza. Keadaan muka yang masih penuh bedak sejuk dimuka terus dibasuh di sinki yang terdekat. “Iza, kenapa Iza buat Mama malu? Kenapa Iza buat perangai? Iza kan tahu yang dorang tu datang sebab nak bincangkan tarikh pernikahan antara Iza dengan si Amir tu.”ucap Puan Maimon menyedarkan Iza tentang hakikat sebenar tujuan keluarga Amir datang tengah hari itu ke rumah mereka. Iza yang mendengar hanya buat tak endah. “Whatever la Ma.”balas Iza selamber beserta dengan jeliran lidah. Aish budak ni nakal sungguh la. Sungut hati Puan Maimon sambil melihat sekilas kelibat Iza yang telah berlalu keluar, mungkin ke biliknya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Di dalam kereta, Amir terus menghujahkan tentang ketidakpuasan hatinya tentang diri Iza kepada Daddy dan Mummynya. “Kan Amir dah cakap..Iza tu tak elok perangainya. Daddy ngan Mummy tadi pun dah tengok kan dia tu macam mana? Daddy ngan Mummy nak ke bermenantukan menantu camtu? Dia tu dahlah pemalas, pengotor pulak tu.Aish.. x senonoh betullah. Gelilah Amir. Amir tak nak! Amir tak nak!”tungkas Amir yang memang betul-betul berharap dia boleh terlepas dari tanggungjawab untuk menikahi Iza, gadis yang memang menjadi musuh ketatnya sejak sekian lama.
Dato’ Azman yang berada disisi isterinya Datin Irin hanya menggelengkan kepala dan tahu akan tujuan sebenar kenapa Amir bersikap begitu. Dia juga pernah muda dulu jadi dia mengerti akan apa yang dialami oleh Amir itu kerana sebelum dia mengahwini Datin Irin yang menjadi isterinya sekarang ini, dia juga pernah mengalami hal yang sama. Dia pernah disuruh untuk menikahi seorang wanita yang tidak diingini. Tapi dengan berkat usaha dan tawakkalnya kepada Yang Maha Esa makanya dia tetap masih boleh mencintai wanita itu walaupun bukan pilihan hatinya pada mulanya ibarat kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Memang pepatah itu ada kebenarannya dan dia juga telah merasai ‘bercinta lepas kahwin lagi bagus dari bercinta sebelum kahwin’.
“Perangai camtu boleh berubahlah Amir. Dia akan berubah nanti lepas korang dah sah nikah. Percayalah cakap Mummy.”balas Datin Irin meredakan kemarahan Amir itu. Amir yang masih belum reda perasaan tidak puas hatinya itu terus menyampuk hujah Mummynya. “Orang lain maybe boleh berubah Mummy tapi kalau Iza I’m don’t think so.” “Alaa..Amir pun bukannya perfect sangat. Lagipun dalam dunia ni mana de orang yang betul-betul sempurna. Macam Mummy Amir ni. Dulu Mummy tak pandai masak pun tapi sekarang masakan Mummy ni the best in the world tau..jadi Amir janganlah cepat berputus asa. Dalam nak menjadi ketua keluarga yang baik kita kena tau macam mana nak tackle orang rumah kita tau..barulah bahagia. Kita kena tahu taktik dan cara-caranya. Tapi Amir jangan risau nanti Daddy ajar Amir macam mana caranya. Hehe..”ulas Dato’ Azman pangjang lebar. Amir yang mendengar hanya mampu mengiyakan sahaja apa yang dihujahkan oleh Daddynya sebentar tadi kerana apa yang Daddy baru saja ungkapkan memang ada kebenarannya jadi dia sebagai anak hanya mengikut dengan member anggukan sebagai tanda tiada bantahan.

BAB 7
Semakin hari semakin mendekat rasanya masa untuk Iza dan Amir akan dikahwinkan walaupun masih tiada tarikh yang tepat mereka akan disatukan. Memikirkan tentang itu membuatkan Iza bertekad pada malam itu untuk melakukan suatu kerja yang drastik. Dia akan keluar pergi dari rumah dan meninggalkan kedua ibu bapanya. Walaupun itu suatu tindakan yang kurang bijak dan memang tak bijak pun, Iza tetap akan melakukannya jua. Titisan demi titisan air mata mengalir laju turun ke pipi mongel Iza itu. Beg pakaian sudah siap dikemaskinikan dan semua pakaian sudah dimasukkan ke dalamnya.
Langkah demi langkah yang diatur keluar dari rumah ketika itu hanya dengan harapan dan doa yang tak pernah putus agar tiada apa-apa yang bakal terjadi di persimpangan jalan. Dalam mengusun langkah berjalan di tepi jalan itu tiba-tiba kelihatan kelibat dua buah motor yang sedang menghampiri. Keadaan itu amat menyeramkan Iza pada ketika itu. Ya Allah Kau jauhkanlah aku dari segala anasir-anasir yang jahat ini Ya Allah. Kau sempangkanlah pandangan mereka dari melihat aku Ya Allah. Aku mohon kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Terus-terusan Iza memanjatkan doa ke hadrat Ilahi sambil mempercepatkan langkah kakinya menuju ke arah pondok menunggu bas yang cerah dihadapan sana. Tatkala kaki ini melintas jalan, kelibat sebuah kereta yang sedang menghampiri Iza dengan perlahan.
“Hai cik adik manis. Nak pergi mana ni? Biar abang hantarkan. Iye tak geng? Hehe..”ucap seorang daripada geng-geng motor yang sedang menghampiri Iza dengan memusing-musingkan motor didepannya. “Iye la cik adik. Jangan la takut. Kami ni bukannya jenis makan orang tapi kami cuma ‘menikmati’ apa yang ada didepan kami je. Haha..”sambung salah seorang dari geng lelaki yang mula-mula bersuara tadi. Iza mula ketakutan. Beg pakaian menjadi pelindung kepadanya dikala itu. Beg yang dipegang dipeluk dengan seeratnya. Tiba-tiba bunyi deruan enjin kereta yang menghampiri mengejutkan geng mat-mat motor itu. Mereka terus melarikan diri dengan secepat mungkin. Iza yang turut terkejut mengalihkan pandangan ke arah kereta yang menghampiri. Amir? Hanya sepotong ayat itu yang mampu terlintas difikirannya saat itu. Sedekit kegusaran menjalar di hatinya tetapi di halakan jua kaki melangkah mendekati kereta Amir.
“Iza, you buat apa kat sini malam-malam buta ni? Dah. Cepat naik. I tengok semacam je mamat-mamat motor tu duk ikut you tadi. Ish!” kata Amir yang menunjukkan kegusarannya akan keselamatan Iza. “Erm, saya ingat nak lari dari rumah. Tapi..”ucap Iza lemah dengan nada yang berbaur ketakutan. Mungkin terkejut dengan kejadian tadi. Walaupun dia tampak kasar dengan sesetengah orang bila bersua atau bercakap tapi pada malam itu terserlah yang dia juga merupakan seorang wanita yang lemah. Amir yang melihat keadaan Iza itu cuba meredakan. “Dah jangan nak sedih. I hantar you balik ke rumah you semula. I akan explain kat parents you. Don’t worry k.”balas Amir. Iza hanya mendiamkan diri saja didalam kereta. Alunan muzik di corong radio mengharmonikan suasana yang sunyi itu.
Ding dong..ding dong.. Loceng ditekan lalu pintu pagar automatic di rumah Dr. Musa terbuka.  Kelihatan kelibat sepasang suami isteri menuju ke muka pintu pagar. Kelihatan tampak muka terkejut mereka melihat Iza berada di sebelah Amir kerana mereka menyangka Iza berada di rumah. Tidak pula mereka terdengar akan bunyi kereta Amir tadi sekiranya Iza  keluar bersama Amir.
“Assalamualaikum. Sorry la uncle ganggu malam-malam ni. Tadi saya jumpa Iza kat luar sana. Nasib baiklah tak kena ganggu dengan mamat motor kat luar sana tadi tu uncle. Nasib Amir cepat and ada kat situ time tu uncle. Hehe..”ungkap Amir dengan perasaan bangga di depan bakal bapa mertuanya itu. Iza yang mendengar luahan Amir itu hanya mampu memberikan jelingan yang tajam kepada Amir. Amir buat tak endah. Dia seronok kerana dapat mengenakan Iza walaupun Iza dalam keadaan begitu sambil menunjukkan buku lima kepada Amir tanda protes kerana menceritakan perihal itu kepada ibu bapanya.
“Laa..nasib baik ada Amir. Thanks Amir. Iza buat apa kat luar sana tu? Ni dengan beg pakaian ni nak Iza nak pergi ke mana sebenarnya ni?”ngomel Dr. Musa merenung ke arah anak daranya itu. “Oh, Amir dah tanya dengan Iza tadi. Dia cakap dia nak pergi tidur rumah kawan dia malam ni jadi sebab tu la dia bawak sekali beg pakaian tu uncle.”sambung Amir tanpa sempat diterangkan oleh Iza. Iza mengalihkan pandangan ke arah Amir dan serta-merta dua pasang mata itu tertaut dan buat seketika mata hati mereka mula berbicara berbisik halus. Thanks Amir sebab tak cakap hal yang sebenarnya kat Mama dan Papa. Bisik hati kecil Iza. You’re almost welcome. Well..so esok you kena belanja I la. Balas kata hati Amir dan Amir menunjukkan riak muka nakalnya ketika itu dengan memberi jelingan manja kepada Iza tanpa menyedari tingkahlakunya ketika itu diperhatikan oleh sepasang suami isteri yang sejak dari tadi menjadi pemerhati yang setia bagai ‘tembok tiang lampu yang menyinari sepasang merpati sejoli di dalam kegelapan’. Masing-masing berhubung melalui kata hati.  
“Ehem ehem..”sampuk Puan Maimon sambil berdehem melihat keadaan anak daranya bersama Amir ketika itu yang sedang khusyuk melayan perasaan masing-masing tapi masih terselit keegoan yang besar di dalam. Amir dan Iza yang tersedar mula memperbetulkan kedudukan masing-masing yang dirasakan tak selesa dikala itu. “Erm, ok la uncle. Amir balik dulu la. Lagipun dah lewat ni. Membebel plak Mummy nanti kat rumah tu kalau balik lewat. Assalamualaikum uncle, aunty, Iza..” ucap Amir sebelum mengundurkan diri. Huluran tangan kepada kedua ibu bapa Iza dihulur sebagai tanda hormat kepada orang tua yang sentiasa dititikberatkan oleh ibu bapanya sejak kecil lagi. Iza dipandang sekilas lalu terus berlalu menuju ke kereta dan meluncur laju pergi jauh dari perkarangan rumah Dr. Musa itu.
“Ayang, abang rasa abang nak SMS Azman yang kita akan tetapkan tarikh tuk diorang berdua terus la. Kalau kita langsungkan dalam dua minggu yang akan datang, camne? Apa pendapat ayang? Okay tak cadangan abang ni?”ulas Dr. Musa panjang lebar kepada isterinya yang berada di sisi. “Erm, okay jugak tu bang. Lagipun diorang tu pun ayang nampak cam dah serasi walaupun dua-dua masih ego.”balas Puan Maimon menyokong kenyataan suaminya. Lalu dengan sepantas kilat, SMS dihantar ke Dato’ Azman dan balasan positif diterima. Maka dalam tempoh dua minggu dari sekarang, Amir dan Iza akan diijabkabulkan.
Setelah selesai meletakkan balik semua pakaian yang dibawa tadi yang konon-kononnya mahu melarikan diri dari rumah tetapi kembali ke rumah, Iza terus terlentang di atas katilnya yang empuk itu. Memang berada di katil sekarang ini lagi syok berbanding berada di luar macam tadi tu. Entah apa la yang bakal terjadi kat dia tadi kalau Amir tak sampai ke sana tadi? Dahlah kena kacau dengan mat-mat motor yang muka sorang-sorang tu macam penyamun. Buatnya mereka sempat mengapa-apakan Iza tadi memang dia tak balik ke rumah teruslah agaknya. Erm, itulah kau Iza. Buat berani lagi! Kalau tak sebabkan Amir yang datang kau tu dah jadi bangkai rasanya. Luah hati nakal Iza disampuk pula oleh hati budimannya. Mujurlah Amir ada tadi Iza kat situ. Nasib baik dia datang menyelamat kalau tidak entah apa yang jadi kat kau. Iza berisghtifar sambil merenung kipas di siling bilik yang sedang berputar.
Selesai saja mandi, buku di atas meja yang tersedia ada di dalam bilik dicapai. Buku berkaitan dengan bidang pengambaran sejajar dengan kos yang dipelajari oleh Amir di kolej ditatapinya. Buku itu merupakan buku yang mempunyai hasil-hasil karyanya sendiri. Dalam sedang elok Amir membelek buku yang penuh dengan gambar hasil dari tangannya sendiri itu, tiba-tiba tangannya terhenti kepada sekeping gambar yang diambil curi ketika pertama kali memasuki ke kolej dulu.
“Hey, kau budak baru kat sini eh..? Tak pernah nampak kau sebelum ni. Anyway, nama aku Kamarul.”sapa seorang pelajar lelaki yang mula-mula dikenali Amir pada dua bulan yang lalu ketika Amir sedang memegang kamera kesayangannya. Ketika itulah Amir mula mengenali Kamarul sebagai senior kepada kos yang dia pelajari sekarang ini. Namun beberapa minggu kemudian, Amir mendapat berita bahawa Kamarul sudah keluar dari kolej kerana berjaya menyambung pengajiannya di dalam bidang Photography Administration di Universiti Oxford. Pengenalan itu takkan pernah dilupakan oleh Amir.
“A’ah. Saya baru je masuk ke kolej ni. Saya Amir.”balas Amir sambil menyambut huluran tangan dari Kamarul. Selepas huluran tangan Kamarul disambut, seorang perempuan melintas lalu di hadapan mereka. Wanita itu yang sedang menggendong beberapa buah buku yang sarat tiba-tiba jatuh di hadapan mereka berdua. Amir dengan perasaan yang tak bersalah terus gelak melihat perempuan itu terjatuh. Perempuan itu mengalihkan pandangan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan tetapi menunjukkan kemarahan. Sejurus perempuan itu bangun, Amir terus mengalihkan lensa kameranya ke arah perempuan itu dan gambar terus di’snap’. Nasib baiklah kamera itu tidak mengeluarkan flash dan bunyi ketika dia snap gambar perempuan itu, kalau tidak pasti dia sudah terkantoi kerana gambar yang diambil memang dalam jarak yang dekat. Kamarul juga tidak perasan tentang itu.
Sekeping gambar curi itu mengimbaukan Amir kepada kenangan sebentar tadi di depan rumah Iza. Segala kata-katanya tadi kepada Dr. Musa iaitu ayah Iza terngiang kembali. Nasib baik la Iza tak diganggu oleh mat-mat motor tadi uncle. Kata-katanya itu menunjukkan dia perihatin kepada keselamatan Iza. Ucapan terima kasih Dr. Musa kerana telah membawa Iza pulang membuatkan Amir tersenyum sendirian. Dia berasa gembira kerana mendapat pujian itu. Amir merasakan yang dia sudah menjadi seorang ‘hero’ di mata Dr. Musa.






BAB 8
Apa? Dua minggu lagi? Aish..Daddy dengan Mummy ni janganlah main-main dengan Amir. Dua minggu lagi Daddy nak suruh Amir kahwin? Daddy, Amir muda lagilah. Berapa kali Amir nak cakap ni? Mummy?”sungut Amir kepada kedua ibu bapanya setelah mendapat berita yang tak baik bahawa dia akan tetap dikahwinkan dengan Iza, musuh ketatnya dua minggu lagi. “No more execuses! Daddy nak Amir get ready lagi dua minggu tuk bergelar seorang suami. NO!”tegas arahan Dato’ Azman. Tiba-tiba dadanya terasa sakit lalu dipegang. “Err!!”mengerang kesakitan Dato’ Azman ketika itu. Amir yang melihat terus memegang bahu Daddynya. “Daddy, are you okay? Mummy kita bawa Daddy ke klinik.”usul Amir kepada Datin Irin dan anggukan setuju yang diterima.
Perjalanan menuju ke klinik yang berdekatan dirasakan terlalu lama perjalanannya. Dato’ Azman semakin parah. Dia semakin kesakitan dengan memegang dadanya yang sakit itu. Lima belas minit kemudian, tibalah mereka di Klinik Musa iaitu klinik ayah Iza, Dr. Musa, bakal bapa mertua Amir. Dato’ Azman dibawa ke ruang kecemasan dengan serta-merta. Amir dan Mummynya diminta menunggu di luar sementara Dato’ Azman diperiksa.
“Tengok apa yang Amir dah buat? Amir kan tahu yang Daddy tu memang ada sakit jantung sebelum ni. Sekarang, disebabkan Amir Daddy masuk wad. Kalau ada apa-apa terjadi, Mummy tak tahu apa lagi yang boleh Mummy lakukan dekat kamu Amir.”ulas Datin Irin panjang lebar menunjukkan kekesalannya terhadap Amir yang degil itu. Amir yang berasa bersalah terus memegang bahu Mummynya lalu menjawab “I’m sorry Mummy. Amir tak sangka pulak yang Daddy akan diserang sakit jantung sekali lagi. I admit tadi tu memang salah Amir.” Dengan penuh keikhlasan Amir memohon maaf.
Setelah beberapa lama menunggu akhirnya muncul kelibat Dr. Musa menuju ke arah mereka dua beranak. “Datin, Amir syukur Alhamdullilah Dato’ takde apa-apa Cuma tadi maybe dia shock sikit sebab sesuatu. He’s okay now. Amir Daddy nak jumpa. Dia suruh uncle kasitau kat kamu. Pergilah.”ucap Dr. Musa sejurus menjelaskan perihal kesihatan Dato’ Azman yang semakin stabil. Datin Irin yang mendengar hanya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan memanjatkan doa kepadaNya.
“Amir, ke sini nak. Daddy nak cakap sesuatu.”ungkap Dato’ Azman sedikit lemah mungkin disebabkan kesan ubat yang disuntik oleh pakar kesihatan tadi. “Ush! Daddy tak payah banyak cakaplah. Amir akan turut kemahuan Daddy tadi tu. Amir akan kahwin dengan Iza sebagaimana yang diingini oleh Daddy. I’m promise. Amir minta maaf sangat-sangat pasal tadi Daddy.”balas Amir penuh kejujuran sambil mencium tangan Daddynya yang kasar itu.
Di dalam hati Dato’ Azman begitu berbunga-bunga di saat itu. Mereka berpelukan menandakan pendamaian diantara mereka. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Terjongol muka Datin Irin yang turut diiringi oleh Puan Maimon dan Iza di situ. Mungkin mereka baru sahaja sampai kerana seingat Amir mereka tiada di klinik. Mungkin uncle Musa yang call lepas tu suruh diorang datang ke situ. Ngomel hati kecil Amir diam-diam.
“Nasib baiklah darling dah okay ye darling. I risau sangat tadi kalau you sakit teruk tau. Ni semua Amir punya pasal. Kalau tak sebab dia, you tak perlu ada kat sini. Degil sangat!”ujar Datin Irin dengan nada yang agak dikeraskan menunjukkan yang dia masih kesal dengan anaknya. “Datin, sudah-sudah la tu. Tak elok marah kat anak macam tu. Amir tak sengaja tu.”sampuk Puan Maimon cuba menenangkan hati gundah Datin Irin. Datin Irin yang termakan pujukan Puan Maimon semakin mereda dan mula menunjukkan riak positif dan duduk di sofa yang berdekatan. Amir hanya mampu menundukkan wajahnya ketika itu. Mungkin malu kerana dia dimarahi di depan orang ramai termasuklah di depan Iza.
Iza yang mendengar dan melihat agenda itu hanya tersengih sinis melihat ke muka Amir. Tiada lagi riak poyo di muka Amir di kala itu yang ada hanyalah riak seorang anak lelaki yang benar-benar menyesal akan perbuatannya. Aish. Mamat ni lembut jugak orangnya rupanya. Anak mak. Hehe. Detik hati kecil Iza yang nakal. Tatkala itu kelihatan Dato’ Azman sedang cuba menulis sesuatu di atas kertas.
Amir akan berkahwin dengan Iza dua minggu dari sekarang. Amir sudah setuju. Tulisan yang terpampang di atas kertas putih itu begitu menyentakkan jiwa dan dada Iza lalu muka Amir yang berada di hadapannya dipandang sekilas. Dengan tak semena-mena, tangan Amir dicapai dan diheret ke luar bilik di mana Dato’ Azman ditempatkan.
“Amir, kenapa awak setuju? Kenapa awak tak bangkang? Awak dah gila ke apa kita nak kahwin lagi dua minggu? Saya tak setuju! Awak lebih baik awak pergi cakap balik dekat Mummy dengan Daddy awak yang kita takkan kahwin. Pergi cakap sekarang!”amarah Iza sambil menundingkan jari ke arah muka pintu bilik Dato’ Azman. “Hey! You ingat I nak kahwin sangat ke dengan you tu, ah? Kalau ikutkan hati I, I lebih rela tak kahwin dari kahwin dengan burung kakak tua yang banyak mulut cam you ni. Tapi, you kenalah faham situasi I. My dad kat dalam tu kan..? Kalau I tak ikut cakap dia, dia mungkin boleh meninggal you tau tak..? So sama ada you suka atau tak, kita akan kahwin jugak nanti. So kita sama-sama tunggulah ya saat bahagia kita berdua nanti ye sayang.”sambung Amir dengan nada sedikit keras tetapi semakin mengendur dan sempat bergurau dengan Iza lalu dicuitnya dagu Iza dan berlalu masuk semula ke dalam bilik di mana Daddynya di tempatkan.
            Iza yang terpana dengan tindakan yang dilakukan oleh Amir terus terpaku dan membisu buat seketika. Kata-kata Amir tadi terngiang semula di telinganya dan mengiyakan apa yang dikatakan oleh Amir. Maka dia harus terima semua itu dengan pasrah. Kepasrahan yang memang berat untuk dirungkaikan dan dilaksanakan.












BAB 9
            Semalaman Iza menangis mengenangkan hari yang ‘perit’ itu bakal menjelma. Namun hari yang perit itu tetap harus ditatapinya jua. Hari demi hari detik demi detik, masa semakin pantas dan akhirnya hari itu muncul jua. Pakaian pengantin yang serba putih terhias anggun di badan Iza. Juru dandan juga turut sedia menanti sambil melakukan kerjanya sebagai juru dandan. Muka Iza yang natural beauty senang untuk juru dandan mencorakkan. Akhirnya semuanya selesai dan upacara membatalkan air sembahyang berlangsung.
            Doa selamat yang dibacakan oleh tok imam yang telah mengijabkabulkan Iza dan Amir itu diaminkan oleh semua ahli keluarga terdekat yang datang menyempurnakan majlis akad nikah itu. Akhirnya Iza kini sah menjadi yang halal bagi suaminya, Amir setelah tiga kali lafaz ketika akad tadi ekoran Amir yang gugup berada di depan tok imam. Maklumlah pertama kali dalam hidup berdepan dengan situasi begitu sesiapa pun akan gabra.
            Iza yang sedang duduk berteleku di hujung kaki katil dikejutkan dengan kehadiran Amir yang datang dengan diikuti oleh kedua mak dan bapa mertua Iza menuju masuk ke dalam bilik. Cantiknya dia hari ni. Hari ni je la. Alaa.. cantik si burung kakak tua setara mana la sangat. Luah hati kecil Amir liar mengucapkan kata-kata.
“Haa Iza hulurkan jari manis kamu tu. Amir nak sarungkan cincin kat jari tu.”arah Puan Maimon tatkala melihat Iza yang masih terdiam membatu tanpa reaksi. Dengan teragak-agak, jari dihulurkan kepada Amir yang sedia menanti dengan sebentuk cincin di tangannya. Akhirnya cincin yang bertahtakan belian itu melekat kemas di jari jemari Iza. Usai saja acara menukar cincin antara kedua mempelai, acara mencium tangan Amir sebagai suami pula yang perlu dilakukan oleh Iza. Ish! Nak kena salam ke? Tak boleh ke tak salam? Entah basuh tangan ke tak tangan mamat ni? Ngomel Iza dalam hati menunjukkan protes tapi tidak ditunjukkan secara langsung malahan dia tetap melakukan itu walaupun terasa terpaksa. Degil sungguh si burung kakak tua ni.
            Iza mengurut lehernya yang terasa lenguh itu setelah seharian terpaksa melakukan resepsi untuk perkahwinannya dengan Amir siang hari tadi. Adoi, sakitnya leher aku ni. Menyesal aku buat semua ni. Tapi dah terjadi, aku tak boleh lari. Awalnya aku kahwin. Aish. Orang lain duk tengah berseronok dengan kawan masing-masing lagi sekarang ni tapi aku..? Kena nikah dan jadi bini orang. Bini si mamat poyo tu pulak. Argh! Bilik mamat ni best jugak ek. Bilik kemas giler mengalahkan bilik pompuan. Muka je macho tapi perangai macam gegurl. Hahaha.. Sungut Iza sambil melihat ke cermin.
            “Haa.. you duk menung pe lagi tu? Tak payah nak menilik kat cermin tu lama sangat la. You tu pun bukannya lawa sangat. Karang tak pasal-pasal retak cermin tu. I tak nak belikan cermin baru untuk you. Hehe..”ucap Amir dengan sindiran yang sangat tajam sehingga menusuk ke hati Iza. “Hey! Awak ni kalau tak sakitkan hati saya satu hari tak boleh ke,huh? Dah la masuk tak ketuk pintu. Eeee..bencilah!”balas Iza sambil memeluk tubuh melihat ke arah Amir. “Pok pek pok pek.. Eeee..bencilah! Dah ar.. I nak tidur dah ni. Nanti you tolong tutupkan lampu tu. I tak bolehlah tidur dalam cerah. Bye, goodnight.”sambung Amir sambil menepuk-nepuk bantal yang ada di atas katil.
            Iza yang melihat terus menerpa ke arah Amir yang cuba untuk mula tidur. “Hey! Awak tidur kat tempat lain. Saya tidur kat atas katil ni. Awak pergi!” marah Iza. Sesungguhnya dia sudah bertekad yang dia tak akan mudah menyerahkan tubuhnya kepada si mamat poyo itu walaupun Amir yang dia anggap sebagai mamat poyo itu sudah sah sebagai suaminya. Amir yang terkejut tidurnya yang terganggu dengan teriakan garang Iza mula bangkit semula.
            “Kenapa pulak? Katil ni hak I jugak. Kita kan dah kahwin so takde salahnya kalau kita berkongsi katil. You tak suka you pergi tidur kat atas sofa kat sana tu. I nak tidur. Dah. Jangan nak ganggu I lagi. Mengganggu je.”balas Amir tanpa menghiraukan kata-kata Iza tadi. Bantal terus ditarik dan dia mula tidur tanpa mempedulikan isterinya yang terkedu melihat dia buat macam tu. Aish. Memang tak sah kalau diorang ni tak bertengkar.
            Iza yang hanya mampu melihat dan terpaksa akur dengan kata-kata Amir terus menutup lampu dan mengemas apa yang patut seterusnya tidur. Oleh disebabkan dia tak mahu tidur di sofa yang berdekatan dengan tingkap dan agak menyeramkan kalau tidur di situ, akhirnya terpaksa jua berkongsi katil dengan Amir tetapi menjarakkan dirinya agar jauh dari Amir. Dia takut jika dirinya diapa-apakan oleh Amir. Begitu ceteknya pemikiran Iza tatkala itu. Akhirnya keduanya tidur dalam mimpi masing-masing.










BAB 10
            “Hai good morning my new bride. Macam mana semalam? Tidur nyenyak?”sapa Datin Irin apabila melihat Amir dan Iza yang sedang menuju ke meja makan pagi itu sebelum keduanya berangkat ke kelas. Walaupun mereka sudah berkahwin tak bermakna mereka tak perlu ke kelas. Lagipun resepsi perkahwinan mereka berdua kelmarin itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja jadi masa yang diambil untuk melakukan semua itu sekejap saja. Amir dan Iza mengambil tempat yang tersedia kosong untuk mereka berdua.
                “Morning Mummy. Tidur semalam? Ok la. Tapi ada orang tu tidur berdengkur.”balas Amir menjawap sapaan Mummynya sambil mengambil sekeping roti yang tersedia ada di atas meja dan menjeling ke arah Iza. Datin Irin dan Dato’ Azman yang melihat dan mendengar hanya tersenyum melihat keletah anak dan menantunya yang masih tak berubah. “Ish. Mana ada Mummy. Iza tak berdengkur pun. Amir ni saja je nak kenakan Iza.”sampuk Iza menegakkan keadilan bagi pihak dirinya sendiri sambil membalas jelingan Amir. “Ish! Korang ni kalau tak gaduh satu hari memang tak sah kan? Amir ni pun satu dah jadi suami orang pun masih suka nak menyakat orang.”sampuk Puan Irin. Amir hanya tersengih saja sambil menghirup habis air minuman hot chocolate yang terhidang.
            Jam di tangan dijeling sekilas. “Erm, Mummy kami dah lewat dah ni.”jawab Amir. Datin Irin hanya mengangguk tanda mengerti kelewatan yang dihadapi anaknya dikala itu.  “You jomlah. Kita dah lewat dah ni.”sambung Amir merujuk ayat itu kepada isterinya. Iza kalut menghabiskan sisa makanan yang terhidang di meja itu. Tangan mak mertuanya disambut mesra lalu terus berlalu laju membontoti Amir yang semakin meninggalkannya sendirian di belakang. Ish! Dia ni laju sangat kenapa? Jam baru pukul berapa? Bukankah selalunya dia yang selalu lambat ke kelas? Tak sabar nak jumpa buah hati pengarang jantung si bimbo tu la. Sungut Iza dalam hati terus duduk di sebelah pemandu.
            Hari itu merupakan hari pertama mereka ke kolej sebagai sepasang suami isteri dan itu juga merupakan kali pertama mereka ke kolej berdua. Maklumlah sebelum ini Amir hanya bersendirian jika ke kolej manakala Iza selalu di bawa oleh Papanya ke kolej. Perjalanan ke kolej dipenuhi dengan kesunyian. Masing-masing melayani perasaan sendiri dan hanya radio yang menjadi irama yang mengharmonikan suasana yang agak sunyi itu. Lagu demi lagu yang didendangkan di corong radio tapi mereka masih juga mendiamkan diri.
            “Dah dah. Stop!” arah Iza sambil meleraikan tali pinggang keledar yang masih melekat di badan. Amir yang berada di sebelah mengalihkan pandangan ke arah Iza dengan penuh kehairanan. “Woi burung. Yang you ni kenapa? Tunduk-tunduk macam takutkan sesuatu je. Hehe..”ucap Amir penuh kehairanan. “Nasib baik awak yang tumpangkan saya. Kalau tak..”balas Iza. “Erm, baik tak payah naik kereta I tadi. Baik jalan kereta je dari rumah tadi. Menyusahkan diri je. Menyusahkan I jugak.”sambung Amir sambil menudingkan jari ke arah diri sendiri. “Laa..kan saya dah cakap. Saya tak nak awak turunkan saya kat depan sana tu. Saya tak nak orang nampak. Oh ye, nanti nak balik, awak amik saya kat sini jugak tau. Jangan cuba nak lari. Jangan nak lari dari tanggungjawab awak sebagai saya punya ‘driver’. Hehe.. k,bye.”sambung Iza kembali lalu berlalu pergi. Amir hanya merelakan sahaja dirinya dibebeli oleh isterinya pagi itu. Pasrahlah Amir oii kau dapat isteri si burung kakak tua camtu.
            Iza sedang duduk berteleku membaca buku yang dibuka di atas meja tatkala kawan-kawannya datang menerpa dari belakang. “Haa! Khusyuknya kau baca buku tu Iza. Tak payahlah nak rajin sangat. Kau kan dah pandai. Hehe..” jawab Shila. “A’ah la Iza. Kau kan pandai. Erm, aku perasan something yang lain pada muka kau hari ni. Kau nampak lebih berseri. Kan Shila?”sambung Julia menyokong kenyataan sahabatnya sebelum itu. Iza menggelengkan kepala sambil tersenyum. “Lain? Lain macam mana? Aku cam biasa je la. Takde yang beza pun. Tapi aku memang berseri-seri sentiasa pun. Hehe..”balas Iza selamba. “Erm,kau nak tahu tak yang kau nampak lain cam apa hari ni? Kau nampak macam orang nak kahwin. Kau nak kahwin eh..?”sakat Julia dan Shila. Iza yang terkejut dengan andaian yang hampir mengena dikenakan oleh kawan-kawannya itu segera mengalihkan pandangan ke lain topik.
            Keadaan yang cerah dan tenang itu menyenangkan proses kerja Amir yang memang seorang jurugambar. Dari satu sudut ke satu sudut, sudah berpuluh-puluh dan mungkin beratus keeping gambar sudah diambil ketika itu. Amir begitu khusyuk dengan kerjanya sehingga tidak menyedari bahawa ada seseorang yang sedang menghala ke arahnya ketika itu. Liana menyentuh bahu Amir.
            “Hai sayang. You tengah buat apa tu? You tengah edit gambar eh tuk final project you tu..? I nak tengok.”ujar Liana dan tangannya dihalakan ke arah kamera yang dipegang oleh Amir dan Amir cuba melarikan. “A’ah. Tapi tak siap lagilah. Banyak lagi yang I perlu edit. Nanti dah siap I tunjukkan kat you k, sweetheart.”balas Amir lembut memujuk Liana yang cuba untuk melihat gambar-gambar yang ada di dalam kameranya. “Alaa..Ok la.”balas Liana sepatah tanpa banyak soal. “Eh you. Sekarang dah pukul berapa? I nak kena balik la. Nanti Mummy I marah kat I. I dah janji nak balik awal hari ni.”soal Amir kepada Liana. “Dah nak dekat pukul 6. Kan kat tangan you tu de jam jugak. Ish you ni.”sambung Liana sambil menunjukkan ke arah jam tangan yang tersedia di tangan Amir. Ekoran terlalu terkejut akan apa yang bakal berlaku, jam tangan sendiri pun lupa. “K bye. See you tomorrow.”balas Amir lalu berlalu laju menuju ke kereta.
            Iza yang jenuh menunggu Amir yang tak kunjung tiba mengeluh dan melepaskan kesalannya. Ish! Dia ni kalau tak nak datang jemput baik tak payah janji. Janji tinggal janji je kalau dah camni. Kalau tak nak tumpang tak payah la susah hantar kat sini. Dahlah dah lewat ni. Dah lewat camni mana la ada bas. Kalau aku ni boleh drive, dah lama dah aku drive. Tak payahlah aku menyusahkan orang.  Eee.. Sungut Iza dengan penuh kekesalan di dalam dada. Beberapa detik kemudian muncul sebuah teksi. Tanpa berlengah lagi, Iza terus menaiki teksi tersebut untuk pulang ke rumah mak mertuanya.
            Datin Irin yang ternampak Iza yang muncul di muka dapur terus menegur menantunya itu. “Laa.. kenapa Iza balik sorang-sorang ni? Amir mana?” soal Datin Irin. Huluran tangan mak mertua disambut mesra sebelum menjawab soalan mak mertuanya itu. “Erm, entahlah Mummy. Iza tunggu lama tau tapi Amir tak muncul-muncul. Dahlah panas tunggu dia tadi.”adu Iza kepada mak mertuanya. “Amir ni nak kena ni. Siaplah dia kena dengan Mummy nanti kalau dia dah balik. Orang lelaki ni kita kena ajar sikit. Tak boleh kasi muka sangat nanti dia ‘naik minyak’.”balas Datin Irin mesra. Sayang sungguh Datin Irin dengan anak menantunya yang satu itu.
            Keadaan jalan raya yang begitu sesak hari tu menyebabkan Amir tiba di rumah lewat. Pukul 8.30 malam barulah dia sampai di rumah. Keadaan hari tu begitu berbeza dari hari sebelumnya kesibukannya. Selalunya tak macam tu. Adoi! Jem la pulak malam ni. Confirm aku kena bebel ni. Argh! Ngomel Amir setibanya dia di rumah ketika itu. Langkah diatur menuju perlahan ke dalam rumah. Keadaan rumah yang masih cerah menunjukkan bahawa orang yang berada di dalam rumah itu masih belum tidur.
            “Haa Amir. Dari mana? Kenapa lambat sangat balik? Kesian kat Iza tau sebab kena balik sendiri tadi.”sapa Datin Irin kepada anak lelakinya yang muncul di muka pintu. Amir yang terkejut mengalihkan pandangan memandang ke arah Mummynya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Amir cuba mencari Iza tapi tidak kelihatan. “Erm, jalan jem la Mummy tadi masa Amir on the way balik. Jem betul.”jawab Amir. “Apa-apa ajalah Amir. Dah pergi naik ke bilik.”jawab Datin Irin ringkas tidak mahu memanjangkan percakapannya dengan Amir.
                Laa..minah ni dah tidur ke? Ish! Awalnye. Ngomel Amir tatkala dia melihat Iza yang sedang nyenyak tidur di pembaringan. Bantal yang terletak di sebelah Iza ditarik lalu diambil. Sofa yang sudah bertukar tempat dari tempat asalnya menjadi sasaran untuk Amir melentokkan badannya untuk tidur. Akhirnya dia lena di sofa.








BAB 11
            “Ling ling. Ari ni I tak sempat nak masaklah sebab nanti tengah hari I kena keluar ada perjumpaan dengan ahli persatuan I so kita makan nasi bungkus je la eh.?”jawab Datin Irin kepada suaminya ketika mereka sekeluarga berada di meja makan pagi itu. “Erm,ok je. Lagi sedap. Hehe..”selamba jawapan dari Dato’ Azman. Amir dan Iza yang turut berada di tempat yang sama hanya mendengar saja tanpa menyampuk apa yang diperkatakan oleh kedua suami isteri itu.
            “Iza, kenapa tak minum air tu? Tak sedap ke? Cakaplah kat Kak Siti nanti dia boleh buatkan air lain tuk Iza.”kata Dato’ Azman tatkala dia perasan riak wajah Iza yang tiba-tiba berubah ketika memegang gelas yang berisi air di hadapannya. “Iza tak minum air chocolate Daddy.”balas Iza lembut menjawab soalan bapa mertuanya itu. “Oh ye ke? Bistu Iza minum air apa?”sambung Dato’ Azman membalas mesra. “Iza ni minum air longkang Daddy. Hehe..”jawab Amir selamba tanpa memikirkan sedikit pun perasaan terhadap isterinya yang berada di sebelah. “Amir. Cubalah cakap elok sikit. Kamu tu kan dah jadi suami. Tak elok kata macam tu kat isteri tau.”larang Dato’ Azman sedikit keras melihat ketelanjuran anak lelakinya yang masih belum matang. Iza yang terpana mendengar kata-kata Amir hanya mendiamkan diri tapi jarinya pantas mencubit peha Amir di sebelah. Itulah nak mengutuk orang lagi terima la padahnya Amir. Amir mengalihkan sekilas ke arah dengan menyentuh tempat di mana pehanya terkena cubitan yang sangat perit rasanya itu.
            “Oh ye Mummy, Daddy. Iza dengan Amir dah sepakat yang kitorang nak hidup sendiri. Dan kalau Mummy dengan Daddy takde halangan, kami nak pergi honeymoon kat Cameron Highland.”ujar Amir panjang lebar sambil memandang ke wajah kedua ibu bapanya. “Cameron Highland, Amir? Kenapa dekat sangat? Kenapa tak ke Paris ke, New York ke.?”jawab Datin Irin mendengar kata anaknya itu. “Honeymoon dekat la dulu Mummy. Lagipun kami start minggu depan cuti seminggu je. Lagipun jimat sikit. Nanti kalau ada cuti yang panjang sikit kami pergilah ke tempat yang jauh pulak, tak gitu sayang?”balas Amir selamba sambil memandang Iza di sebelah. Iza yang meluat mendengar ayat yang baru dikeluarkan oleh Amir itu hanya membuat muka tak endah saja kepada segala ucapan suaminya.
            Sesudah makan di rumah tadi, Iza dengan Amir terus meminta diri dengan Mummy dan Daddy untuk keluar berjalan bersama. Kereta dipacu laju oleh Amir menuju ke tempat entah di mana tetapi yang pasti ke tempat di mana rakan-rakan mereka di kolej tidak tahu dan tak akan terserempak dengan mereka nanti.
            “Awak suka-suka hati je kan cakap yang kita nak pergi honeymoon. Honeymoon ke Cameron Highland pulak tu. Mana ada orang pergi honeymoon kat sana la!”bebel Iza di dalam kereta setelah kereta berada di pertengahan jalan. “Hina sangat ke Cameron Highland tu? Kita honeymoon sambil cuti-cuti dalam Malaysia je la cik Iza oii.”jawab Amir selamba sambil mengfokuskan pemanduannya di jalan raya. “Awak ni saja je kan. Saja je nak bagi saya sakit hati kan..? Saya tahu sangatlah dengan awak ni. Memang nak kenakan saya. Tengok muka awak yang entah macam apa entah saya tahulah apa taktik-taktik jahat awak tu.”sambung bebelan Iza dengan penuh kemarahan. Iza tak menyangka yang Amir akan sebegitu berani menyatakan kepada Mummy dan Daddy yang mereka akan pergi berbulan madu.
            “Haa..tengok muka I ni banyak-banyak. Mana tahu you tahu apa taktik-taktik jahat I ni. Tengoklah.”balas Amir sambil menunjukkan mukanya kepada Iza. “Eee! Muka macam tenuk!”tungkas Iza dengan penuh geram. “Eh, you tu muka cam entah apa-apa. Cuba tenung muka you tu dulu kat cermin baru you cakap kat I.”balas Amir menyangkal geram. “Diam r!”balas Iza geram marah.
            Di Pavillion, pelbagai barangan menjadi kegilaan Iza tetapi dia tidak membelinya kerana dia tahu itu hanya akan membazirkan duit sahaja. Lagipun dia bukannya selalu memakai atau menggunakan apa yang dibelinya jadi lebih baik dia tidak membelinya. Perempuan kalau sudah berada di kawasan tempat membeli-belah memang akan menjadi rambang mata dan mahukan segalanya tapi nasib baiklah Iza masih boleh mengawal hawa nafsunya. Hampir ke semua kedai di Pavillion dijelajahinya tetapi masih belum ada satu pun yang dibeli oleh Iza. Amir hanya setia membontotinya dari belakang.
            “Erm, you takde apa-apa nak beli ke?”soal Amir tatkala melihat Iza yang hanya membelek benda yang disentuhnya tetapi tidak dibelinya. Setahu Amir, kalau perempuan terutama yang macam Liana memang pantang dapat peluang bershopping pasti sudah penuh ditangan barangan yang dibelinya tetapi Iza ni lain. Dia tak macam itu. “Takde benda yang berkenan la awak. Tengok-tengok je. Lagipun membazirlah kalau beli barang yang takkan kita pakai. Betul tak?”jawab Iza lembut. Angguk Amir mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Iza itu. Bagus jugak minah ni. Tak habis duit aku. Desis hati kecil Amir sedikit bangga kerana Iza tidak seperti perempuan-perempuan lain di luar sana.
            Akhirnya mereka pulang bersama beberapa helai baju yang dibeli oleh Iza untuk kedua mak mertuanya. Sepasang baju kurung moden dan sepasang baju Melayu bercekak musang menjadi pilihan Iza ketika memasuki ke salah satu butik pakaian di Pavillion itu. Hanya itu yang dibeli untuk diberikan kepada mereka berdua nanti. Untuk si suami, Amir tidak pula dibelinya mungkin masih belum tepat waktu baginya untuk membeli kepada Amir yang sentiasa menyakitkan hatinya.




BAB 12
            Cuti semester menjelang tiba. Segala persiapan sudah diselesaikan. Pakaian semua sudah dimasukkan ke dalam bagasi yang semakin sarat dengan pakaian yang penuh. Milik Amir satu bagasi dan Iza satu bagasi.
            Akhirnya kaki bukit Cameron Highland dijejaki jua. Iza dan Amir tiba di sana lewat tengah hari. Keadaan yang sejuk dan cerah menyamankan suasana. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu utama hotel. Amir terus mengangkat keluar bagasi miliknya keluar dari tempat penyimpanan barang di kereta. Iza yang tertidur terjaga tatkala terdengar bunyi pintu kereta ditutup. Dia melihat Amir yang mengusung beg bagasi milik Amir sahaja menyebabkan dia terus merasa bengang. Ish kurang ajar betul la dia ni. Dia ni angkat beg dia je. Ingatkan nak tolong angkat yang aku punya sekali. Sungut Iza dalam hati sambil membontoti Amir memasuki ke dalam hotel yang bakal mereka menginap.
            “Hai, can I help you?”tegur seorang pekerja yang bekerja di bahagian kaunter pendaftaran dan pertanyaan. “Hai kak, saya nak check in bilik atas nama Amir Dato’ Azman.”ucap Amir setibanya dia di kaunter pertanyaan itu bagi tujuan untuk check in masuk ke hotel tersebut. “Ini untuk pakej honeymoon kan?”sambung pekerja tadi sambil memeriksa ke skrin komputer yang berada di depan mata. “Erm,kak ada bilik kosong tak?”sampuk Iza yang datang dengan bagasinya yang berat itu dari belakang. “Oh, sekejap eh saya check. Erm, sorry la. bilik semua dah fully booked.”jawab pekerja di bahagian kaunter itu dengan penuh kelembutan. “Haa? Betul ke dah fully booked? Cuba akak cek balik.”balas Iza tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
            Amir yang melihat ke muka Iza yang betul-betul bengang kerana apa yang dia hajati tidak dapat dipenuhi oleh pekerja tersebut dan melihatkan muka pekerja itu yang sudah serba salah lagaknya, lalu Amir menyentuh perlahan bahu Iza. “Hey, you tak dengar ke takde telinga,ah? Kan akak tu dah cakap yang semua bilik dah fully booked so you tak payah nak banyak songeh la. I kan dah tempahkan bilik untuk kita. Duduk dalam bilik tu je la.”jawab Amir agak tegas. “Bukan awak yang tempahkan tapi Daddy. Hey! Saya ada telinga k. Iye la bilik semua dah penuh.”balas Iza pendek lalu terus berlalu pergi menuju ke arah lift yang berdekatan. Amir hanya melihat Iza berlalu pergi dengan tangannya dipeluk ke tubuh.
            “Laa..beg dia dia tinggal kat aku. Kurang asam boi sungguhlah minah sorang ni. Ish!” Bebel Amir sambil mengangkat bagasi-bagasi yang terletak di kakinya. Iza sudah hilang dari pandangan setelah mengambil kunci bilik dari pekerja tadi.
            Iza terus merebahkan badannya ke atas katil tanpa memikirkan soal Amir yang sedang melihat tingkah lakunya dari belakang. “Tak boleh ke letak barang elok-elok?”soal Amir tatkala melihat Iza meletakkan bagasinya dengan sesuka hati ke tepi kerusi meja solek yang berada di hadapan katil. “Ikut suka saya la. Bilik ni bilik kita bersama. Tapi katil ni katil saya seorang. Awak tidur kat atas sofa kat sana tu eh.. Werkk!”kalih Iza sekilas lalu menjawab kata-kata suaminya sambil menuding jari menunjukkan ke arah sofa yang tersedia di tepi jendela yang ada di dalam bilik itu. Jeliran lidah sempat juga diberikan kepada suaminya. Sifat keanak-anakan Iza memang tak pernah hilang. “Memanglah bilik ni bilik bersama tapi katil tu pun katil bersama jugak.”balas Amir lagi. “Eh, takde takde. Awak tidur kat atas sofa kat sana tu. Saya tak nak apa-apa jadi kat saya nanti.”sambung Iza masih tidak berpuas hati dengan Amir yang sentiasa mahu membangkitkan kemarahan padanya.
            Amir berpusing-pusing di kawasan Cameron Highland yang nyaman dan sejuk itu. Kamera kesayangan yang sudah dianggap seperti girlfriendnya itu sentiasa melekat di leher Amir. Seluruh kawasan Cameron Highland sudah dijelajahinya dan sudah beratus-ratus gambar diambil bagi menambahkan koleksi untuk projek kerja kursusnya yang harus disiapkan dalam waktu terdekat. Gambar-gambar yang diambil memang cantik dan menarik. Ada gambar pemandangan flora dan fauna di dalam itu. Sesungguhnya tidak disangkal lagi yang Amir itu memang berbakat dalam kerja jurugambarnya.
            Kesakitan di perut yang dialami dengan tiba-tiba menyebabkan Iza bangun dari tidur panjangnya. “Aduh! Sakitlah pulak perut ni. Ni mesti sebab tak makan dari tadi.”sungut Iza sambil menyentuh perutnya yang senak sebab perut kosong. Iza melangkahkan kakinya ke peti sejuk yang tersedia di dalam bilik itu lalu pintu peti dibuka, kosong. “Alaa..kosonglah pulak. Amir ni pulak ke mana? Dah pukul berapa dah ni tak balik. Ish! Aku keluar la cari makanan sekejap. Ada lagi rasanya kedai yang bukak.”sambung Iza lalu mula bersiap untuk keluar mencari makanan.
            Langkah kaki semakin laju tatkala Iza melihat masih ada kedai yang buka ketika itu. “Assalamualaikum kak. Saya nak beli nasi ada lagi tak?”ucap Iza lembut kepada penjual di kedai makan itu. “Wa’alaikummussalam dik. Nasi ada nasi goreng biasa je yang tinggal. Yang lain semua dah habis.”balas si penjual itu. “Erm, takpe la kak. Nasi goreng pun nasi goreng la kak. Tak kisah. Dah lapar sangat ni. Hehe..”sambung Iza akur dengan jawapan penjual tersebut. Penjual itu terus berlalu pergi masuk ke dalam kedai.
            Suasana malam menjadi semakin suram ekoran waktu yang semakin larut ke tengah malam. Beberapa minit kemudian, nasi goreng yang dipesan tiba dan Iza dengan lahapnya memakannnya dengan penuh kekusyukan dan akhirnya selesai jua nasi goreng itu dimakannnya.
            Amir yang baru saja sampai di hotel yang dia dan Iza menginap tiba-tiba terkejut melihat pintu bilik tidak dikunci dengan sempurna. Iza! Hanya itu yang terlintas di kepala Amir sekarang ini. Pintu ditolak, keadaan bilik yang tidak teratur menyebabkan Amir semakin diburu dengan pelbagai soalan dan andaian tentang keberadaan Iza. Namun begitu, keadaan bilik yang berselerakan itu tetap dikemas oleh Amir yang sememangnya tidak suka jika berada dalam keadaan yang sebegitu.
            “Bilik dah macam tongkang pecah jadinya.”bebel Amir sambil melipat pakaian yang berselerakan di atas katil itu. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan Iza muncul di muka pintu. Amir mengalihkan pandangan ke arah pintu yang terbuka dan riak mukanya terus berubah. “You pergi mana? Dah la you pergi macam tu je. You biarkan je bilik ni dalam keadaan yang berselerak. And you hampir buat I risau kat you tau.”ujar Amir dengan suara yang semakin mengendur. Tiba-tiba dada Amir terasa sesak, terus saja dia mengalihkan pandangan ke lain. Iza yang terkejut dengan sergahan yang diterima terus naik angin bila ada orang yang tiba-tiba menyergahnya dengan begitu.
            “Hey yang awak nak marah-marah kat saya ni kenapa? Saya lapar jadi saya turunlah pergi mencari kedai makan. Nak harapkan awak, awak bukannya ada tinggalkan makanan untuk saya pun. Tadi pun awak sempat tinggalkan saya sendirian kan..? One more thing, mana beg saya yang saya letak kat atas katil? Kenapa awak kemas beg saya? Awak kan tahu yang saya tak suka bila ada orang lain yang cuba sentuh barang saya!”marah Iza apabila perasan yang beg bagasinya sudah dikemas oleh Amir tadi ketika menunggu Iza pulang. Badan Amir yang sasa ditolak ganas ke katil.
            Amir yang terkejut dengan tindakan Iza itu terus menyoal tentang tingkahlaku Iza. “You tolak I ni kenapa? You dah naik hantu eh..?”soal Amir melihat Iza. “Ye memang saya dah naik hantu. Saya naik hantu disebabkan awak! Awak tu yang selalu je nak cari pasal dengan saya. Saya tak suka bila ada orang kemas barang saya. Saya tak suka bila ada orang sentuh barang saya. Saya tak suka. Awak faham?!”sambung Iza dengan nada yang agak marah. “Kalau tak apa jadi?”balas Amir selamba dan kain selimut terus di tarik ke badannya. Iza yang tahu Amir sedang mempermainkan dia terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. “Adalah.”jawab Iza sepatah dengan suara yang lembut.
            “Eh dahlah. Awak pergi tidur kat sana tu. Katil ni saya yang punya.”arah Iza kepada Amir lalu menolak Amir turun dari katil. “Ye la ye la.”jawab Amir tatkala merasa dirinya didorong dengan kuat oleh Iza sehingga jatuh ke bawah. Ish! Minah ni kuat sungguh la macam iron lady. Banyak songeh betullah. Ngomel Amir di dalam hati sambil melihat ke wajah Iza. Bantal diambil dan mula merebahkan diri ke sofa yang berdekatan. Akhirnya Amir tertidur juga setelah penat bertekak dengan isterinya yang mulut murai macam burung kakak tua itu.
            Iza berasa cukup gembira kerana akhirnya dia berjaya juga menewaskan suaminya Amir. Dia tersenyum senang melihat Amir yang tidur dengan keadaan kakinya panjang keluar melebihi sofa yang ada itu. Kata-kata Amir yang disebut tadi terngiang semula di cuping telinga Iza. Walaupun dia tidak terlalu peka dengan apa yang disebut Amir tapi satu perkataan yang cukup jelas di pendengarannya tadi masih jelas terngiang di telinganya. ‘Risau’, itulah perkataan yang Amir sebut tatkala marah melihat Iza yang pulang agak lewat akibat terlalu lapar keluar mencari makanan di luar seorang diri. Kenapa pulak dia nak risaukan aku? Tak pernah-pernah pun dia risaukan aku selama ni. Selalu tak endahkan aku ada la. Erm, lantaklah. Bukannya ada kena mengena dengan aku pun. Ngomel Iza di dalam hati lalu matanya mula terlelap.












BAB 13
            “Awak, kita dah dekat tiga hari dah kat sini. Saya boringlah awak. Saya baca buku pun takde sebosan ini awak. Awak jom kita balik, awak. Jom. Saya dah tak tahan dah.”rayu Iza dengan suara yang begitu kasihan. Iza sudah tidak betah tinggal di Cameron Highland. Dia bosan apabila keperluannya kat situ hanyalah untuk menjadi penolong Amir untuk mengambil seberapa banyak gambar yang dia ingini dan mengikuti Amir ke mana sahaja hanya untuk itu. Dia bosan. Sesungguhnya dia sungguh tidak betah jika tiada apa yang memerlukan dia untuk mengkaji dan meneliti sesuatu dalam bentuk pembacaan.
            Amir mengalihkan pandangan ke arah Iza. “Cik Iza, you sabar boleh tak? You tengoklah suasana yang nyaman dan sungguh hijau kat sini ni. Kan menyenangkan tu? You ni tak pandai nak hargai kehijauan yang ada ni la.”bebel Amir menyalahkan Iza yang terlihat memang cukup bosan berada di lading teh itu.
            “Eee..awak tak habis-habis lagi ke nak tangkap gambar? Pandai sangat ke awak tu nak tangkap gambar? Dahlah kat sini ada color hijau je. Takde color-color lain. Tak ke boring tu?”sambung Iza bengang. “Bla bla bla..membebel la you sorang diri. Kalau you boring sangat pergilah. Pergi. Pergi jalan sendiri. Mengacau je tau tak. Kat sini lagi best la daripada I kena hadap tengok bilik yang dah macam sarang tikus.”balas Amir kembali sambil meneruskan kerjanya menangkap gambar sebanyak yang mungkin. “Hoi, jangan nak perlilah.”tungkas Iza lalu batu yang ada diambil dan dibalingkan ke Amir dan sasarannya tepat. “Ish! Betullah. Kenyataan.”sambung Amir kembali.
            Iza yang sudah kebuntuan idea terus meluru menuju ke arah Amir dan dipujuk lagi suaminya itu agar mengikutinya untuk keluar dari kawasan yang hanya dipenuhi dengan kehiijauan daun teh. Amir akhirnya terpaksa akur tatkala dia melihat Iza yang begitu bersungguh-sungguh memujuk dirinya.
            Peluang yang tersedia ada apabila berada di Cameron Highland digunakan dengan sebaik mungkin. Keenakan buah strawberry yang memang terkenal di situ menjadi tumpuan utama Iza dan Amir dan menjadi tempat yang dituju. IZ Strawberry Farm, itulah nama di mana tempat untuk mendapatkan dan merasai sendiri buah strawberry yang sedap.
            Seperti kisah percintaan Dato’ Siti Nurhaliza dengan suaminya Dato’ Khalid Jiwa tatkala mereka mula-mula kenal dulu, strawberry cicah coklat menjadi kegemaran Amir juga. Keenakannya memang tak terkira rasa nikmatnya. Erm, sedap betul la strawberry kat sini ni. Makan pulak dengan krim coklat ni. Memang best. Pergh! Nikmat dunia. Desis hati Amir menikmati keenakan makanan itu. Kelihatan Iza sedang menikmati suasana dan memetik buah strawberry yang sudah ranum di situ. Di IZ Strawberry Farm memang membenarkan untuk para pengunjungnya mengutip dan memetik sendiri buah strawberry yang terdapat di situ malah strawberrynya sudah sedia boleh dimakan.
            “Hey! You makan terus strawberry tu? Tak basuh dulu. Pengotor! Nanti sakit perut tak tahu.”bebel Amir tatkala melihat isterinya memakan strawberry yang baru dipetik. “Biarlah. Nanti masuk dalam perut, kotor jugak kan..? Hehe..awak ni makan cam pompuan la. Makan strawberry ngan coklat pun comot. Cam budak kecik.”balas Iza. Telefon bimbit yang sentiasa ada di tangan diangkat lalu muka Amir yang comot itu ditangkap gambarnya. “You nak buat apa dengan gambar I tu?”ujar Amir melihat isterinya mengambil gambarnya yang comot itu. “Biarlah semua orang tahu yang Amir yang kononnya segak ni sebenarnya ehem. Haha..”balas Iza sempoi. “A’ah”kata Amir. Krim coklat yang ada di tangan dicalit lalu dilumurkan ke muka Iza.
            Iza yang terkejut dengan tindakan berani Amir itu mula mengejar Amir. “Amir, awak memang kurang ajar. Ekoran terlalu terkejut dengan tindakan Amir yang drastik itu menyebabkan satu aksi kejar-mengejar terjadi di antara mereka. Kawasan di ladang strawberry yang tidak terlalu luas menyukarkan untuk Iza mengejar Amir yang mempunyai kaki panjang itu. Tiba-tiba kaki Iza tersangkut pada lebihan akar pokok strawberry yang terdapat di situ lalu dia terjatuh.
            “Aduh! Sakitnya.”adu Iza sambil menyentuh kakinya yang terseliuh itu. Amir yang berlari terus menghentikan lariannya lalu kaki Iza diterpa dan di sentuh. “Sakit sangat ke? Terseliuh ni. Dah la jom kita ke klinik.”ujar Amir lalu badan Iza yang boleh tahan beratnya itu ditampung lalu di kendong ke kereta yang berada di luar kawasan ladang strawberry. Iza hanya mampu memandang ke raut wajah Amir yang menggendong dirinya. Tiada ucapan, tiada sebaris kata yang keluar kerana semuanya bagaikan mimpi.
            Dendangan lagu dari Astrid yang bertajuk Tentang Rasa menyentuh jiwa Iza. Amir di tepi di pandang sekilas. Kenapa dia baik sangat ni? Kenapa dia lain hari ni? Soal hati kecil Iza lalu muka Amir dipandang lagi yang setia memandu membawanya ke klinik yang berdekatan. Ish! Kenapa dia asyik pandang kat aku ni? Aku tahulah yang aku ni handsome tapi tak payah la nak tengok aku sampai camtu sekali. Ngomel hati nakal Amir apabila perasankan tindakan Iza yang dari tadi sekejap-sekejap akan menjengah memandang wajahnya dari tepi.
            Disebabkan kaki Iza yang terseliuh akibat terjatuh tadi di ladang strawberry, jadi Amir terpaksa mengangkat Iza walaupun Iza berat. Tanggungjawab seorang suami la katakan. Sekali lagi Iza berada di dalam keadaan hati yang gundah gulana disebabkan keadaan yang sebegitu menyebabkan dia dan Amir semakin dekat. Bukan hanya Iza yang berperasaan sebegitu, Amir juga merasakan perihal yang sama tapi cuba dinafikan. Maklumlah lelaki kacak seperti Amir penuh dengan sifat ego yang tinggi.
            “Erm, kaki Cik Iza takde apa-apa. Cuma terseliuh sikit je. Tapi lain kali make sure lebih berhati-hati. Cik Iza boleh berjalan macam biasa.”ulas doktor yang merawat Iza sambil diperhatikan oleh Amir di sisi Iza. “Laa..boleh berjalan sendiri ke? Kalau tahu boleh berjalan tadi, takde la I nak kena angkat you yang berat tu.”sungut Amir setelah mendengar kata doktor yang menyatakan bahawa kecederaan di kaki Iza itu hanyalah sedikit saja dan Iza masih boleh berjalan. Iza yang sedikit tersentuh mendengar kata-kata Amir terus membalingkan ‘paku buah keras’ kepada Amir yang lancang. “Saya tak suruh pun awak angkat saya tadi. Awak je yang beria-ia nak angkat saya. Jadi bukan salah saya la kan kalau hakikatnya saya masih boleh berjalan sendiri. Terima kasihlah doktor.”balas Iza dengan nada yang sedikit keras. Dia betul-betul tak sangka yang Amir sanggup memalukan dia di depan doktor yang merawat kakinya tadi semata-mata mendengar kata doktor yang memberitahu dia tak apa-apa dan masih boleh berjalan sendiri.
            Masing-masing bagai dirasuk hantu kerana masing-masing mendiamkan diri sahaja ketika berada di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke hotel yang mereka menginap. Setibanya di bilik hotel, beg bagasi yang tersimpan kemas di dalam almari ditarik keluar. Habis semua pakaian yang dibawa dimasukkan dan dikemas oleh Iza, tidak tinggal walau sedikit pun. Amir yang melihat hanya mendiamkan diri tetapi mula bersuara tatkala melihat Iza yang semakin ralit memasukkan baju-baju ke dalam bagasi tersebut.
            “You kemas-kemas baju ni nak ke mana? Kita ka nada dua hari lagi menginap kat sini.”tegur Amir lembut. Di dalam hati, kegusarannya tentang keselamatan Iza mula membukit. Mana taknya, dia takut jika terjadi sesuatu yang di luar jangkauan seperti kejadian yang berlaku dulu semasa Iza berniat mahu melarikan diri dari rumah gara-gara tak mahu meneruskan perkahwinan dengannya. Lagipun, Cameron Highland bukanlah tempat yang biasa bagi Iza dan itu bukan tempat mereka, itu tempat orang.
            “Saya nak balik. Saya nak kita balik ke rumah kita kat KL besok jugak. Saya dah tak tahan duduk di sini lama-lama dengan awak. Makin lama saya duduk berdua dengan awak kat sini, makin sakit hati saya ni. Awak tahu tak?!”balas Iza keras. Amir yang mula buntu mendengarkan bait-bait kata yang diluahkan oleh Iza terus menggaru kepalanya yang tidak gatal itu menandakan dia lagi buntu.
            Ish! Merajuk dengan aku sebab tadi ke? Aduh! Aku dah la tak reti nak pujuk. Camne nak buat ni? Tenang Amir, tenang. Ucap kata hati kecil Amir menenangkan dirinya. Iza yang sudah selesai mengemas semua baju ke dalam bagasi dipandang. “Okay, esok kita balik. You marahkan I sebabkan tadi ke? Masa kat klinik? Dah memang betul pun you tu berat. Tapi salah I jugak sebab tanpa bertanya terus angkat you tadi.”jawap Amir lembut. Iza memandang Amir dengan perasaan yang pelik ketika itu. Ni betul Amir Azlan ke? Kenapa hari ni dia lain sangat dari hari-hari yang sebelumnya? Dia demam ke? Soal hati Iza. Tanpa disedari Iza, tangannya dengan selamba telah menyentuh permukaan dahi Amir bagi mengesan sama ada sekiranya Amir betul-betul tak sihat tatkala itu.
            Tindakan spontan dari Iza itu telah mendiamkan Amir serta-merta. Dia kelu untuk berbicara apabila merasai sentuhan tangan Iza ke dahinya. Suatu perasaan halus menjalar di dada hatinya ketika itu. Amir tidak tahu apakah perasaan itu. Mukanya memerah seperti udang galah yang baru sudah dibakar. Iza yang baru perasan pandangan tajam yang diberikan Amir ketika itu mula menjauhkan tangannya dari dahi Amir dan ketika itu juga Amir mula menyedari keadaan dirinya dikala itu. Iza terpana dan dia tidak menyangka persoalan di hatinya tadi boleh menyebabkan tangannya dengan spontannya telah menyentuh dahi Amir. Masing-masing membisukan diri entah buat kali yang ke berapa sudah.








BAB 14
          “Eh, korang dah balik? Kenapa awal sangat ni? Camne honeymoon? Okay?”soal Datin Irin tatkala melihat kepulangan Iza dan Amir yang lebih awal dari yang sepatutnya. “Takde pe Mummy, Iza tak betah duk kat sana lama sangat katanya jadi Amir ikut je la. Lagipun ada assignment yang tak siap lagi ni. Nak kena siapkan cepat.”balas Amir lalu mengikut Iza ke bilik. Iza berlalu pergi setelah mencium tangan mak mertuanya.
            “Haa Iza. Camne cuti kau? Okay ke? Hehe..”soal Julia dan Shila serentak. “Erm, okay je.”jawab Iza pendek dan dengan tak sengaja pandangan matanya bertentangan dengan pandangan mata Amir. Masing-masing terkesima buat seketika. Seketika kenangan bersama ketika di Cameron pada minggu sebelumnya mengimbau di minda masing-masing. Julia dan Shila yang perasan akan perubahan riak Iza terus menyergah. “Hoi! Yang kau duk menung jauh ni kenapa? Dah tu pulak duk sengih sorang-sorang. Dah macam orang pergi honeymoon dah lagaknya. Wei! Aku lapar ni. Jom ar gi makan. Hehe..”sampuk Julia menyentakkan khayalan Iza buat seketika. Iza yang terkejut disergah sebegitu menjeling tajam. Julia dan Shila membuat muka tak bersalah.
            “You, camne cuti you? Best tak? I biasa-biasa je sebab you takde.”tanya Liana sambil menggedikkan dirinya pada Amir. Amir hanya membenarkan tapi pandangan matanya tak pernah lepas dari melihat Iza yang berada di meja sebelah. “Erm, cuti I okay la you. Best dan happy sangat tapi de jugak yang buat sakit hati. Biasalah bercuti kat Cameron kan..?”jawab Amir ringkas tapi dengan nada yang kuat. Mungkin mahu menarik minat Iza untuk menyampuk. Iza mengerling sekilas.
            Akirnya kelas selesai untuk hari itu. Zamri meluru pergi ke arah Iza yang dilihat baru sahaja keluar dari bilik kuliah. “Hai awak, jom balik dengan saya. Saya hantarkan. Tapi sebelum tu jom saya belanja awak makan ice-cream vanilla dengan air vanilla latte. Nak? Dah lama tak makan dan berbual dengan awak.”jawab Zamri panjang lebar. “Awak, saya tak boleh la. saya dah janji dengan Papa saya. Lagipun dah lewat ni, nanti kesian Papa saya duk tunggu. Sorry eh awak.”balas Iza dengan keadaan yang tergesa-gesa. “Iza ni awak ni dah macam belut kan. Susah nak ditangkap. Asal saya nak ajak awak keluar je, mesti ada halangan.”sambung Zamri merajuk. “Alaa awak ni. Saya memang betul-betul tak bolehlah hari ni. Lain kali la. Ok la saya dah lambat dah ni. Bye.”sambung Iza lagi lalu terus berlalu pergi.
            Langkah disusun dan diatur agar tidak lambat. Kelihatan kelibat kereta Amir yang sudah sedia menunggu di tempat yang telah dijanjikan. “Lambat kenapa? Bukan ke kelas you dari tadi dah habis?”soal Amir melulu. “Err..memang la dah habis awal tapi tadi ada kawan ajak borak so saya borak la dengan dia sekejap. Sorry eh..”balas Iza dengan suara sedikit tergagap. “Amboi! Syoknye you sempat gi borak lagi eh.. I ni dah naik kematu tunggu you dalam kereta ni lama sangat tau.”balas Amir penuh geram. “Erm, sorry la awak. Janganlah nak marah sangat. Yang awak tadi tu duk dalam kelas duk tergedik-gedik dengan Liana tu takpe pulak?” balas Iza sedikit geram. Entah kenapa sejak dia melihat keadaan Liana yang tergedik-gedik dengan Amir di dalam kelas tadi dan Amir yang hanya membenarkan membuatkan diri Iza semakin diburu dengan suatu perasaan yang sukar untuk dirinya merungkaikannya. Dia juga tidak tahu kenapa dia perlu berasa sebegitu. Apakah perasaan itu?
            Usai saja mandi, Amir terus meluru duduk di hadapan Iza yang kelihatan sedang khusyuk membaca buku ilmiah di meja belajar yang tersedia di dalam bilik itu. Iza yang tengah khusyuk membaca sambil telinganya ditutup dengan earphone yang diselit ke telinga tidak perasan bahawa Amir sedang datang ke arahnya dari arah belakang.
            “You, I nak cakap sikit dengan you ni. Pasal petang tadi masa dalam kereta. I.. I.. I nak.. I nak minta maaf la kat you sebab tanya you bukan-bukan tadi. Dah you lambat sangat tadi turun tu kenapa?”ujar Amir sambil merenung ke wajah Iza. Iza hanya melihat muka Amir yang sedang duduk berlutut di hadapannya. Mamat ni kenapa? Tetiba je. Soal hati kecil Iza sambil melihat muka Amir yang berkerut itu. “Erm, awak cakap apa? Sorry saya dengar lagu dengan earphone ni sambil mengulangkaji pelajaran tadi. Awak cakap apa erk..? Saya tak dengar la. Sorry. Hehe..”balas Iza dengan muka selamba. Laa..dia tak dengar apa yang aku cakapkan tadi? Eee..geramnya aku dengan si burung kakak tua ni. Ngomel Amir geram.
            Bantal yang ada di atas katil di ambil lalu berlalu menuju ke arah sofa yang sudah menjadi katilnya yang setia. Dengan serta-merta muka dihembam ke bantal dan mengalihkan badannya bertentangan dengan Iza yang sedang melihat perilakunya ketika itu. Amir menunjukkan protesnya malam itu. Entah kenapa dia menjadi semakin geram dengan perangai Iza yang sukar diramal. Kadang-kadang OK kadang-kadang KO dengan dia. Hal itu membuatkan dia menjadi mudah emosi.
            Iza yang tahu bahawa Amir sedang merajuk dengannya mula tersengih melihat tingkahlaku Amir itu. Ish! Merajuk la pulak dia ni. Memang dah macam gegurl dah lagaknya. Tahu pun nak mintak maaf. Tahu pun diri tu dah buat salah. Desis hati kecil Iza yang berdetik. Yang sebenarnya Iza dengar apa yang dikatakan oleh Amir tadi kerana volume earphone telah diperlahankan ketika Amir mencuit bahunya tadi. Dia pun sebenarnya bukan sengaja nak naik angin atau marah dengan sikap Amir tapi entah kenapa sejak mereka berdua pulang dari honeymoon yang tak menjadi di Cameron Highland, masing-masing menjadi semakin teruk perangainya.




BAB 15
            “Amir, Iza ini ada kunci rumah. Korang kata nak hidup berdikari kat luar kan..? So Daddy dah dapatkan rumah untuk korang. Tak jauh sangat dari sini. Ini kira hadiah perkahwinan untuk korang jugak la.”ujar Daddy ketika usai makan pagi bersama isteri dan anak serta menantunya. Iza dan Amir memandang antara satu sama lain serentak. Serta-merta senyuman yang manis terukir di bibir kedua pasangan itu. Riak yang cukup gembira kerana mendapat hadiah perkahwinan yang tak terhingga itu cukup membahagiakan Datin Irin dan Dato’ Azman yang melihat. “Thank you Daddy, Mummy. Hehe..so hujung minggu ni kami akan berpindah masuk ke sana la.”jawab Iza dan Amir serentak. “Erm,ok jugak tu. Tapi kena buat doa selamat dululah sebelum korang mula masuk ke rumah tu nanti. Mummy boleh tolong masakkan untuk majlis doa selamat tu nanti.”sampuk Datin Irin. Inilah waktunya untuk dia mempromosikan masakan dari air tangannya sendiri. Dato’ Azman, Amir dan Iza hanya mengangguk setuju.
            “Ramai jugak orang yang datang tuk bacaan doa selamat pada malam ni kan..?”soal Puan Maimon kepada Datin Irin sambil menolong menyiapkan hidangan yang mahi diberikan kepada semua yang hadir sebagai tanda balasan terima kasih kerana sudah datang ke majlis doa selamat pada malam itu. Amir, Iza, dan kedua orang tuanya iaitu Dato’ Azman dan Dr. Musa tidak putus tangan menolong menyerahkan makanan-makanan yang sudah sedia dibungkus kepada pengunjung yang berangkat pulang.
            “Fuh! Penat sungguhla. Tak sangka ramai yang datang.”kata Dr. Musa yang keletihan melayan tetamu-tetamu yang datang. “Itulah Mus. Aku pun tak sangka jugak dorang tu semua datang ramai. Mungkin sebab rumah ni baru je dihuni. Oh ye, Iza, Amir nanti kalau dah duduk tinggal kat sini jangan lupa la pulak datang jenguk kami parents ni. Hehe.. jangan bertengkar macam anjing dengan kucing dah, ok? Kalau ada masalah telefon kitorang ni yang sedia mendengar.”ujar Dato’Azman panjang lebar termasuklah sedikit nasihat diberikan kepada kedua pasangan yang baru berkahwin itu. Iza dan Amir akur dengan nasihat yang diberi.
            Akhirnya sudah tiba waktu untuk Dato’ Azman dan isteri serta Dr. Musa dan isteri pulang ke rumah masing-masing setelah selesai upacara majlis doa selamat di rumah baru Amir dan Iza. Amir dan Iza ditinggalkan berdua malam itu. Keadaan rumah yang masih tidak terurus sepenuhnya menyakitkan mata Amir dengan serta-merta. Amir memang seorang yang tidak boleh sebarang kekotoran atau keadaan yang tak teurus macam tu, dia jadi cepat pening kepala.
            “You, you kemaskan kat bahagian sana. I kemas kat bahagian sini. De lagi yang tak kemas ni. Dah lewat dah ni. Besok kita nak kena pergi ke kolej pulak. Tolong eh..”ujar Amir lembut tatkala melihat Iza yang sedang menonton televisyen. “Alaa..awak kemas la sendiri. Saya malas la. Saya nak tengok tv ni kejap.”balas Iza selamba. Amir yang geram dengan jawapan Iza itu terus menarik tangan Iza. “You pegang penyodok sampah ni. I sapu. You duduk elok-elok nanti terkeluar semula sampah-sampah tu.”arah Amir. Iza yang bengang terpaksa akur dengan Amir. Iza malas nak bertekak dengan Amir tengah-tengah malam buta tu sebab dia penat melayan tetamu yang datang tadi. Seketika kemudian, akhirnya kerja pembersihan selesai jua.Ekoran terlalu penat mengemas rumah, akhirnya kedua pasangan itu terlena di sofa yang ada di depan televisyen dengan nyenyaknya.










BAB 16
            “Eh, Iza jom kita pergi ke kafe. Kelas untuk waktu sekarang pun dah habis kan..?”kata Shila disaat dia melihat Iza mengemas buku-buku yang ada diletakkan di kerusi yang terletak di kawasan lapang di kolej itu. Kelihatan Zamri menghala menuju ke arah Iza dan dengan serta-merta harapan Shila dan Julia untuk makan bersama sahabatnya, Iza dikala itu hanya tinggal harapan. “Awak jom saya belanja awak vanilla latte. Julia, Shila korang tak payah ikutlah eh.. biar aku dengan Iza je. Hehe..”ujar Zamri pantas sambil merenung ke arah Shila dan Julia yang berada di tepi. “Kami tahulah. Erm, k la Iza. Kitorang gerak dulu la eh..”jawab Shila dan Julia serentak kepada Iza dan Zamri yang kelihatan tersenyum dan mengenyitkan mata tanda terima kasih memberi laluan kepadanya untuk mendekati Iza.
            Suasana yang agak bising di kafe ketika itu tidak menggangu kosentrasi Iza untuk menikmati ice-cream yang dibelikan oleh Zamri kepadanya. Zamri juga turut menikmati ice-cream yang sama. Dalam kekusyukan mereka berdua menikmati ice-cream yang melekat di bibir, tanpa mereka sedari ada sepasang anak mata yang sedang memerhatikan mereka berdua dengan perasaan yang bergejolak di dalam jiwa. Anak mata seseorang yang mulai sedar akan sesuatu yang aneh mula menjalar di dalam dirinya sejak kejadian di Cameron. Amir begitu marah dan geram dengan apa yang telah dia saksikan itu.
            “Ish! Mana dia ni? Tadi dia jugak yang bersungguh-sungguh suruh aku tunggu kat sini. Tapi sampai sekarang ni, aku tak nampak pun batang hidung dia.  Sahkan batang hidung, lubang hidung pun tak nampak. Aish! Dia buat hal balik la ni. Amir!”sungut Iza sambil menghentak-hentakkan buku yang di pegang ke bangku yang diduduki ketika menunggu Amir yang tak juga menampakkan dirinya. Akhirnya Iza terpaksa pulang dengan teksi petang itu. Mula-mula dia ingin tumpang dengan Zamri tatkala Zamri menghulurkan bantuan untuk menghantarnya pulang tadi tapi apabila dia teringatkan semula bahawa dia bukannya tinggal di rumah ibu bapanya lagi, maka di tolak dengan selembut mungkin perlawaan Zamri itu.
            Kelihatan kereta Amir yang terjongol di depan muka pintu rumah. Semakin naik angin la Iza jawapnya. “Amir! Awak boleh pulak duk senang-lenang kat sini erk..? Awak tahu tak yang saya tunggu lama kat kolej tadi tu. Last-last saya kena balik naik cap awak tau tak.”bengang Iza sambil menghalakan kata-kata itu kepada Amir sambil menghempaskan beg yang disandang. “Haa..padanlah dengan muka you. Tadi bukan main lagi you bercintan-cintun dengan pakwe you si Zamri tu. Makan ice-cream pun sampai nak kena lap-lap. Meluat tau tak. Dahlah buat kerja tak senonoh tu kat tempat awam.”balas Amir dengan kenyataan yang sungguh tak dijangka.
            Iza yang terkejut mendengar kenyataan Amir yang mengatakan bahawa Zamri adalah kekasihnya sedangkan dia tidak pernah mengakui soal itu. “Eh, bila masa pulak saya cakap yang Zamri tu pakwe saya? Yang awak tu iye la, si Liana tu kan kekasih awak yang vogue gedevas sangat tu kan..? Nak kata saya la pulak.”balas Iza membalingkan ‘paku buah keras’ kepada Amir yang dirasakan menuduhnya dengan kenyataan yang tak berasas. Amir yang sedikit gembira mendengar kenyataan yang sebenar dari mulut Iza dengan spontan terus memegang jari-jemari Iza yang duduk di sofa bersebelahan dengan dirinya. Iza yang tidak selesa dan mula pelik dengan tingkahlaku Amir sejak kebelakangan ini mula mengangkat jarinya dari disentuh Amir.
            “Awak nak cakap, cakap je la. Tak payah nak main pegang-pegang. Saya tak suka la.”usul Iza tak senang duduk sambil mengalihkan pandangan ke lain tempat. Debaran di dada yang dirasai oleh Iza tatkala itu hanya Allah Yang Maha Esa sajalah yang tahu. Amir yang mendengar ayat Iza yang berbaur sindiran itu mula tersenyum. “Hehe..ok ok. Sorry. I tak sengaja. Liana tu bukan girlfriend I la dan dia tak pernah jadi girlfriend I pun. Dia je yang lebih-lebih.”balas Amir. “Erm, iye la tu. Dah la saya penat. Nak masuk tidur. Penat tunggu awak dari tadi tak muncul-muncul. Aish!”sambung Iza kembali lalu berlalu naik menuju ke bilik yang terletak di tingkat atas. Sebelum Iza sempat berlalu jauh menaiki anak tangga menuju ke bilik, Amir sempat menyampuk. “Sorry. I mintak maaf sangat-sangat. I takkan buat lagi. Tapi you jangan nak rapat-rapat sangat dengan si Zamri tu.”jawap Amir.
            Iza berlalu naik ke bilik tanpa mengendahkan kata-kata Amir. Kata-kata Amir dibiarkan sepi begitu sahaja. Namun begitu, kata-kata Amir yang seperti arahan agar dia tidak lagi rapat dengan Zamri dirasakan pelik. Kenapa pulak tiba-tiba dia tak kasi aku rapat dengan Zamri? Aku bukannya kekasih dia yang dia nak bentak-bentak macam tu. Sungut hati kecil Iza. Memanglah kau tu bukan kekasih dia Iza oii.. tapi kau tu isteri dia. Jadi tak salahkan kalau dia tiba-tiba berkelakuan sedemikian? Luah hati kecil Iza. Memanglah. Tapi kenapa tiba-tiba je? Tak suka la. Soal Iza di dalam hati. Itu sebab dia sayangkan kau Iza. Amir dah mula sayangkan kau. Desis hati kecil Iza lagi. Iza menggelengkan kepala.
            “Hey yang you duk tergeleng-geleng macam orang tengah berzikir ni kenapa? Dah sasau ke apa? Hehe..”tanya Amir tatkala melihat keadaan Iza yang dari tadi sedang duduk tergeleng-geleng sejak dari dia masuk ke dalam bilik lagi. Iza terkejut. Keadaan Amir yang datang dekat untuk mengambil bantal yang terletak di sebelah Iza mengejutkan Iza. Dia cuba menjarakkan diri dari Amir. “I takkan sentuh you kalau you tak rela. Jangan risau.”ujar Amir lembut tatkala perasankan perubahan Iza ketika itu. Entah kenapa dia merasakan yang dia patut menunjukkan kepada Iza akan sedikit sebanyak perasaan yang mula menjalar di dalam dirinya. Iza masih membisu tanpa bicara. Kata-kata Amir juga dibiarkan sepi. Hanya muka Amir yang tampak serius dan murni itu dipandang.

BAB 17
            “You nak breakfast dulu ke? Kita breakfast kat luar hari ni sebab kalau nak breakfast kat kolej pun awal sangat lagi ni. Kelas kita start pukul 10  kan hari ni?”ujar Amir di dalam kereta sambil mengerling ke jam di tangan. “Ikut suka awak la. Saya ikut je. Awak kan ‘driver’ saya. Hehe..”balas Iza sambil tersenyum kepada Amir. Comelnya senyuman dia. Ngomel hati kecil Amir yang tiba-tiba berdetik. Pagi itu pakaian kedua-duanya sedondon. Kedua-duanya memakai pakaian yang berwarna garang dan menyerlah pagi itu. Amir yang segak dengan t-shirt berkolar berwarna chocolate dipadankan dengan seluar berwarna krim susu. Manakala Iza memakai blause berwarna krim bercorakkan pokadot coklat diserikan dengan cekak rambut bereben di kepala.
            “Pakaian kita samalah pulak hari ni. Baju tu bila masa awak beli? Tak pernah nampak pun awak pakai sebelum ni.”ucap Iza sambil mengalihkan pandang melihat kepada pakaian mereka berdua itu. Amir juga melakukan hal yang sama. “A’ah la sama. Baju ni Daddy yang belikan. Rasanya sekali dengan baju yang you pakai tu la. Dah nampak ada kat atas katil tadi so I amik la pakai. You yang bukak eh..? tak pernah nak simpan elok-elok balik tapi takpe la I boleh pakai.”ujar Amir panjang lebar. “Sorry. Terlupa nak simpan balik.”jawab Iza dengan mengangkat dua jari tanda janji tidak akan melakukan hal yang sama lagi.
            “Erm, tak lama lagi Mummy dengan Daddy cakap yang diorang nak kita berdua pergi honeymoon kali kedua kat Paris pulak. So you camna? Ok tak?”usul Amir tiba-tiba apabila dia teringatkan kata-kata Mummynya yang menelofannya semalam ketika Iza berada di bilik manakala dia masih berada di tingkat bawah. “Hah? Honeymoon kali kedua? Paris? Tapi kita kan nak dekat dengan final sem ni,awak. Takkan la kita nak pergi dalam keadaan kita nak dekat exam?”soal Iza kembali. “Takde la kita nak pergi sekarang. Nanti lepas exam la. I dah cakap dah kat Mummy semalam. Dia kata ok. You ok tak kalau kita pergi honeymoon kali kedua?”balas Amir lagi. “Erm, kalau honeymoon pun tapi awak tinggalkan saya kebulur macam hari tu tak nak la saya ikut awak. Buat sakit hati je.”sambung Iza lagi. “You, I promise yang I takkan buat macam tu lagi. I sebenarnya dah.. dah..dah sayangkan you, Iza. Seriously I’m in love with you.”balas Amir kembali lalu jari-jemari diramas mesra dengan penuh keyakinan.
            Iza terkesima. Tak sangka kejadian sebegitu romantic boleh berlaku padanya di kala itu. Bahagia yang dirasa tiada siapa dapat meneka dan melihat. Hanya hatinya mula berbunga riang. “Hoi! Amboi jauhnya kau termenung Iza. Teringatkan cik abang Zamri ke? Hehe..”sahut Julia mengejutkan Iza yang masih berkhayal mengenangkan peristiwa pagi tadi. “Eh, mana ada la. takde apa-apa la. Jom kita balik. Dah lewat dah ni.”balas Iza menutup cerita yang sebenarnya.
            “Kenapa lambat? Keluar dengan Zamri eh..?”soal Amir berbaur cemburu. “Eh mana ada. Shila dengan Julia tadi yang lambat.”balas Iza cuba menerangkan tentang duduk perkara hal yang sebenar. Amir tersengih mendengar ayat Iza. Dia merasa bahagia tatkala Iza mengaku yang dia tidak bersama Zamri tadi tapi bersama rakan-rakan karibnya. “Erm, you dah mandi ke tak ni?”soal Amir menyakat isterinya secara tiba-tiba. Iza yang terkejut terus mengecek bajunya jikalau memang badannya berbau. Amir yang melihat hanya mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta bagi menahan rasa dirinya yang ingin ketawa melihatkan tingkahlaku Iza yang baru sahaja termakan dengan kata-katanya. Iza yang perasan bahawa Amir cuma mempermainkan perasaannya di kala itu terus mencubit peha Amir yang sedang memandu keluar dari kolej.
            “Aduh! Sakitlah you.”adu Amir sakit terkena cubitan yang hangat dari isteri tercinta. Kini baru Amir mengakui bahawa dirinya sebenarnya sudah jatuh sayang, jatuh cinta kepada Iza, isterinya. “Tahu pun sakit. Yang awak sakat saya cakap saya tak mandi tadi tu kenapa? Awak saje je kan nak sakitkan hati saya. Ish! Geramlah dengan awak ni.”ucap Iza laju sambil memuncungkan mulutnya. “Alololo sorry. I bergurau je la tadi. Erm, apa you cakap tadi? You geram dengan I? Geram-geram tunggu nanti malam la sayang. Hehe..”balas Amir manja lalu dagu runcing Iza disentuh mesra. Iza yang mendengar bait bicara Amir hanya terus memuncungkan dirinya. Kata-kata Amir yang menyebut perkataan ‘sayang’ tadi bagai suatu sentuhan yang mesra dari seekor kucing meminta belas kasihan dari tuannya. Begitu mengharukan dan membahagiakan.
            Kemesraan di antara kedua pasangan itu semakin kian mekar seperti bunga-bunga yang mekar di taman tatkala bunga bertemu dengan sang matahari yang memberi sinar kebahagiaan kepada si bunga. Dendangan lagu yang kedengaran dari corong radio yang dipasang menambahkan lagi kemesraan antara mereka tatkala lagu yang digemari oleh kedua mereka  dinyanyikan bersama. Amir memandu kereta dengan penuh berhati-hati kerana kini dia membawa isteri tercinta yang tiada siapa tahu kecuali kedua ibu bapa yang telah menyatukan dua hati yang bagaikan anjing dengan kucing dulu, pantang ketemu pasti ada saja pertelingkahan yang bakal berlaku. Benarlah kata orang dulu-dulu ‘jangan selalu bertengkar dengan orang yang kita benci kelak orang yang kita benci itulah menjadi orang yang paling kita sayang akhirnya’.
            “Eh, bukan ke kita nak balik ke rumah terus, Amir? Ini bukan jalan nak balik ke rumah ni. Awak nak bawak saya ke mana?”soal Iza tatkala perasan laluan yang dilalui sekarang bukanlah laluan yang menghala ke rumah mereka. “I nak bawak you pergi makan kat luar. Malam ni kita candle light dinner sama-sama k.”jawab Amir sambil tersenyum manis ke arah Iza. Iza hanya membalas mesra senyuman suaminya.

BAB 18
            “Hai Amir. Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau makin happy je. Macam orang dah ada bini. Ceritalah kat aku. Aku pun nak tahu jugak kenapa kau happy sangat ni.”sapa Nizam kawan Amir yang sama kelas hanya ketika belajar kesenian lukisan dan editing gambar sahaja. “Hehe..aku happy? Eh, cam biasa je kan..? Aku happy sebab tak lama lagi gambar-gambar yang dah aku ambil tu akan dikeluarkan dalam majalah kolej.”jawab Amir merahsiakan hal sebenar tentang hal dia dan Iza. Tiada sesiapa di kolej tahu tentang mereka di kolej itu. “Ohh..”balas Nizam kembali.
            Kerusi yang ada di kawasan yang berdekatan dengan tempat mereka sedang berborak ditarik pantas oleh Amir. Inilah saat yang tepat untuk aku ceritakan tentang hal aku dan Iza. Rasanya Iza pun boleh terima kalau aku cakap dekat Nizam tentang kitorang. Desis hati kecil Amir yang semakin membuak-buak untuk menceritakan kepada orang yang rapat dengan dirinya tentang hal tersebut.
            “Zam, aku sebenarnya ada benda yang aku nak cakap kau ni. Tapi sebelum tu aku nak kau janji dengan aku yang kau takkan kasitahu kat siapa-siapa pun pasal benda ni. Biar aku yang kasitahu kat orang lain bila aku rasa dah tepat masanya.”ujar Amir serius dengan panjang lebar. “Aish! Kau ni serius giler aku nampak. Erm,ok aku janji aku takkan kasitahu kat orang lain. Kau ni dah buat aku suspen. Dah macam orang tahanan akhir yang menunggu detik dijatuhi hukuman gantung dah rasanya hati aku sekarang ni, tau tak?”balas Nizam sambil merenung ke wajah Amir di hadapannya.
            “Woi! Aku tengah serius ni kau boleh pulak buat lawak time gini. Aish. Macam orang tahanan akhir la apa la. Aku nak pasal aku dengan Iza.”jawab Amir lagi. “Pasal kau dengan Iza? Iza pelajar genius dan scorer kat kolej kita tu ke? Yang kau panggil dia ‘si burung kakak tua’?”soal Nizam menginginkan kepastian jika itu Iza yang dimaksudkan oleh Amir. Amir mengangguk. “Haa..kenapa kau dengan dia? Korang couple ke? Ke korang dah kahwin? Sampai hati kau tak ajak aku jadi saksi korang.”tutur Nizam lagi tetapi sedikit berbunyi terkilan. Amir mengangguk lagi. “Ish! Kau ni dari tadi angguk je. Korang couple ke dah kahwin sekarang ni? Confuse aku la dengan kau ni,Mir.”sambung Nizam lagi tidak berpuas hati dengan anggukan Amir.
            Amir melepaskan hembusan nafasnya perlahan lalu mula bersuara. “Aku dengan Iza dah jadi suami isteri, Zam. Kami dah kahwin hampir enam bulan. Kami kahwin pun sebab mak bapak kami yang satukan kami. Kami kahwin sebab pilihan keluarga. Ye memang aku akui yang dulu memang aku benci sangat kat dia tu. Tapi sekarang aku dah mula sayang kat dia, Zam. Aku tak boleh tengok dia dengan lelaki lain. Gila kan aku? Dulu aku la yang duk kutuk dia, mengata itu ini kat dia tapi last-last dia yang selalu ada dalam mimpi aku sekarang ni. Pelik kan?”terus-terang Amir kepada Nizam. Nizam yang mendengar terkejut besar mendengar kata-kata sahabatnya itu. Nizam betul-betul tak sangka bahawa Amir yang famous dengan gelaran ‘mamat poyo campur ngetop’ di kolej boleh dengan tiba-tiba menjadi sebegitu halus jiwanya apabila menerangkan soal hati dan perasaan. Dalam pada waktu yang sama, dia bersyukur kerana Amir dipertemukan jodoh dengan orang yang memang sesuai dengan dirinya. Itulah suratan takdir yang sudah tersurat dan tersirat untuk mereka.
            “Erm, baguslah kalau macam tu Amir. Kau dah bagitau kat Iza tak tentang perasaan kau ni? Apa reaksi dia? Dia terima kau tak?”soal Nizam sambil menepuk bahu Amir bagi meredakan gejolak perasaan Amir ketika itu. “Iza dah tahu dah sebab aku dah banyak kali kasitau kat dia tentang perasaan aku tapi entahlah. Dia takde cakap apa-apa. Tapi dia dah makin ok la dengan aku. Takde nak marah aku macam dulu lagi.”balas Amir menjawab soalan Nizam kepadanya. “Dia sukakan kau jugak la tu, Mir. Try kau tanya dia elok-elok. Mana tahu nanti dia kasitau la kat kau. Hehe..aku rasa beruntung sangat untuk korang berdua. Semoga korang bahagia sentiasa ye.”jawab Nizam lagi mengembalikan keyakinan kepada Amir yang nampak seperti sedikit berputus asa.
            “Iza, I ada benda nak cakap dengan you ni. I nak tanya you satu perkara.”ujar Amir menuturkan bicara kepada Iza selepas mereka usai menjamu selera dengan masakan yang dimasak oleh Iza. Nasib baiklah menjadi masakan yang dimasaknya itu kerana itulah cubaan pertama Iza dalam dunia memasak. Masakan yang dimasak oleh Iza pada malam itu adalah masakan yang diajar oleh mak mertuanya sendiri tatkala mereka pergi berhujung minggu di rumah mak mertuanya pada minggu sebelumnya. “Erm..awak nak cakap apa? Cakap je la.”balas Iza pendek. “I nak tanya, you sayangkan I ke tak? I tahu you tak sayangkan I sebagaimana I sayangkan you kan..?”sambung Amir lagi sebelum sempat Iza membalasnya lagi. “Bila masa pulak saya cakap macam tu?”ujar Iza lagi tanpa menyedari bahawa dia sudah membongkarkan rahsia tentang perasaannya terhadap suaminya, Amir ketika itu. Alamak! Kenapa aku boleh tersasul ni? Desis hati Iza.
 Amir yang perasankan sesuatu mengalihkan pandangan laju ke wajah Iza di sebelah. Jari-jemari Iza dipegang perlahan. “Betul ke you? You sayangkan I sebagaimana I sayangkan you. Thanks Iza sebab terima I. Serius ke ni?”kata Amir sambil memintakan kepastian dengan Iza yang dilihat cuba menutup mukanya dengan telapak tangannya itu. Mungkin malu. Comel sungguh bila you malu camtu Iza. Desis nakal hati Amir. “Ye, I pun sayangkan you. Dah. Tak payah nak tanya banyak-banyak. Malulah.”tutur Iza malu. “Hehe..ok la. I tak tanya dah. So maknanya I tak payahlah tidur kat atas sofa lagi kan..?”sambung Amir sambil tersenyum penuh makna. Hanya Iza yang mengerti dengan senyuman yang terukir di bibir Amir ketika itu. Muka Amir direlus mesra. Sesungguhnya saat itulah saat yang paling bahagia terjadi di antara mereka.
Mereka menyusun langkah menuju ke bilik setelah luahan hati dan perasan masing-masing terungkai. Pintu bilik dikuak. “You, I nak call Mummy, Daddy, Papa dengan Mama pasal kita la. Pasti diorang semua tu happy.”ujar Amir gembira. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu kesemua ibu bapanya tentang kebahagiaan mereka. Iza hanya mengangguk dan setuju dengan tindakan suaminya itu.











BAB 19
Hari ini sudah genap setahun usia perkahwinan mereka. Semua orang di kolej sudah tahu tentang mereka. Ramai yang tidak menyangka bahawa pasangan yang sentiasa bertengkar apabile bertemu hanyanya menemui jodoh antara satu sama lain dan menjadi suami isteri. Liana dan Zamri iaitu orang yang mengharapkan balasan cinta dari Iza dan Amir juga turut mengetahui tentang perihal hal itu tapi nasib baiklah mereka berdua boleh menerima kenyataan itu dengan baik. Cuma Zamri yang agak sukar untuk menerima kenyataan itu kerana rasa cintanya yang sudah lama bertahta di hati terhadap Iza terpaksa dikikis pergi jauh. Dia sempat hilang arah tujuan apabila saat pertama kali mendengar tentang Iza dan Amir dengan cubaan membunuh diri beberapa kali tapi Allah masih menginginkan dia untuk terus hidup di muka bumi ini dan akhirnya dia menerima kenyataan itu dengan rela hati. Liana pula menerima kenyataan itu dengan mudah tatkala ada seorang jejaka yang kacak dan kaya masuk ke kolej itu.
“Sayang, I peninglah. Tolong carikan ubat untuk I.”tutur Amir lembut sambil memegang kepalanya yang terasa sakit. Sejak kebelakangan ini dia sudah beberapa kali merasa pening tapi tidak pula dia pergi membuat pemeriksaan dengan doktor. Iza khuatir dengan Amir. “Awak jom kita ke klinik. Makan ubat pun tak jadi ni. Awak kena buat pemeriksaan kat doktor ni.”kata Iza lalu telefon bimbit yang terletak di atas meja di tepi katil dicapai. Nombor telefon doktor yang pernah memeriksanya dulu ketika dia terseliuh dulu di telefon.
“Encik Amir Azlan bin Dato’ Azman masuk ke dalam.”ujar jururawat yang memanggil nama pesakit yang ada di dalam klinik itu. “You tunggu kat luar la. Biar I je yang masuk. Takpe.”ujar Amir tatkala melihat muka Iza yang begitu khuatir dengan kesihatan dirinya. Keadaan sebegitu menyakinkan Amir bahawa Iza begitu sayang dan cinta akan dirinya. Iza terpaksa akur dengan kata-kata Amir. Iza menunggu dengan penuh sabar di luar bilik rawatan itu.
“Encik Amir. Sebelum tu saya nak minta maaf. Saya nak cakapkan yang Encik Amir dihidapi penyakit barah otak tahap pertama. Tahap masih awal tapi sebaiknya Encik Amir melakukan pembedahan dengan segera agar ianya tidak melarat ke saraf-saraf yang ada di dalam badan. Saya harap Encik Amir bersabar ye.”ujar doktor yang merawat Amir dengan panjang lebarnya. Amir terkejut dengan kenyataan doktor itu. Dia tidak menyangka bahawa rasa sakit di kepala yang dialaminya selama ini merupakan tanda-tanda bahawa dia sudah dihinggapi dengan penyakit yang merbahaya itu. Titisan demi titisan air mata Amir mengalir jatuh ke pipi. Ya Allah begitu berat cubaan yang Kau berikan kepadaku ini. Doa Amir di dalam hati.
Titisan air mata disapu bersih biar tidak menampakkan bahawa dia baru sahaja habis menangis. Kelibat Iza yang sedang menunggu di kerusi yang ada di luar bilik rawatan diterpa laju oleh Amir. Amir memeluk mesra badan isterinya ketika itu tanpa mempedulikan orang ramai yang sedang memerhatikan tindak-tanduknya itu. Iza mula malu diperlakukan sebegitu di khalayak ramai.
“Kenapa ni, awak? Awak tak apa-apa kan? Doktor cakap awak ok je kan..?”soal Iza bertalu-talu menunjukkan bahawa dia betul-betul khuatir dengan kesihatan Amir. “I tak apa-apa, sayang. Doktor cakap I migraine biasa je. Mungkin penat kot.”balas Amir sambil merangkul pinggang rampin Iza berlalu keluar dari klinik setelah membayar dan mengambil ubat yang disediakan oleh doktor. Umbun dahi si isteri dicium lembut. Iza hanya membiarkan. Setelah setahun bersama, Iza sudah terbiasa dengan sifat kemanjaan yang diterapkan oleh Amir terhadapnya. Malah, sejak kebelakangan ini dia merasa tidak selesa jika tidak diperlakukan sebegitu rupa oleh suaminya. Entah kenapa.






BAB 20
Sejak dirinya disahkan menghidap penyakit yang boleh meragut nyawa iaitu penyakit barah otak di tahap pertama, Amir mula melakukan pemeriksaan dengan doktor yang merawatnya dulu setiap minggu bagi memastikan kesihatannya terjamin. Dalam pada itu, doktor juga telah menyarankan agar dia menjalani pembedahan untuk membuang terus barah yang masih ada di dalam otaknya kerana penyakitnya masih di peringkat awal. Walaubagaimanapun, keputusan untuk pembedahan itu berjaya masih dalam samar-samar. Hal ini kerana, pembedahan itu juga melibatkan isu nyawa. Nyawa Amir mungkin boleh melayang dengan sebegitu saja.
Setelah hampir 3 minggu Amir menjalani pemeriksaan dengan doktor yang merawatnya dulu iaitu Doktor Kamaluddin, akhirnya sudah tiba waktu untuk Amir menjalani pembedahan membuang barah itu. Hal itu tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan bapa mertuanya iaitu Dr. Musa yang secara tak sengaja telah terserempak dengan Amir ketika Amir menjalani pemeriksaan di klinik milik Dr. Kamaluddin baru-baru ini. Ketika itulah Amir terpaksa menceritakan segalanya tentang sakit yang dihadapinya. Pada mulanya Dr. Musa agak terkejut namun selepas itu dia boleh menerima kenyataan itu walaupun cukup berat malahan dia sudah berjanji untuk tidak membongkarkan rahsia itu kepada sesiapa terutamanya Iza, anaknya sendiri atas kehendak menantunya itu.
“Papa janji k dengan Amir. Papa please jangan kasitau kat sesiapa tentang perkara ni terutamanya Iza, Pa. Amir tak nak Iza risau dengan Amir. Amir tak nak pelajaran dia yang tak lama lagi nak habis terkandas disebabkan Amir, Pa. Pa please buat ni demi Amir. Amir mohon sangat-sangat dengan Pa.”rayu Amir sambil melutut di hadapan bapa mertuanya itu. Keadaan itu begitu meruntung hati dan jiwa Dr. Musa. Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu menyelesaikan masalah itu. Ketulusan Amir dan kejujuran Amir itu membuatkan Dr. Musa semakin sedih melihat Amir.
“You esok I dah kena pergi ke New York sebab I ada pertandingan untuk gambar-gambar yang I hantar hari tu. Gambar-gambar I terpilih. I maybe berada kat sana two weeks, sayang. So you doa-doakan I nanti k supaya gambar-gambar I tu berjaya tarik ramai orang untuk beli. So masa I takde nanti, you jangan nauhty-naughty tau nanti I jeles. Hehe..”ujar Amir mengusulkan soal konon-kononnya dia akan pergi ke New York atas urusan kerja photographernya. “Awak janganlah risau sayang. Saya takkan naughty-naughty sebab awak je orang yang saya nak naughty-naughty. Hehe..”balas Iza mesra sambil tersenyum mesra di samping suami yang kini dia cintai dengan sepenuh hatinya.
Iza yang sudah lena tidur di dada Amir dipandang sekilas oleh Amir. Maafkan I Iza. I terpaksa berbohong pada you. Ni semua demi kebaikan you jugak. I sayang you sangat-sangat. Desis hati kecil Amir merintih. Tangannya pantas menulis sesuatu di buku diari yang sentiasa disimpan bersamanya.
Keadaan sayu dah sedih menyelubungi ruang kawasan lapangan terbang KLIA di kala itu. Iza ditemani oleh kedua ibu bapanya serta kedua ibu bapa mertuanya yang turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Amir yang bakal berangkat ke New York pada petang itu.
Iza tidak puas-puas untuk memeluk dan memegang erat Amir yang berada di sisi. Dia berada sungguh berat hati di saat itu untuk melepaskan Amir pergi. Dia merasakan bahawa Amir mungkin takkan kembali lagi sekiranya dia melepaskan Amir kali ini tetapi disangkal jauh perasaan itu. Ya Allah Kau selamatkanlah suamiku ini dari segala bencana yang tidak diingini. Amin. Doa Iza bertalu-talu di dalam hati agar suaminya dijauhkan dari segala anasir-anasir yang tidak baik.
“Penerbangan pesawat Malaysia Airlines ke New York sudah bermula. Semua penumpang diminta menuju ke pintu-pintu yang telah disediakan mengikut tiket anda.”nyaring bunyi panggilan oleh pekerja di lapangan terbang untuk semua penumpang ke New York. Amir mendengar dengan khusyuk. Akhirnya sudah tiba masanya untuk aku pergi. Selamat tinggal Mummy, Daddy, Papa, Mama dan you sayangku Iza. Ucap Amir di dalam hati.
“Ok la Mummy, Daddy, Papa, Mama, Iza..Amir dah kena naik kapal terbang sekarang ni. Diorang dah panggil dah tu tuk semua penumpang. Amir pergi dulu ya. Doakan Amir baik-baik aja kat sana nanti. Iza, I sayang kat you. Love you so much.”ucap Amir sebelum berangkat pergi. Mummy dan Mama dicium tangannya dengan penuh hormat. Daddy dan Papa dipeluk mesra. Tatkala Amir berpeluk dengan Papanya “Papa jagakan Iza untuk Amir. Amir sayang kat dia sangat-sangat.”lalu pelukan dileraikan.
Amir melambaikan tangan ke arah semua ahli keluarganya termasuklah kepada isteri tercinta. Tatkala wajah Iza dipandang, Amir menjadi tidak tahan untuk menitiskan air matanya. Kerana cinta dan sayang, Amir menjadi seorang yang cukup lemah dan mudah untuk mengalirkan air mata ketika itu. Hanya sekeping gambar perkahwinan serta gambar-gambar ketika mereka berbulan madu dahulu menjadi tatapan untuk Amir mengurangkan rasa rindu.








BAB 21
Tiga tahun berlalu sejak Amir pergi ke New York meninggalkan Iza dan keluarganya yang lain tanpa khabar berita. Selama itu juga Iza tinggal di rumah yang mereka tinggal bersama anaknya yang diberi nama Zamir Rayqal bin Amir Azlan yang kini sudah berusia dua tahun. Selepas seminggu kepergian Amir ke New York, Iza mengalami sakit perut yang teruk. Jadi untuk tidak menambahkan risiko, Iza dibawa ke klinik Dr. Musa untuk membuat pemeriksaan dan ternyata Iza disahkan mengandung satu bulan ketika itu. Muka Rayqal yang ada iras Amir menyebabkan Iza tidak pernah putus asa untuk tetap menunggu Amir pulang walaupun sudah dinasihati oleh Papa dan Mama serta kedua ibu bapa mertuanya yang tetap menganggapnya sebagai menantu walaupun anak mereka pergi tanpa sebarang berita.
Walaupun Iza terpaksa menanggung keperitan mengharungi liku-liku untuk melahirkan selepas mengandung sembilan bulan tanpa suami disisi tetapi dia tetap tabah menempuhinya dengan penuh keyakinan bahawa Amir pasti akan pulang. Kini Rayqal sudah besar dah mula menanyakan soal ayahnya. Iza hanya memberitahu bahawa ayahnya pergi ke luar negara untuk bekerja. Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh seorang ibu muda seperti Iza kepada anak yang mula cerdik untuk mengenal sesuatu.
“Rayqal jangan lari nanti jatuh la. Hey! Kamu nak ke mana tu? Jatuh nanti barang-barang Mama kat dalam rumah tu, Rayqal.”tegur Iza memarahi sikap Rayqal yang semakin hari semakin lasak bermain di luar dan di dalam rumah. Iza terus mengejar jejak kaki Rayqal yang kini semakin pantas berlari. Termengah-mengah Iza mengejarnya. Iza mengejar Rayqal sehingga ke dalam bilik yang berada di tingkat bawah bahagian rumah itu. Tiba-tiba sesuatu terjatuh betul-betul di hadapan kaki Iza. Barang itu mungkin terjatuh ketika Rayqal berlari dan terlanggar barang itu yang terselit di celah antara buku-buku yang ada di sebalik almari pakaian itu.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan muka Iza dengan Amir ada di mana-mana berselerakan di atas lantai. Gambar-gambar wajahnya yang banyak terdapat di situ. Iza tersenyum melihat salah satu gambar yang menunjukkan muka dia dan Amir ketika pre-wedding mereka dulu. Masing-masing menunjukkan muka benci tapi itu semua dulu. Di sebalik kepingan gambar yang bertaburan di atas lantai itu, terdapat sebuah buku seperti diari di bawahnya. Setelah semua kepingan gambar tersebut diambil, diari itu pula yang diambil oleh Iza. Iza membaca setiap helaian isi kandungan diari tersebut. Rayqal hanya duduk memerhatikan tindakan Mamanya ketika itu sambil memegang sekeping gambar milik Papanya dengan begitu erat. Walaupun Iza tidak pernah menunjukkan rupa asal Amir kepada Rayqal tetapi Rayqal seperti dapat mengagak ayahnya yang mana tatkala gambar-gambar itu semua berselerakan di lantai.
Kerusi yang ada di dekat situ di duduki oleh Iza. Rayqal tetap terus mendiamkan diri di sisi ibunya. Helaian demi helaian diselak dan sampailah pada muka surat yang agak ke belakang di dalam diari itu. Setiap bait-bait kata di situ begitu meruntungkan jiwa Iza tatkala itu. Semuanya terungkap di situ.

Sayangku Iza,
Tatkala Iza membaca diari ini tahulah Iza bahawa abang benar-benar tulus dan sayangkan Iza. Sejak kita mula berkahwin, abang dah mula untuk cuba mencintai Iza. Memang pada mulanya, abang tak suka bila Daddy dengan Mummy suruh abang kahwin paksa dengan Iza tapi disebabkan tanggungjawab abang sebagai ketua keluarga dan janji yang telah dilafazkan tatkala acara akad nikah dulu, membuatkan abang berubah fikiran dan cuba mencari terbaik untuk kita.
            Kita kenal sejak kecik kan..? Tapi kita tak pernah kenal sebagai kawan pun. Kalau kat kolej pun kita selalu je bertengkar. Abang selalu panggil  Iza dengan panggilan ‘si burung kakak tua’. Sebenarnya  burung kakak tua adalah favorite abang dengan Daddy jadi sekiranya abang panggil Iza begitu, itu maknanya abang sukakan Iza tapi abang sendiri tak tahu sebab abang buta. Tapi semuanya kembali ok sejak kita saling sayang menyayangi. Thanks sebab sudi terima abang Iza.
            Di sini abang nak kasitau satu rahsia besar kat Iza. Papa pun tahu tentang hal ini. Hanya Papa. Sebenarnya abang bukan pergi ke New York untuk pertandingan gambar-gambar abang tu tapi abang pergi sebab abang kena menjalani pembedahan barah otak yang abang dihidapi. Minta maaf sebab tak bagitau Iza tentang soal ini. Abang tak nak Iza risau. Abang tak nak masa depan Iza hancur kerana abang. Abang minta maaf. Mungkin tatkala Iza membaca diari ini, abang sudah tiada lagi di dunia ini kerana barah itu sudah semakin memburuk. Tapi yang penting abang nak Iza tahu yang abang akan sentiasa menyayangi, kasih dan cintakan Iza buat selamanya.
                                                                                                                     Your love,
                                                                                                                   Amir Azlan




            Titisan air mata Iza semakin laju disaat kata-kata terakhir yang tertulis di buku diari itu dibaca. Rayqal yang berada disisi dipeluk erat. “Rayqal, Papa dah tinggalkan kita. Papa dah takde. Kini hanya tinggal Rayqal dengan Mama je.”ucap Iza sambil teresak-esak. Rayqal yang tidak mengerti apa-apa hanya membiarkan saja dirinya dipeluk oleh ibunya. Air mata yang menitis di pipi ibunya disapu dengan hujung lengan bajunya. Begitu murni hati seorang anak yang cuba mengerti keperitan yang dialami oleh ibunya di saat itu.
            Akhirnya semua terungkai apabila Iza pergi berjumpa dengan Papanya untuk mendengar penjelasan yang sebenarnya tentang kepergian Amir dahulu. Dato’ Azman dan Datin Irin tidak dapat menahan sebak apabila mendapat berita bahawa anak lelaki satu-satunya hak mereka sudah pergi meninggalkan mereka buat selamanya.
            Dr. Musa menceritakan bahawa pembedahan untuk membuang barah yang ada di dalam otak Amir tidak berjaya yang telah menyebabkan kematian Amir. Jenazah Amir terus dibawa pulang ke Malaysia tanpa sesiapa pun tahu melainkan Dr. Musa. Rupa-rupanya jenazah yang di usung oleh orang ramai waktu Iza masih mengandung itu adalah jenazah Amir tetapi di bohong oleh Dr. Musa dengan mengatakan bahawa itu jenazah ahli keluarganya yang tinggal jauh di luar negara.  




TAMAT ~~