Wednesday, 21 March 2012

Hasil Karyaku

IS IT LOVE? -1
              Impian aku untuk bernikah dengan orang yang aku kenali dan cintai nampaknya kini hanya tinggal kenangan dan angan-angan kosong sahaja. Dia yang aku tidak aku kenali kini telah menjadi suamiku. Azirul Azman namanya. Dengan sekali lafaz sahaja, kini aku telah sah menjadi isterinya. Kami telah diijabkabulkan di masjid berhampiran dengan rumah aku. Hanya sedikit sahaja yang aku tahu berkenaan dengan ‘suami’ku itu. Dia adalah anak kepada kenalan mamaku.
               “ Ma, kenapa dengan tiba-tiba je Ma cakap tentang soal kahwin ni? Orang tak nak kahwin lagi la.. Orang tak habis enjoy dengan member-member lagi la.. Orang baru nak masuk 27 tahun bukannya nak masuk 30 pun. “ luah aku kepada Mamaku.
              “ Ya Allah kau ni Ana. Umur kau tu dah sesuai untuk kau kahwin, tau tak? Orang lain yang umur sebaya dengan kau pun dah beranak-pinak, entah-entah dah besar dah pun anak-anak diorang. Mama tak kira, minggu depan kau bersiap untuk majlis nikah kau, faham? Azirul tu budak baik. Mama tahulah sebab dia tu anak kepada kawan Mama, anak Datin Maimon. “ balas Mama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
             “ Hei, kau menungkan apa tu? Dah, dah la. Kita sekarang pun dah jadi suami isteri yang sah. Kau tak payahla nak nangis, nangis lagi, “ tegur Azirul kepada aku. Terkejut aku dibuatnya, bukannya nak bagi salam dulu ke apa ke kat aku ni. Ni main terjah je, cuit bahu aku dan dengan serta-merta kenangan bersama Mama menjauh pergi.
             “ Hah,mana ada saya nangis? Saya teringatkan Mama saya je la tadi. Erm, awak nak mandi ke? Kalau awak nak mandi dalam bilik ni, saya boleh keluar, “ usulku kepada Azirul setelah ku lihat dia seperti ingin membuka bajunya saat itu. Dengan tidak sengaja, aku terpaku melihat susuk tubuh milik Azirul @ suami aku yang agak tough. Aku malu sendiri. Hehe..
             “ Hei, kau pandang apa ni? Ha’ah aku nak mandi. Tapi kalau kau nak join, aku no hal. Hahaha… aku gurau je la. Tapi kau jangan duk perasan plak kat luar tu. Hehe.., “ balas Azirul kepadaku sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
             Berdesing telinga aku mendengar setiap bait patah perkataan yang diluahkan Azirul itu. Amarah dalam diriku tetiba menaik. Pipi aku turut sama memerah dengan tiba-tiba.
             “ Kalau pun perasan yang aku ‘ter’tenung badan dia janganlah cakap aku perasan plak. Entah-entah dia yang duk syok sendiri lebih-lebih, “ dengus Ana dalam hati.
              Di tingkat bawah, bibik sedang menyiapkan makan malam untuk kami. Aku pergi ke dapur dengan hajat ingin membantu bibik di samping mempelajari menu untuk dimasak sekiranya bibik tiada di rumah. Maklumlah kat rumah dulu, aku sibuk enjoy je sampai tak terfikir untuk masak. Hai, bila dah jadi suri rumah macam ni, mulalah aku kalut. Huhu..
             “ Bik, bik tengah buat apa tu? Boleh saya tolong? Hehe.. ,” ucap aku kepada bibik sebagai pemula bicara tatkala aku melihat bibik yang khusyuk buat kerja itu sampaikan aku datang dekat dengan dia pun, dia tak sedar. “ Confirm orang gaji yang dah berpengalaman , “ bicara aku dalam hati.
             “ Ya ampun, Nyonya. Saya lagi bikin masakan tuk Pak Azirul dan Nyonya Ana ni. Enggak usah Nyonya. Sebentar lagi, kita udah boleh makan. Atau Nyonya mahu saya ajarkan untuk Nyonya cara mahu masak masakan ini? Nyonya mahu masak untuk Pak Azirul ya? Hehe.. , “ ulas bibik.
             “ Eh, banyak mulutla plak bibik ni. Memanglah aku nak suruh dia ajar aku masak tapi bukanlah untuk suami aku tu. Buat apa aku masak untuk dia? Dahlah harapkan muka je hensem tapi perangai hanya Allah sajalah tahu , “ bisik aku dalam hati.
             “ Eh, mana ada bik? Saya saja je nak tolong bibik. Saya takut bibik penat je. Hehe.. Ohye, saya tak mahu bibik panggil saya Nyonya, panggil je saya Ana lebih mesra bunyinya. He.. , “ balas aku kepada bibik.
           “ Tapi… .” ucap bibik tapi sempat ditahan oleh aku. “ Takde tapi-tapi. Panggil je saya Ana. Nyonya tu bunyi cam orang tua sangatlah. Haha… , “ balas aku.
           “ Owh, kalau begitu bibik panggil Non Ana aja,ya? Hehe.. , “ ucap bibik. Aku hanya mengangguk dan anggukan itu seperti memberi makna kepada bibik apabila aku lihat bibik melemparkan senyuman yang panjang hingga tidak lekang dari bibirnya. Mungkin kerana merasa panggilan itu tidak membebankan apabila disuruh begitu.
           “ Hah, apa yang happy sangat ni? Gelak korang sampai ke bilik tingkat atas aku boleh dengar tau.. Erm, bibik masak apa malam ni? Saya dah lapar nie.. , “ usul Azirul kepada bibik dengan suara yang aku rasakan seperti rengekan budak kecil.
           “ Hehe.. macam budak-budak bunyinya. Tak padan dengan rupa. Muka hensem tapi merengek macam budak-budak. Lucu sungguh , “ bisik Ana dalam hati sambil menekup mulut menahan gelak tawa yang masih ada.
           “ Hei, ni apa sengih-sengih ni? Jealous la tu tengok aku dengan bibik. Bibik ni aku dah anggap macam mak aku sendiri tau.. , “ balas Azirul dengan suara sedikit kasar bunyinya. Mungkin terasa dengan perlakuan aku itu.
           “ Eh, awak marah kat saya ke? Sorry la awak, saya tak bermaksud pun. Saya rasa lucu sebab inilah first time saya tengok seorang lelaki merengek macam budak-budak tambah lagi merengek dengan orang gaji rumah dia. Sorry, k? “ pujuk Ana kepada Azirul.
            Di dalam hati, hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan aku saat itu. Perasaan malu bercampur geram menjadi satu dalam satu masa kerana terpaksa memujuk suami yang baru saja dinikahi. Bibik yang melihat hanya melemparkan senyuman. Bertambah benganglah aku jadinya.
             Sebelum sempat Azirul membalas pertanyaan Ana, deringan telefon yang membingitkan telinga segera diangkat oleh Azirul. Namun Ana sempat melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit Azirul, Lina. Tindakan Azirul itu sedikit sebanyak mengguris hati kecil Ana, entah kenapa.
            “ Erm, mungkin girlfriend dia kot..? , “ fikir Ana dalam hati. “ Hah, girlfriend? Ye ke? Dia tak pernah cerita kat aku pun yang dia dah ada orang lain sebelum ni. Kalau betullah itu girlfriend dia, kenapa time dia belum kahwin dengan aku, dia tak membantah? “ hati Ana terus-terusan bermain teka-teki.
            “ Erm, yela kot itu girlfriend dia ke rakan sekerja dia ke siapa ke.. Maklumlah aku pun belum berkenalan dengan dia dengan lebih dalam lagi. Mungkin dia belum bersedia untuk ceritakan semua itu kat aku , “ sambung suara hati Ana menenangkan gelora perasaan yang tiba-tiba menyesakkannya.
            Bibik yang ketika itu perasaan dengan perubahan riak wajah Ana tiba-tiba menegur.
            “ Non,kenapa? Pak Azirul pergi sebentar aja kok. Enggak usah khuatir. Mungkin Pak Azirul ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Non Ana jangan buat muka cam tu ya..? He.. , “ ucap bibik kepada Ana.
            “ Eh,bibik ni. Saya takde apa-apa la. Saya OK. Saya tak kisah pun dia nak pergi mana , “ balas aku.
            “ Aku balik lambat malam ni. Kau tidur dululah kalau kau rasa mengantuk. Aku ada hal sikit. Bye. “ Mesej yang baru diterima, aku baca dengan khusyuk. Tiba-tiba aku rasa sunyi dan nama yang tertera di skrin telefon bimbit Azirul tadi kembali melayang-layang di ruang mindaku.
             Ana berlalu naik ke bilik dengan perasaan tidak menentu malam itu. Suatu perasaan aneh mula terbit dan mencucuk sanubari Ana sejak dia mendapat mesej dari Azirul. Akhirnya Ana lena dengan seribu persoalan tentang perasaannya.










IS IT LOVE? -2
                Kehidupan seharian Ana sejak sudah bergelar isteri Azirul masih sama seperti rutin hariannya terdahulu, seorang yang bebas bergerak tapi kini memerlukan keizinan dari insan bergelar suami.
                Tapi disebalik semua itu, tiada sesiapa tahu bahawa kehidupannya sebagai isteri kepada Azirul bukanlah seperti isteri-isteri yang lain. Ana tidak pernah lagi mendapat belaian yang diharapkan seperti isteri-isteri yang lain yang sentiasa dibelai dan dimanja oleh suami mereka. Ana belum mendapat peluang untuk berbakti kepada Azirul secara personalnya. Dengan kata lain, selama hampir tiga minggu perkahwinan mereka, Ana masih lagi anak dara. Azirul sentiasa keluar malam dan akan pulang ke rumah apabila hari sudah lewat malam. Apabila Azirul sudah sampai di rumah, Ana pasti sudah lena di kamar. Azirul pula hanya tidur di sofa yang ada di dalam bilik mereka berdua.
              Tingkahlaku Azirul itu kadang-kadang mengguris hati Ana. Untuk meluahkan ketidakpuasan itu, Ana takut Azirul mengamuk atau mengatakan yang dia menggatal. Ana khuatir dengan semua andaian itu. Terus, bagaimana lagi yang perlu Ana lakukan untuk membuat Azirul sedar tentang kesalahan yang dia lakukan itu.
              “ Non Ana, kok pagi-pagi udah termenung sii? Lagi pikirin tentang apa? Bisa bibik tahu? “ soal bibik dengan bersugguh-sungguh menunjukkan yang dia amat prihatin terhadap isteri majikannya itu. Loghat Indonesia masih tetap utuh dalam setiap bait kata Bibik Eton walaupun dia sudah 5 tahun berkhidmat dengan keluarga Azirul. Walaupun sudah agak berkurangan, tapi masih jelas di perdengaran Ana.
              “ Eh, mana ada saya duk termenung? Saya duk tengok keindahan anugerah alam yang dikurniakan oleh Allah kepada kita ni. Betapa agungnya kekuasaanNya. Bibik tengoklah halaman taman ni, cantik kan? Kita sebagai manusia pun, tidak dapat mencipta sesuatu yang indah macam ni , “ balas Ana. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengelakkan diri dari bibik supaya bibik tidak perasan yang memang tengah termenung. Keindahan halaman rumah itu menjadi alat untuk dia membalas persoalan bibik.
               Di pejabat, Azirul seperti cacing kepanasan yang tidak boleh duduk diam. Semasa di dalam bilik mesyuarat tadi, dia tidak dapat menfokuskan diri kepada apa yang dibincangkan di hadapan. Bayangan itu sentiasa melayar-layar di ruang mata dia sejak akhir-akhir ini. Azirul tidak dapat merungkaikan apa yang berlaku ke atas dirinya.
               Apa yang pasti, dia pasti akan tersenyum sendiri apabila setiap inci struktur wajah itu melayang-layang di ruang minda dan kerap juga muncul di dalam mimpinya. Senyuman, lirikan mata, haruman bau dan bibir merah yang mulus dari bayangan itu membuatkan Azirul semakin tidak keruan. Semasa dia keluar bersama Lina iaitu secretarynya pun, bayangan itu pasti akan turut mengiringinya.
               Ana, iya itulah nama bayangan orang yang sentiasa memenuhi ruang minda Azirul. Kini bayangan setiap inci raut wajah Ana seperti terpahat kukuh di minda Azirul.
               “ Ya Allah, kenapa bayangan dia sentiasa menggangu ketenteramanku? Kenapa, ya Allah? Apakah perasaan ini, ya Allah? Kenapa sejak akhir-akhir ini aku berasa cukup bersalah terhadapnya tatkala kami berdua bersendirian? Aku tahu aku bersalah kerana tidak memberikan apa yang sepatutnya. Dia halal buatku tapi aku tak pernah membelainya, memberikan kasih sayang yang seharusnya. Ampuni aku ya Allah, “ berdoa Azirul di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.
               “ Hoi, Rul. Apa yang kau duk termenung khusyuk sangat ni? “sergahan secara mengejut daripada Azim menyentakkan Azirul dan serta-merta bayangan orang yang kini mendapat tempat di hati Azirul melayang pergi.
                “ Ish, kau ni kalau ya pun nak tegur aku, bagilah salam dulu. Ni tak main terjah je. Apa kau ingat ini program Terjah Abang Nas Ahmad ke,hah? Terkejut aku tau. Nasib baiklah aku ni takde heart attack lagi, kalau tak dah ‘jalan’ dah aku tadi disebabkan kau, “ bebel Azirul memarahi Azim.
                 Azim yang mendengar hanya tersengih lalu ketawa dan seterusnya membalas. “ Haha.. Kau ni kenapa hah gelabah sangat aku tengok? Dah tu membebel mengalahkan mak nenek yang pegang shortgun lepas tu tembak sampai habis peluru. Eh, kau jangan nak marah aku plak erk.. Aku dah ketuk dua, tiga kali dah pintu bilik kau ni. Kau tu je yang tak dengar. Kau ni kenapa Rul sejak dua, tiga hari ni? Semacam je aku tengok. Macam ada masalah je. Ceritalah kat aku. Ke kau ni in love dengan someone ni? Hehe… , “ teka Azim.
                Azim merupakan sahabat karib kepada Azirul. Mereka telah berkenalan sejak di bangku sekolah menengah lagi sehinggalah sekarang bekerja di tempat yang sama iaitu di pejabat milik ayah Azirul, Dato’ Khairuddin,cuma yang membezakan mereka ialah jawatan yang disandang oleh masing-masing.
                “ Erm,maybe la kot. Tapi aku tak tahu bila perasaan ni exist dalam hati aku. Cuma yang pasti hati aku tak keruan dan semakin banyak bayangan dia muncul di kaca mata aku ni. Aku tak tahu nak buat apa lagi Zim. Aku keliru. Huh.. , “ luah Azirul tentang gelora perasaannya kepada Azim.
                 “ Ya Allah Rul aku tak sangka yang kau akan fall in love dengan Ana sampai camni skali.  Tapi aku bersyukur sebab akhirnya kau jatuh sayang jugak kat bini kau tu. Dia dah tau ke belum ni? Baik kau luahkan aja perasaan kau ni kat dia. Aku pasti dia boleh terima, “ balas Azim member perangsang kepada Azirul.
                 “ Aku tak pastilah kalau aku kasitahu dia, dia akan terima aku Zim. Sebab aku tak pernah layan dia dengan elok dan tak pernah pun tunjukkan yang aku minat kat dia sebelum ni. Apatah lagi nak suruh aku ungkapkan isi hati aku ni. Even aku tak pernah pun sentuh dia Zim. Aku bersalah sangat, “ ucap Azirul.
                  Perkahwinan antara Azirul Azman Dato’ Khairuddin dengan Nur Intan Riana Dato’ Syukri yang berlangsung 3 bulan yang lalu hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja iaitu saudara mara terdekat, sahabat terdekat Azirul dan Ana serta rakan seperjabat Azirul. Perkahwinan ini hanya diketahui oleh golongan terdekat pun adalah disebabkan permintaan Azirul sendiri kepada Mamanya, Datin Maimon. Hal ini kerana Azirul menegaskan bahawa perkahwinan ini adalah dasar tanpa cinta jadi tidak perlulah di mewahkan acaranya.
                     ” Hah, kau tak pernah sentuh dia Rul? Kau tau tak berdosa kau buat dia macam tu. Kasihan kat dia Rul. Kau dah mainkan perasan dia dan hak dia sebagai isteri kau, kau tau kan tentang itu Rul.. baik kau minta maaf kat dia dan lakukan tugas kau yang kau dah abaikan selama ini. Jangan ulangi kesilapan yang sama dan lukakan hatinya Rul. Di samping itu, kau bolehlah luahkan tentang perasaan yang baru muncul dalam hati kau tu, “ tegas Azim kepada Azirul setelah dia terkejut mendengar tentang pengakuan yang baru diluahkan oleh Azirul tadi. Selama ini, dia fikir bahawa perkahwinan Azirul berjalan sebagaimana perkahwinan orang lain walaupun mereka kahwin bukan atas dasar cinta antara satu sama lain.
                   “ Terima kasih Zim sebab beri aku semua nasihat. Aku appreciate semua tu. Kau sentiasa ada ketika aku memerlukan. Terima kasih sekali lagi kawan. Aku akan buat seperti apa yang kau cakapkan itu. Kau doakan perkahwinan kami, okay? Aku nak balik sekarang jugak ni. Hehe… “ ucap Azirul sambil memegang tangan Azim setelah melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 5 petang. Azirul sudah tidak sabar untuk pulang untuk berjumpa dengan Ana dan dia ingin meluahkan perasaanya.















IS IT LOVE? -3

                 “ Assalamualaikum, Ana. Lama Mama tak dengar suara Ana. Ana apa khabar? Azirul sihat? Bila korang nak datang rumah Mama ni? Mama rindu sangat dengan korang, “ ucap Mama.
                “ Wa’ alaikummussalam Mama. Kami sihat je kat sini. Nantilah Ana cakap kat abang Rul. Dia pun maybe dah on the way nak balik ni.. Ana pun rindu sangat dengan Mama. Mama sihat? Papa sihat? “ luah Ana dengan suara yang sedikit serak menahan air matanya dari menangis dan didengari oleh Mama.
               “ Erm, ok lah.. Nanti kalau korang nak datang inform kat Mama tau. Maybe Mama boleh sediakan lauk yang special untuk korang. Hehe.. Bye, Assalamualaikum ,” ucap Mama mengakhiri perbicaraan mereka.
              Beberapa minit selepas Ana tamat bercakap dengan Mamanya, kedengaran deruan enjin kereta Azirul memasuki rumah. Setelah itu, Ana kalih ke arah jam dinding yang menunjukkan waktu ketika itu ialah 5.30 petang. “ Aik, awalnya dia balik hari ni. Kenapa agaknya? Selalunya kalau tak dekat nak Maghrib baru sampai rumah tak sah, “ bicara Ana di dalam hati. Ana terus melangkah ke pintu hadapan untuk menyambut kepulangan suaminya. Dia terus mencium tangan Azirul seperti kebiasaanya. Hanya itulah yang dia laksanakan sebagai seorang isteri sejak mereka menikah, tidak lebih dari itu.
               “ Awak, Mama baru je telefon tadi, tanya bila kita nak pergi jenguk dia kat rumah? Dia rindukan kita. Saya pun rindukan Mama saya jugak. Erm, kalau awak tak keberatan boleh tak saya nak minta izin nak tidur rumah Mama esok? Esok kan hari Sabtu jadi saya harap bolehlah kita menginap di rumah Mama. Tapi kalau awak sibuk pun takpe lah saya boleh pergi sendiri. Itu pun kalau awak benarkanlah. Boleh eh,awak? “ merayu Ana tatkala dia usai mencium tangan Azirul dan menyediakan air kepada suaminya itu.
             “ Erm,ok. Tapi aku akan pergi sekali dengan kau. Lagipun aku takde kerja penting esok jadi bolehlah aku temankan kau pergi rumah Mama, “ balas Azirul dengan nada suara yang agak lembut dari kebiasaanya. Entah kenapa dia menjadi seperti seorang Azirul yang baru. Mungkin akibat nasihat yang diberikan oleh Azim yang masih utuh di dalam ingatannya. Dalam pada masa yang sama, Ana merasakan kelainan tatkala dia berdua bersama Azirul ketika itu. Perasaan halus mulai menjalar ke dalam dirinya ketika itu di saat mendengar suara Azirul yang memukau jiwanya mulai sedikit demi sedikit menerbitkan perasaan asing ke dalam diri Ana.
                “ Erm,ok. Thanks awak cause bagi saya balik rumah Mama. Hehe.. , “ ucap Ana dengan perasaan sugguh gembira sampaikan dia tercium pipi Azirul. Azirul yang pada mulanya tersenyum melihat keletah Ana tergamam tatkala terasa pipinya dicium oleh Ana. Ana juga begitu kerana tidak menyangka akan tindakan drastiknya itu. Kedua-dua mereka hanya diam tanpa kata buat seketika.
               “ Eh sorry awk. Saya tak sengaja. Saya excited sangat sebab boleh jumpa Mama. Erm, pukul berapa esok kita nak bertolak balik ke rumah Mama? Hehe.. “ jawab Ana dalam keadaan yang dikawal agar kejadian seperti tadi tidak terulang lagi. Azirul masih dilihat dalam keadaan yang bukam tanpa kata. Mungkin masih terkejut kerana tidak menyangka bahawa keizinannya kepada Ana untuk balik ke rumah Mama akan menyebabkan dia menerima ciuman percuma dari orang yang disayangi.
                 “ Awak? Ohh awak? Awak dengar tak ni apa yang saya cakap? “ tanya Ana kepada Azirul sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Azirul, tiada reaksi. “ Ish mamat ni dah tak bernyawa ke? Huhu.. Janganlah. Aku tak mau jadi janda lagi la, “ monolog Ana di dalam hati sambil memegang tangan Azirul dengan tujuan ingin mengesan sama ada masih bernafas atau tidak. Tindakan bodoh yang tak pernah orang lain buat.
               “ Aku masih bernyawa la. Yang kau ni risau semacam ni pe kes? Aku dengar la apa yang kau cakap tu. Aku saja je buat-buat tak dengar. Eh, kau cium aku kan tadi? Cium la lagi. Hehe.. “ sakat Azirul menyebabkan pipi Ana memerah kembali.
              “ Eh, awak jangan nak mengada eh.. saya bukannya sengaja la nak buat cam tu kat awak. Saya ter’over excited je tadi, “ balas Ana dengan muka yang memuncung menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
             “ Sorry,sorry.. Aku bukan sengaja nak perli kau la. Aku gurau je la. Janganlah ambil hati. Aku minta maaf,k? Erm,Ana aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Kau ada masa free tak? Jom kita keluar ke taman jap, “ seru Azirul dalam keadaan agak gugup. “ Erm,ok. “ balas Ana sepatah walaupun dia agak pelik dengan tingkahlaku Azirul yang dirasa agak lain dari hari lain malah kedengaran romantic di perdengaran Ana. Perasaan halus kembali menyesakkan dada Ana pada ketika itu.
             Mereka mengambil tempat untuk duduk di satu tempat di mana tersedianya kerusi dan meja batu berdekatan kolam ikan. Memang menaikkan keromatikan tempat tersebut. Tapi Ana masih lagi bingung tentang Azirul. “ Apa yang penting sangat ni sampaikan ajak aku keluar? Macam la tak boleh cakap kat dalam rumah. Ke dia nak cakap yang hari ni hari last aku kat rumah tu? Keizinan yang dia bagi kat aku untuk ke rumah Mama tadi hanyalah helah untuk aku tak sedih nanti kalau aku ditinggalkan untuk selamanya. Mungkin dia nak kahwin dengan Lina, “ bicara hati Ana yang kini semakin yakin dengan andaian yang berada di dalam otaknya. Nama perempuan itu masih tetap mekar dalam ingatan Ana dan setiap kali dia teringat akan nama itu pasti akan wujud satu perasaan asing yang sangat amarah terhadap perempuan itu. Cemburu..
               “ Apa yang kau duk termenung ni? Aku tengah cakap dengan kau ni, “ tukas Azirul dengan dikuatkan suaranya bagi mengawal intonasi suaranya yang dirasakan semakin hilang arah kerana ingin meluahkan isi hatinya. Tanpa sempat Ana menjawab, Azirul membalas “ Er,er.. aku sebenarnya nak cakap..aa..ku.. , “ gugup Azirul.
              “ Ish awak ni nak cakap ke tak ni? Apa yang awak nak cakap sangat dengan saya ni? Dah nak dekat Maghrib ni. Dah la nyamuk kat luar ni banyak awak tau tak.. uh.. , “ marah Ana kerana Azirul seperti sengaja melambatkan percakapannya. “ Kalau takde apa-apa yang penting, saya nak masuk dalam rumah dulu lah ye.. , “ sambung Ana apabila Azirul masih belum memberikan apa-apa aksi yang menandakan yang dia akan meneruskan kata-kata.
                 “ Erm, aku nak kau masakkan aku nanti kita balik rumah Mama esok, boleh? Kau tak pernah pun masakkan untuk aku selama kita kahwin ni. Nak rasa la juga sama ada sedap ke tidak masakan isteri abang ni. Hehe.. “ jawab Azirul. Lain yang nak disebut lain pula yang keluar dari mulut ni. Tapi Azirul bersyukur walaupun bukan ayat itu yang ingin diucapkan tapi sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan dirinya dengan Ana dengan lebih mesra.
               “ Laa.. itu je ke yang awak nak cakap kat saya dari tadi? Ingatkan apa la tadi. Awak ni pelik sungguhlah. Erm.. “ balas Ana selamba walaupun sebenarnya dia gusar dan bingung tentang permintaan Azirul ini. Nak cakap yang dia ni sebenarnya tak pandai masak takut nanti si Azirul tu pasti akan mengejeknya kerana tak pandai masak. Tapi itulah sebenarnya. Tapi Ana terpana dengan perkataan ‘abang’ yang digunakan oleh Azirul tadi. Tapi dibiarkan sahaja oleh Ana.
               Mereka memasuki rumah beriringan. Bibik yang mengintai di sebalik tirai langsir hanya melemparkan senyuman kerana akhirnya keakraban di antara majikannya berlaku juga. Bibik selain kerjanya sebagai orang gaji di rumah itu, dia juga sebenarnya spy kepada majikan besarnya iaitu Datin Maimon yang kini berada di Australia kerana mengikuti Dato’ Khairuddin di atas urusan kerjanya sebagai pemilik sayrikat perkapalan antarabangsa.
             Seusai sembahyang Mahgrib, Ana berteleku sebentar di atas tikar sejadah untuk memohon kemapunan dan meminta petunjuk kepada Yang Maha Esa perihal perasaan yang semakin menjalar di dalam dirinya sekarang ini. Manakala Azirul yang berada di dalam bilik bacaan di bilik sebelah juga melakukan perihal yang sama. Akhirnya keduanya menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah jatuh sayang dan kasih terhadap pasangan masing-masing hanya menunggu masa untuk meluahkannya.












IS IT LOVE? -4
          Ketibaan mereka di rumah Mama disambut mesra oleh Mama dan Papa. Kedatangan Ana dan Azirul yang memang sudah lama ditunggu oleh Mama dan Papa amat mencuit hati tua kedua mereka. Ana juga begitu. Dia tanpa menunggu Azirul menjemput, sudah mula melangkah menuju ke arah Mama dan Papa yang amat dirindui itu. Pelukan yang erat diberikan kepada kedua ibu bapanya.
          Ana menolong Mama masak lauk yang banyak tengah hari itu. “ Macam mana keadaan korang sekarang ni, Ana? Dah ada hasil ke? “ tanya Mama. “ Hasil apanya ni, Ma? “ buat-buat tak faham la plak aku. Walhal aku tau apa yang dimaksudkan oleh Mama tu, Mama tanyakan soal sama ada aku sudah ada tanda-tanda mengandung. Sedih juga aku mendengarnya kerana belum ada tanda mengandung yang wujud pada diri aku ni. Ya lah macam mana nak mengandung kalau aku ni masih lagi suci dari disentuh Azirul, suamiku sendiri. “ Kau ni buat tak fahamlah plak Ana. Kau bila nak ada tanda mengandung ni? Mama nak juga merasa timang cucu sebelum mata Mama ni tertutup. Dahlah kau je anak perempuan tunggal yang Mama ada Ana. “ balas Mama dengan suara sedikit sebak kedengarannya. Aku hanya diam mendengar penjelasan Mama itu. “ Insya Allah Mama akan ada tak lama lagi. “ sambung aku. Hanya itu yang mampu aku jawab untul tidak menggusarkan hati tua Mamaku itu.
           “ Mama janganlah risau Mama, tak lama lagi anak Mama itu akan saya buat sampai mengandung, “ jawab Azirul sambil tersenyum dan menghadiahkan mimik muka yang gatal kepada Ana. Tanpa Mama dan Ana sedari, rupa-rupanya ada orang lain yang turut mendengar apa yang telah mereka bincangkan tadi iaitu Azirul. Mama yang mendengar hanya tersenyum, mungkin kerana merasa sedikit lega dengan jawapan yang diberikan menantu kesayangannya itu. Manakala Ana hanya menjeling tajam kepada suaminya itu yang sangat menyakitkan hatinya tatkala itu. Tapi dalam pada masa yang sama dia gusar akan jawapan yang diberikan oleh suaminya kepada Mama tadi. Maklumlah mereka mana pernah tinggal sekatil walaupun mereka sudah bernikah.
           Mereka makan dengan penuh semangat sekali terutamanya Azirul. Dah macam orang yang kebuluran sangat dah aku tengok. Hehe.. “ Ya Allah Rul, kalau ye pun lapar janganlah gelojoh sangat makannya. Ish.. Kesian Mama tengok kau ni lah. Ana kau tak pernah bagi makan laki kau ke ni? Kebulur sangat dah Mama tengok. Ke kau tak pernah masak kat rumah kau ni? Itulah Mama nak ajar kau masak dulu sebelum kau kahwin kau tak nak. Hari ni baru kau nak masak? Kat rumah Mama jugaklah baru kau nak masak. Kau ni Ana, “ kata Mama. Sungguh pedih rasanya kena perli dengan Mama. Aduii.. Si Azirul ni pun makan tu agak-agak ar.. taulah masakan aku tu sedap, tapi janganlah makan macam tu sekali. Kan aku dah kena perli dengan Mama. Mama ni pun satu lah, tak boleh simpan rahsia langsunglah sampaikan rahsia aku time sebelum kahwin pun nak hebohkan. Azirul aku lihat makan dengan penuh berselera sekali dan sempat mengahdiahkan senyuman yang memikat kepada Ana. Manislah plak aku rasa senyuman dia hari ni. Hehe.. Kata Ana dalam hati.
         Ana melangkahkan kakinya ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk yang berselerak dalam sinki tanpa menyedari bahawa Azirul membontoti dia dari belakang. Ana masih tidak menyedari kehadiran suaminya itu yang masih setia berada di kerusi di dalam dapur tersebut yang memang tersedia untuk Mama ketika berada di dalam dapur untuk berehat. Sesudah membasuh apa yang patut, Ana mengalihkan pandangan ke belakang untuk keluar dari dapur itu tapi dia terkejut. “ Opocot, mak kau, “ latah Ana. “ Ish awak ni buat terkejut saya je la. Nasib baiklah saya ni takde heart attack awak tau tak..? Huh.. “ marah Ana kerana dikejutkan begitu. “ Sorry, saya tak sengaja. Awak tu yang asyik sangat buat kerja membasuh tu sampaikan saya yang ikut awak dari tadi pun, awak tak perasan. Erm, saya nak ucapkan minta maaf sebab dah menyusahkan awak dengan permintaan saya yang kemarin suruh awak masak bila kita sampai rumah Mama. Saya tak maksudkan pun sebenarnya. Lagi satu saya nak minta maaf kat awak sebab dah menyusahkan awak selama kita kahwin ni. Saya tau saya salah sebab tak laksanakan tugas saya yang sepatutnya sebagai suami. Jadi saya nak perbaiki rumahtangga kita. Saya harap awak boleh terima saya dengan ikhlas sebagai suami awak. Mulai hari ini, saya akan menjalankan tugas saya yang sebenar. “ luah Azirul panjang lebar sambil meramas jari tangan Ana yang semakin sejuk akibat terkejut dengan pengakuan yang dilakukan oleh Azirul itu. Suatu perasaan yang dulu pernah wujud, kini kembali menjalar ke dalam diri Ana. Hatinya merasa sungguh bahagia dan mindanya terawang-awang bagai si pari-pari.
          Nasib baiklah pengakuan yang diluahkan oleh Azirul tengah hari tadi tidak didengari oleh Mama dan Papa kerana mereka keluar membeli belah di Bandar. Maka tinggallah aku bersama Azirul di rumah tika itu. Pembantu rumah tiada kerana Mama tidak suka menggunakan khidmat orang gaji. Katanya orang gaji hanya akan menyusahkan dia untuk membuat kerja dan mengahbiskan duit saja. Itulah Mama aku yang memang lebih suka melakukan segalanya sendiri.
         Bait-bait kata yang dilauhkan oleh Azirul tadi masih utuh dalam pemikiran Ana. Dia berasa seperti seorang puteri yang di lamar putera idamannya. Dia akui kini dia benar-benar sudah jatuh sayang kepada Azirul dan Azirul juga begitu. Ana tidak menyangka yang dia akan mengangguk dan sekaligus memberi jawapan kepada Azirul yang seterusnya menyebabkan Azirul merangkul badannya dan mendukungnya. Mereka seperti pasangan bahagia ketika itu. Hanya mereka berdua.
         “ Sayang, sayang tengah menungkan apa ni? Sayang teringatkan abang eh..? Hehe.. “ tegur Azirul kepada isteri kesayangannya itu tatkala melihat isterinya sedang mengelamun jauh di jejaring tingkap bilik mereka sambil memeluk erat pinggan isterinya itu. Betapa sayangnya Azirul kepada isterinya itu. Bahasa ‘saya, awak’ yang digunakan tadi ketika meluahkan isi hatinya tadi terus bertukar kepada  ‘sayang, abang’ setelah Ana membalas jawapannya dengan anggukan. Betapa bahagianya dengan jawapan yang diberikan Ana tadi kepadanya. Sangkanya Ana pasti akan marah lalu menolak dia sebagai suami tapi Alhamdullillah perkara positif yang berlaku.
           “ Eh, mana ada lah.. Saya tengah tengok bintang kat langit tu. Cantik kan? Kalaulah boleh saya pegang dan gapai kan syok..? Hehe.. “ balas Ana dengan muka yang memerah akibat malu kerana dipeluk dari belakang sebegitu walaupun oleh suaminya sendiri. “ Sayang nak eh..? Nanti abang ambilkan k.. Sayang nak banyak mana cakap je kat abang. Abang akan usahakan. Abang sanggup lakukan apa saja untuk sayang.. “ jawab Azirul sambil mendekatkan mukanya dengan pipi Ana lalu diciumnya pipi itu tanpa member apa-apa hint. Ish, gatalnya Azirul ni tapi takpe lah dengan isteri sendiri bukan dengan orang lain. Hehe.. “ Eh, awak ni kan memang sengaja nak cium saya eh..? Janganlah awak. Malulah saya nanti kalau Mama tau Papa nampak, “ kata Ana sambil mencubit lengan Azirul yang sedikit berotot itu. “ Mama takkan nampaklah sayang. Kan kita kat dalam bilik sekarang ni lagipun dah pukul 11.45 dah sekarang ni, “ balas Azirul. Ana yang menyedari ketelanjurannya hanya memalingkan mukanya ke arah lain bagi menutup mukanya yang semakin memerah akibat malu kerana tidak menyedari yang mereka sekarang berada di dalam bilik mereka sendiri dan sudah jauh malam.
              “ Sayang, abang nak ucapkan terima kasih kat sayang sebab terima abang walaupun abang tau yang dah banyak salah yang abang buat kat sayang. Abang sayangkan sayang sangat-sangat. Minta maaf sebab lambat mengungkapkan isi hati abang ini dan lambat menyedari bahwa sayang memang sudah berada dalam hati abang. Maafkan abang, ok sayang? I love you so much.. I’m fallin in love with you, “ sambung Azirul meluahkan isi hatinya yang memang sudah terpaut kepada Ana,isterinya. Ana terdiam kerana tidak menyangka bahwa Azirul akan mencintainya sebegitu kuat. Baru kini Ana merasai nikmat cinta yang paling indah. Dia bersyukur sangat. “ I love you too, “ balas Ana dan memeluk Azirul.
              “ Sayang dah mengantuk? Jomlah tidur. Abang pun dah mengantuk sangat ni.. “ ucap Azirul setelah dilihat Ana menguap dua, tiga kali sambil mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di kepala katil mereka. “ Erm.. “ balas Ana sepatah dengan suara yang mengantuk. “ Ok, selamat malam sayang. Jangan lupa mimpikan abang tau, “ jawab Azirul. Suara Azirul yang dekat menyebabkan Ana bingkas bangun kembali dan dilihat Azirul sudah membaringkan dirinya di sebelah Ana di atas katil yang sama. “ Awak, awak.. Kenapa awak tidur sebelah saya ni? Kan awak selalunya tidur atas sofa. Tu sofa ada kat depan sana tu, pergilah tidur kat sana, “ kata Ana dengan suara yang dikawal khuatir Mama atau Papa terdengar. “ Sayang, kan sayang dah terima abang sebagai suami sayang dan abang dah janji kan yang abang akan laksanakan kewajipan abang. Dahlah, tidurlah sayang. Abang mengantuk ni, “ balas Azirul sambil memeluk pinggang Ana erat. Ana yang baru menyedari hakikat itu hanya merelakan sahaja semua itu. Akhirnya dia tidur dengan sendirinya di atas dada bidang milik suaminya itu.

            “ Selamat pagi,Sayang. Lena tidur semalam? Hehe.. “ ucap Azirul kepada Ana yang dilihatnya baru saja bangun. “ Erm.. Awak? “ tanya Ana kembali. Mukanya memerah kerana baru semalamlah dia menjadi seorang isteri yang sebenar dalam kata sebenar. Dia malu sebenarnya. Azirul yang sedang khusyuk membaca surat khabar di satu sudut dengan  hanya memakai  t-shirt lengan pendek dan seluar track hanya membiarkan soalan Ana berlalu pergi menyebabkan Ana asyik memandang ke arah suaminya itu. Azirul yang perasan isterinya sedang memandangnya hanya membiarkan saja perlakuan isterinya itu. Di dalam hati, dia berasa bangga dan bersyukur kerana mereka kini telah menjadi suami isteri yang sangat bahagia. Semoga rumahtangga mereka kekal sampai ke akhir hayat.
           Akhirnye selepas semua permasalahan  yang berlaku akhirnya mereka mampu hidup bahagia sebagai sepasang suami isteri yang bahagia buat selamanya. Sesungguhnya cinta itu amat manis tatkala dua insan merasainya bersama dan menjalaninya bersama yang tersayang.
           

No comments: