Tuesday, 2 April 2013

Cuma Aku Yang Rasa

          Bismillahhirrahmanirrahim....
          Dalam beberapa hari dan minggu ini banyak sungguh yang terjadi pada diriku ini. Entah apalah dosaku sampai ku harus menanggung semua kesakitan dan keperitan di hatiku ini..? Segala kekeliruan dan rahsia terbukak dengan sendirinya tanpa aku meminta dan memohon untuk mengetahui. Tapi kesemuanya mempunyai suatu persamaan iaitu berkaitan KEMATIAN. Kenapa mesti perkara sebegitu yang berlaku tatkala ini? Apakah ajalku sudah mendekati? Aku rungsing, aku risau, aku keliru, aku celaru, kerna aku bukanlah sesiapa. Aku cumalah seorang insan yang hanya singgah di dunia ini untuk belajar erti kehidupan dan mengenal makna kebahagiaan bersama orang yang ku sayangi sepanjang hayatku. Orang yang aku sangka sudah meninggal akhirnya aku dapat perkhabaran bahawa dia masih ada dan masih sihat walau tidak sihat seperti biasanya. Orang yang aku jarang berhubung akhirnya ku ketahui bahawa si dia sudah pergi buat selamanya. Innallilah hiwa illahhirraji'un.. 
         Ada satu falsafah yang menyebut 'jangan takut untuk menghadapi dugaan hidup kerna itu tanda sayang Allah kepada umatNya' dan 'semua yang berlaku bersebab' serta 'Allah tak menguji melebihi kemampuan umatNya'. Semua kata-kata hikmat ini ada kebenarannya namun semuanya sulit untuk dilakukan dan diterima walau itulah hakikatnya kita sebagai umatNya di muka bumi ini. Semoga apa yang berlaku mencipta suatu lembaran baru di dalam kehidupanku kelak. Insyallah. Ya Allah Kau tingkatkanlah keimananku dan kesabaranku dalam menempuhi segala ujian yang mendatang dariMu.. Amin..