143
“Heii...u....buat kerja nie. Jangan dok nak berfacebook aje”, satu
fail dicampakkan ke arahku. Aku berfacebook???Bingai ke kero mata dia nie. Tak
nampak aku tengah siapkan proposal hari graduasi . Dia nie dah on suis
kemarahanku ni.....
“Excuse me! What did u said just now? Saya
berfacebook???Halloo....kalau tak nampak jangan dok sedap nak main tuduh2
aje....ingat saya nie jenis cikgu yang suka mengambil kesempatan ke”, balasku
berani dengan nada yang agak tinggi.
“Cikgu Marisa...ingat saya rabun ke? Tu apa tu kalau bukan facebook.
Huh!!Mengambil kesempatan. Ingat sikit kerajaan bayar gaji untuk mengajar bukan
untuk berfacebook memanjang. Lepas tu dok siap sebok tanam tu lah tanam ni lah.....dah
sebuk2 tanam sebuk nak menuai hasil pulak....macamanalah kerja nak berjalan.”,e
eh. Nie dah lebih dah mamat nie memang nak kena kinyai dengan aku.
“Yang Cikgu Imran sebok pasal saya nie apehal? Dah tak ada kerja
sangat. For your information file yang Cikgu Imran Haiqi campak nie actually bukan
tugas saya. Itu tugas best friend awak. So, get out the file from my desk”,
amarahku sudah memuncak. Dia buat-buat tak tahu. Aku pun apalagi, ambik file
kuning tadi tu, huh nasib ko lah file jadik mangsa keadaan...lalu aku lemparkan
ke lantai. Terburai segala isi perut file tu.....file2...nak wat camana dah
tuan ko tu ngok tak pepasal ko kuar isi perot.
“Patutlah awak nie tak kawin2 lagi....perangai ngalahkan harimau
betina nak mengawan. Garang nak mampus”, cela cikgu Imran selamba.” File tu
awak pandai buraikan isi perotnya pandai2lah awak susun semula wahai harimau.
Malas nak layan....ciao...”, langkah sasa Cikgu Imran keluar dari bilikku. Aku
melemparkan pandangan garang padanya. Memang bengong!!!!!jerit hatiku....
What???Meeting bidang.....huh tak nak aku pergi. Ngadap muka mamat
bajet bagus tuh!!!
Hampir satu sekolah tahu, bahawasanya aku iaitu Cikgu Marisa
Adiyanni binti Dr Fakrul tidak sebulu dengan mamat yang bernama Imran Haiqi bin
Hj Ismail. Berbakul-bakul nasihat dari pengetua merangkap bapak si mamat tue
tapi tak jalannya.
Harap muka aje handsome tak guna jugak kalau tak laku-laku.
Ewahh...sedap aje ngata orang. Aku nie pun sama jugak. Umur dah 28 tahun tapi
asyik putus tunang aje. Dah 3 kali dah bekas tunang aku semua melarikan diri
dariku. Ingat aku kebulur sangat ke nak berlaki....
“Imran nie kenapa? Papa tengok asyik cari pasal aje dengan Marisa.
Si Marisa tu tak ada buat apa pun pada Im kan? Dengki sangat dengan dia
kenapa?”, Hj Ismail kadang kala serba salah apabila cikgu-cikgu di sekolah itu
sering menyebut berkaitan perihal Imran Haiqi dan Marisa Adiyanni. Kedua-duanya
cikgu yang bagus. Cemerlang dari segi kerja. Cekap. Prestasi pelajar SPM
semenjak mereka masuk setiap tahun meningkat. Imran merupakan cikgu fizik dan
Marisa pula mengajar Matematik Tambahan.
“Bukan Im yang salah pa. Minah tu...ada aje yang dia buat tak
lengkap. File bidang tu patot dia yang setelkan pa bukannya Im. Im Cuma
penolong dia....”, Imran Haiqi membeking dirinya sendiri.
“Ke anak papa nie....”
“Hah!! Papa jangan fikir yang bukan-bukan.”pantas si Imran memotong
kata-kata Hj Ismail.”Im tak lama lagi kan dah nak bernikah, lagipun pa she’s
not my type lah pa”, angkuh suara itu. Hj Ismail hanya tergelak.
“Hmm....Im nie percaya ke pada Suraya tu. Dah 2 kali dah tangguh. At
the end kang Im sanding sorang2 atas pelamin. Lagi satu....jangan terlalu tak
suka pada seseorang. Takut nanti satu masa orang tu lah Im damba siang dan
malam”.
“Uwekkkkk....no papa. No. Walau tak ada kaum hawa di dunia ini, nama
nak kahwin dengan minah harimau itu...huh...sorry pa....”, begitu yakin suara
Imran Haiqi. Hj ismail ketawa terbahak-bahak.
“Dahlah Im.....malas papa nak layan. Kamu berdua kena pergi kursus
displin kat Langkawi. Ops...bukan papa yang suruh, Hjh Zaiton yang endorse nama
kamu berdua. Sila ikut arahan”, Hj Ismail membiarkan anak terunanya yang
berusia awal 30 an itu terpinga-pinga. What???Aku kena pergi kursus dengan
minah harimau tu???Ohhh tidakkk....
“Hajah...saya ni bukan menolak tapi tarikh ni kan saya kena uruskan
HAri Graduasi. Saya kan S/u kecemerlangan hajah”, aku merayu. Sebenarnya yang
membuatkan aku tak ingin pergi yelah sebab ada si malaun bengong tuh!!!!
“Cikgu Marisa....perihal Hari Graduasi itu , Pn Malika dan Pn Ng,
dah sanggup take over. So....awak yang menurut perintah, u don’t have any
choice”, muncung aku dah panjang sedepa. Betul-betul tak da mood.
“Rileks la Yani. Kalau kau tak pergi rugi. Nie kursus displin
peringkat kebangsaan. Tak kanlah hanya kerana Imran senget tu kau nak tolak.
“pujuk Idayu menyedapkan hatiku.
“AKu takut helang kat langkawi tu terbalik dek dengar suara dia yang
macam halilintar tu. Suka sangat menengking. Ingat dia anak pengetua dia boleh
buat apa yang dia suka ke. Boleh belah laaa”,geram suara aku. Idayu
tergelak-gelak. “Hah!!yang kau nie suka sangat pehal”, aku menepuk pahanya
kuat.
“Adoii....ko nie. Iskk...alah...ko nak ngata suara dia macam
halilintar??Hmm....Ko pun sama.Hahahahaha”, Idayu tergelak-gelak. Aku melibas
lengannya perlahan.”Sorry dear...”.
Bilik displin ada 3 bilik. 1 untuk cikgu lelaki dan 1 untuk cikgu
perempuan. 1 bilik untuk bilik tahanan pelajar seandainya guru-guru mendenda
pelajar yang melakukan kesalahan.
Aku, Idayu, Rima dan Ustz Laila yang biasa duduk bilik tu. Si Imran,
nama aje penyelaras displin tapi tak da dia nak masuk kalau aku dah tercongok
dalam bilik tu macam boss. Padan muka dia!!
Sedang aku dan Idayu mengisi kad merah pelajar, seorang pelajar
lelaki masuk.
“Cikgu Marisa, Hjh Zaiton panggil”. Aku mengangguk. Sesampai je kat
bilik HEM, objek yang aku paling benci dah ada tercongok kat situ.
“Yea hajah panggil saya”, lembut suaraku ketika itu. Imran dengan
muka tak sukanya mencebirkan bibir. E eh...dia nie karang...depan hajah zaiton
aku kaki karang.
“Surat dari kementerian dah sampai. So, u all berdua kena pergi
langkawi nie pada 10 – 17 Okt. Boleh arahkan pelajar dari kelas elit take over
u all punya subjek sepanjang tempoh u all tiada di sekolah ini.
Ermm....actually,bas disediakan oleh jpn tapi kalau u all nak pergi naik kereta
or flight di benarkan lah.Imran nak naik apa?”, soal Hjh Zaiton sambil melihat
muka pemuda segak di hdapannya itu.
“Saya drive je kot hajah.”Imran berkata pasti.
“Awak pulak Yani?”.
“Apa barang naik kereta hajah. Mestilah flight. Cepat sikit.”
Selamba aku bercakap bertujuan nak bagi mamat tu sakit hati.
“Eh...awak tak perlu nak sindir2 saya yea cikgu marisa”, agak kuat
suara Imran tetapi dia cuba tahan.
“Yang cikgu Imran nak terasa apa hal pulak. Ada saya mention nama
cikgu? Tak da kan? SO tak payalah nak perasan2”, balasku selamba.
“Iskk...awak berdua nie...depan saya pun gaduh!!!!Dah2....kang aku
suruh Haji Ismail kawinkan u all berdua ni!”.
“What????”, aku dan Imran bersuara serentak.
“Huh!!!! Kalau dengan lelaki macam ni lah hajah, saya rela jadi
andartu”.
“Ewah2....sedapnya awak cakap. Ingat saya kebulur sangat ke nak
jadikkan awak tu bini saya. Eii...tak hinginlah saya. Di bagi free pun tak nak
tau pempuan garang macam awak ni”. Imran membalas geram.
“Ya Allah....iskkk sudahhhhhhh”, suara Hjh Zaiton sudah melengking.
“Saya gerak dulu hajah. Makin lama makin biol otak saya duduk dengan
spesis kureng macam nie”, aku terus bergerak keluar dari bilik hem. Sampai di
bilik displin aku membebel-bebel.
“Aku tengok, kau ni kan kalau satu hari tak bising pasal si Imran
tak sah. Nama Imran tu dah berjuta kali keluar dari mulut kau.....”, Rima
memandang wajahku dengan persoalan di mindanya.
“Geram lah aku Rima. Aku tak boleh la nak keja sebumbung dengan
mamat tu.”ulasku geram.
“AKu takut....bukan setakat keja sebumbung,tapi tinggal sebumbung. Hahahahaha”,
sakan Rima menggelakkan aku.
“Mulut ko nie aku cili karang baru tau. Ko jangan macam2 .cakap
benda2 yang nonsense nie aku rasa macam nak sepuk ko je Rima.” Sedang kami
bercakap, Imran dengan membawa kertas di tangan masuk ke dalam bilik kami.
“Awak suruh budak2 nie tulis statement semula. Tak lengkap!! Macam
baru sehari dua ambik statement pelajar”, dengan selamba dia mencampakkan
kertas statement tu atas meja.
“Masuk bilik orang macam penyamun. Salam tak ada, ....alih2 lempar
benda alah nie. Tak beradab langsung”, suaraku meninggi.
“Statement Julia and the geng tu awak yang ambik rite? I’ll give you
30 minutes to improved that statement. Tak lengkap! Macam mana awak nak
sabitkan kesalahan kalau macam nie”, suara Imran dah mencapai tahap 7 skala
ritcher.
“Ehh...yang awak nak marah2 nie pehal. Statement tak lengkap je kot.
Tak payahlah nak meribut kat sini tak tentu hala. Dah2...blah2....nak meroyan
bukan sini tempatnya”, selamba aku menghalau dirinya. Rima sudah terdiam sedari
tadi. Perlahan dia mengambil borang statement itu.
Tanpa banyak cakap aku mengambil pembesar suara dan membuat
pengumuman.
15 minit kemudian aku masuk ke bilik persediaan di makmal fizik.
Owhh...ada yea mamat tu siap engkau!!!!
“Nah statement yang baru”, aku menghempaskan borang2 itu di
depannya. Nasib ko lah kertas jadik mangsa. Hari tu file, nie kertas pulak.
Nasib2. Terus aku keluar dari makmal.
Tengahari itu aku, Idayu dan Wana berjalan menuju ke cafe untuk
lunch. Huh!!!mamat bengong tu ada pulak. Menyampah gila aku nengok!
“Hmmm...nasib baik kita dah siap makan Joe. Kalau tak mau aku tak
selera”, selamba Imran menutur kata yang mana jelas menyindir aku.
“Dah kau nie kenapa pulak, selera tak selera ni”, soal Johan hairan
melihat rakannya itu.
“manalah nak selera kalau ada langau besar masuk”, Imran dah
tergelak-gelak. Owhh!!!ini sudah lebih. Memang on kan suis kemarahan aku la dia
nie. Wana dan Idayu sedya upaya menyabarkan aku. Arghhh!!! Aku mesti balas
nie!!
“Apa awak cakap? Langau. Mata awak tu buta ke kero. Tak dapat nak
membezakan manusia dengan binatang”, aku terus berdiri tegak dimukanya. Idayu
dah menepuk dahi.
“Adoiii...kompem perang dunia ketiga ni”, bisik Idayu pada Wana.
“Yang awak perasan nie pehal? Ada saya merujuk kepada nama awak
Cikgu Marisa? Ada?”, suara Imran seolah mencabar kewibawaan aku.
“Yea! Memang tak ada tapi kata-kata awak tu memang jelas tuju pada
saya. Don’t u think i’m fool okey”, suaraku sudah meninggi. Muka Imran
buat-buat selamba aje. AKu rasa nak aje aku curah air kopi yang dia minum tu
kat baju dia tapi akal warasku menolak. “Jangan sampai saya hilang sabar cikgu
Imran. Perangai awak tu mengalahkan malaun”, sehabis sahaja aku mengeluarkan
ayat itu aku terus keluar dari cafe tanpa sempat membeli makanan.
“Haiii...aku takut aje Imran”, suara Johan setelah keadaan hening
seketika.
“apa yang kau takut? Minah tu?”, soal Imran pelik. Johan ketawa
perlahan.
“Ha ah....aku takut cikgu Marisa tu jadi wife kau satu hari nanti.
Perempuan tu lah nanti yang kau dok damba siang malam”, Johan bercakap yakin.
“What!!!selisih malaikat 44. Fuhh...mulut kau nie
macam...eiitt....tak ada insuran betul. Hujung taun nie aku dah nak nikah la
weiii. Kau jangan doa yang macam-macam yea”, Imran member amaran pada Johan manakala Johan sudah
tergelak-gelak.
“Geramnya aku....aku dah lah lapar tahap gaban ni!!!!!boleh pulak
malaun kureng tu kat cafe. Bencinya.....”, perlahan aku menjerit.
“Tak pa tak pa.....aku dengan Ayu pergi cafe nanti kitaorang belikan
kau makanan. Tapi muka Imran tu, handsome la....lagilah kalau dia buat muka
bingai dia tu”, selamba Wana memuji mamat tu depan aku.
“Blah lah.....muka macam tu handsome apa....handsome lagi muka
kucing Kiki kat makmal tu”, balasku kemudian sambil mencebirkan bibir.
“Kau jangan marah-marah sangat Yani. Ingat.....tengok2 dia jadi laki
kau”, usik Wana lagi.
“Apa!!!!!!!aku rela tak kawin dari kawin dengan malaun macam tu”,
jawapanku menyebabkan Wana dan Idayu tergelak-gelak. Seorang pengawas mengetuk
pintu.
“Masuk”, arahku.
“Cikgu, cikgu Imran bagi nama-nama pelajar yang ponteng prep malam tadi”, Lini menghulur
kertas yang mengandungi senarai nama kepadaku. AKu mengambil. Hah!! Ambik kau.
15 orang ponteng eh tapi ni nama budak lelaki apa ke halnya aku yang kena
setel. Nie tak boleh jadi nie.
“Cikgu Imran ada meeting kat PPD. Dia beritahu saya suruh cikgu,
cikgu Wana dan cikgu Idayu ambik statement lepas tu bagi kat Hjh Zaiton.
Pesannya. Saya yang menurut perintah aje cikgu”, lengkap ayat Lini, takut kena
marah dengan aku lah tu.
“Okey lah. Thanks”. Lini meminta izin untuk keluar.
Aku lihat jam di tangan menunjukkan 2.00 petang. Alamak, aku ada
kelas 5 Ibn Hayyam nie...aku memberi
senarai nama itu pada Idayu dan minta dia bersama Wana memanggil pelajar
tersebut lagipun mereka tidak ada kelas pada waktu itu.
Untuk pergi ke kelas 5 Ibn Hayyam aku kena melalui makmal fizik
tempat malaun tu melepak. Lalu je lah, lagipun malaun tu tak ada. Aku memasang
telinga betul-betul, eh macam suara si malaun tu aje. Kata ada meeting at PPD.
Yang dia dok bersembang dengan kuncu-kuncunya tu kenapa pulak. Siap gelak
ketawa bagai. Owhh...nie tak boleh jadi nie....aku patah balik ke bilik
pengawas.
“Meh senarai nama tadi”, aku meminta pada Idayu. Lantas dia terus
beri padaku.
“Why?”.
“AKu nak buat perhitungan. Meeting kat PPD konon. Kejap, aku call
sekolah dulu sebelum menyerang”, dengan penuh geram aku menekan nombor sekolah.
“En Malek, nak tanya la ada tak sapa-sapa pegi PPD petang nie. Nak
kirim barang la”, selidikku.
“Apa tak ada? Betul ke? Cuba en malik tengok betul-betul. Penting
ni”, desakku lagi.
“Okey-okey. Thank you”.
“U all tau?”, aku menyoal wana dan idayu.
“Haa...pe dia.”
“Si malaun tu boleh bergelak ketawa dekat bilik persediaan dengan
kuncu-kuncunya. Tu dia kata meeting kat ppd?boleh blah la...”, aku bersuara
geram.”AKu nak buat perhitungan sekarang jugak!”.
“Wehh...kau kan kelas weh...masuk kelas lah dulu”, pujuk Idayu bila
dia lihat wajahku dah masam mencuka. Aku terus keluar dan berlalu ke kelas
tersebut. Betul jugak kata si ayu tu.
Jam 3, aku terus ke bilik persediaan maklmal fizik. Imran terkejut
melihat kedatanganku.
Senarai nama itu aku koyak depan matanya.”Ini sebagai balasan orang
yang menipu. Meeting kat ppd konon.Blah laaaa....”, terus aku mencampakkan
kertas itu ke dalam tong sampah dan berlalu keluar. Huh!!!puas hati aku. Hubungan
aku dan imran semakin teruk.Jika ada masalah displin pun, yang jadi perantara
ialah Wana dan Idayu. Haji Ismail dapat menghidu masalah ini. Dipanggilnya aku
dan Imran berdepan.
“Saya tengok hubungan awak berdua nie dah semakin teruk. Mulai saat
ini saya nak awak berdamai dan saya tidak mahu lihat ada sebarang perselisihan
faham lagi.”tegas suara Haji Ismail memberi amaran kepadaku dan Imran.
“Kamu berdua the greatest teacher at this school. Cemerlang. Tapi
janganlah kerana perselisihan faham ini, memberi kesan kepada kerja awak
berdua.”sambungnya lagi.
Aku dan Imran hanya senyap apabila Haji Ismail memberi nasihat.30
minit kemudian kami keluar tanpa sebarang bicara. Dalam hati Tuhan sahaja yang
tahu betapa meluatnya aku tengok muka si Imran tu.
“Apa cerita bro?”, soal Johan pada Imran. “Boss cakap apa?”,
tanyanya lagi.
Imran menyauk rambutnya ke belakang.
“Dia bagi nasihat dan amaran. “balas Imran perlahan. Johan
tergelak-gelak.”Dah...kau nie apesal. Suka pulak ek aku kena panggil”, sambung
Imran bengang.
“Itulah....kan aku dah cakap. Kau tu suka sangat cari pasal dengan
Marisa tu apehal. Ke kau ada hati kat dia sebenarnya”, giat Johan selamba.
Imran terkedu!!!Pulak!!!
“Minah tu? Huh!!malang la sapa dapat binik macam dia. Dah lah. Malas
aku nak cerita pasal tu. Yang tunang aku ni lagi satu hal. Dia nie nak kawin
dengan aku ke tak ni. AKu call asyik tak dapat aje. Dah sebulan macam nie”,
risau suara Imran.
“Im..entah2 jodoh kau bukan dengan Suraya kot”, Johan mengusik.
“Pulak...abis tu dengan sapa? Kau nie pandai aje. Macam pak belalang
pulak”, sahut
Imran geram.
“Aku tengok kan kau dengan Marisa tu macam ngam aje sebenarnya.
Macam ada jodoh pun ia”, Johan berkata sambil tergelak-gelak bila dia lihat
muka si Imran bengang semacam.
Entah macam mana aku boleh terlupa nak booking tiket flight. Aku dah mula kelam kabut. Walaupun baru hari
Sabtu, tapi aku dah mati kutu. Takkanlah aku nak drive sorang2....belum pernah
umor aku drive dari Selangor ke Langkawi tu. Adoii...pening2.......
Tolonglah belikan tiket bas Kak Long...plis2....
Alah....mana tau menda nak jadik. Yani memang lupa giler pasal
kursus tu.
Ada sorang...tapi tak nak lah naik dengan mamat malaun tu.
Sayang akak.....cari sampai jumpa tau
Fuhh!!!!seb bek ada kak Longku yang terchenta. Lega....Ya Allah...minta2lah
ada tiket tu....
2 jam kemudian kak Longku menelefon.
What!!!!!!!tak ada satu pun!!!Semua habisss.....tidakkkkkkkkkk
Aku nekad untuk drive ke Langkawi. Pada hari itu juga aku menghantar
kereta Honda Civic Type R ku untuk di servis. Aku macam kenal je BMW
nie.....pergh...mamat malaun tu lah!!!!Aku buat-buat tak nampak. Entah kenapa
dia boleh datang ke arahku. Mesti dia nak cari pasal tu!!!
“Pengetua suruh awak pergi dengan saya. Tu lahh...lain kali tak
payah nak dok berlagak sangat dengan flight awak tu. Tuhan itu Maha Adil...mulut
tu tak payah celupar sangat. Esok pagi jam 7.30 sharp, saya ambik kat sekolah.
Pandai2lah awak. Jangan harap saya nak ambik awak kat rumah”, macam murai si
Imran bercakap. Aku yang mendengarnya terpinga2. Tapi...macamana dia boleh tau
aku lupa nak booking tiket!!!!!!Idayu!!!!!!!
“Saya drive sendiri”, muka tempe aku menjawab segala bebelan dia
itu.
“Tak payahlah nak sombong. Tak tau jalan ada hati nak drive
sendiri.” Yang paling aku tak boleh belah tu dia dengan selamba merampas
handphone yang tengah aku pegang. 1
minit kemudian dipulangkannya semula.
“Tu nombor saya. Saya dah savekan nama saya...nie tengok nie...Imran
Hensem...papehal call saya”, tegas suaranya memberi arahan. Mak aiii....pantas
aku mengambil handphoneku lalu laju tanganku pergi ke kontek. Imran
Hensem???sah mamat nie biol....setelah dia bergerak agak jauh aku menukar nama
dia kepada mamat 7 s.r.(skala ritcher).Hakhakhakhak....
Sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kedah masing-masing mendiamkan
diri. Sesekali call masuk untuk Imran nasib baiklah dia dah pakai hands free.
“Saya lapar. Nak berenti makan. Kalau awak tak nak makan duduk diam2
dalam kereta”, ucapnya padaku selamba lalu dengan tanpa hati perut dan perasaan
dia terus meninggalkan aku terkontang kanting. Aku mula bengang!!!!!
Ingat dia sorang je ke lapar, huh!!!getus hatiku sendiri. Pantas
kakiku menurut langkahnya. Nak makan sorang2 kang seram maklumlah tempat RnR,
tak pepasal je kena ngurat.Hehehehe.....
Tanpa banyak bicara Imran dan aku makan. Semeja! Walaupun tidak
berbual namun kami tetap berselera.
Waktu ingin bayar masing-masing berebut, akhirnya aku juga yang
mengalah.
“Terima kasih ek makan tadi”, ucapku selamba setelah keretanya
menyusur keluar dari tol Gurun. Dia hanya mengangguk. Ek eleh....sombong tahap
tenuk mamat nie. Aku yang memang tak betah duduk diam, hanya berbicara di dalam
hati sahaja.
Seminggu kami di sana, bercakap pun baru beberapa patah perkataan
itupun sebab aku memujuk hatinya yang duka lara sebab Tuhan nak tunjuk, tunangnya
si Suraya tu main kayu tiga dan bumped di Langkawi. Aku pulak tu sebagai saksi.
Aiseyyy.....tak pasal2 aku jadik kaunselor.
Aku teringat kisah malam itu.... “Awak nikah lagi 2 minggu kan? Dah
setel ke semua?”.
“Hmmm...ntah ek. Dah kot. Eh...macam kenal la...”, mata Imran
tertuntas pada seorang perempuan yang asyik memadu kasih dengan seorang lelaki.
Tanpa menunggu lama, Imran bangun dri kerusi lalu mendapatkan pasangan
tersebut.
“Assalammualaikum”, agak kuat Imran memberi salam. Kedua pasangan
itu menoleh serentak. Yang pastinya muka sang gadis kalau diteoreh pun kompem
tak da darah keluar.
“Suraya...i don’t need your any explanation. Kita putus malam nie
jugak. Family i akan datang ke rumah u tomorrow”, tegas Imran bersuara lalu di
kembali semula ke meja. Aku terpinga2. Bukan pempuan tu ke...oh nope......
Aku nampak muka dia bengang gila! Dia menyauk rambutnya ke belakang
beberapa kali lalu handphone dicapainya.
“Assalammualikum pa....Im nie”.
“Hah!!!okey je. Esok pagi2 bertolak”.
“Pa...Im nak cakap sikit. Esok pergi ke rumah family Suraya.
Putuskan pertunangan Im dengan dia”.
“Iya pa....tak kanlah Im main2....serius”.
“Malas cakap banyaklah pa....i’ll mms the picture later. Okey pa..”
“Waalaikumsalam”.
Dia memandangku sebentar. Kacak jugak dia nie. Aku sempat menelek
mukanya.
“Saya tak selera nak makan. Nak balik hotel. Awak nak balik sekali
tak?”, soalnya padaku dengan muka yang masih bengang. Aku selalu tengok muka
marah dia, tapi ini mukanya lain lah memang nampak dia bengang dan marah.”Saya
tanya awak nie....tak payahlah nak dok menelek muka saya”, ujar Imran kemudian.
Aku tersentak. Perasannya!!!aku tengah buat analisis pun tak senang.
“Awak balik lah dulu. Saya lapar ni.Nanti saya balik naik teksi. Lagipun
berlambak2 teksi kat sini”. Tanpa menunggu lama dia terus balik. Hmmm...no
komenlah...iskk...tapi kan ke lagi sebulan lebih sikit nak naik pelamin. Macam2 eh...seram
nie....kesian Tn Hj Ismail sekeluarga. Menanggung malu yang bukan sedikit.
Selepas makan, aku berjalan2 disekitar pantai. Ramai manusia di
situ. Aku jadi rimas. Semakin tidak selamat apabila sekumpulan anak muda asyik
memerhatikan aku. Alamak!!! Mana teksi nie...hah!!dah pukul 10.00. Adaiii...tu
lah tadi berlagak sangat banyak teksi. AKu dah kecut perut
nie....arghhh....nyusahkan Imran jap.
“Hallo wak....tolong saya boley...”
“Tak da teksi laa. Ambik ar saya kat sini”.
“Hahahaha....yelah2...sorry...ambik tau. Saya ngeri nie, macam ada
orang nak kidnap saya je”. Fuhh!!! Aikk...tak sampai 5 minit aku talipon dah
ada depan mata. Peliknya.
“Berapa kelajuan kereta awak bawa”, tanyaku setelah mengambil tempat
duduk.
“Hmmm...tak balik hotel pun. Kat sini2 jugak.....”, malas
jawapannya. Huk aloh!!! Mesti frust nie...tanak ah jolok sarang tebuan...
“Yan....kalau awak jadi saya, what you have to do?”, soalnya
kemudian. Yan dia panggil aku!!!sejak bila plak nie....selalu nak sebut nama
aku macam apa...nie tetiba2 plak dengan panggilan Yan...ceh!!!
“Hmmm......saya pun tak de pengalaman la. Selalu tu kalau ex fiancé
saya mintak putus, lama lagi we all nak nikah. Dalam setahun. Memang saya pun
tak da lah preparekan. Cuma dalam kes awak nie, mesti lah family u all dah wat
persiapan. Susah2 awak cari lah calon isteri yang baru...”, selamba aku memberi
idea. Spontan.
“Awak ingat nak cari bini macam cari ayam kat pasar ke. Saya ni
kalau ada stok lebih tak pa jugak. Nie...si minah tu sorang je lah. Saya pun
bodoh jugak. Sebelum nie dah 3 kali dah nak nikah asyik laaa tak jadik. Dia
asyik melarikan diri. Tak sangka dia dah ada jantan lain”, kesal suaranya.
“Wak....awak kena ambik ini sebagai satu yang positif. Anggaplah
pempuan tu bukan jodoh terbaik untuk awak. Allah tu adil. Mungkin dia akan
datangkan seorang perempuan di saat2 akhir yang jauh lebih baik. Awak berdoa je
lah.”
“Hmm....yelah...tapi takkanlah saya nak kansel majlis tu. Semua dah
prepared.”
“Ramai yang minat awak kat sekolah tu Imran....kalau awak nak saya
boleh je jadi agen 007. Hehehehe”.
“Ramai minat saya???”, kekonon terperanjat lah pulak!!!
“Ha ah. Ada sorang cikgu baru ni fanatik gila dengan awak.”
“Sapa?”, tanyanya padaku.
“Alah...cari ar sendiri...”.
“Sapa.....tadi awak jugak yang beria nak jadi agen kan. Nie bila
saya tanya tak nak cakap pulak”. Sedang kami berbalah kecil tetiba....
“Excuse me...”, serentak kami menoleh ke arah sorang pemuda yang aku
kira good looking la.
“Yes!!can i help you?”, tanya Imran. Lelaki itu keluarkan kad dan
diserahkan kepadaku. Tak sempat aku nak ambik, Imran dah ambik. Aku bengang.
“This is my wife.....you nak apa?”, keras soalan Imran Haiqi. Aku
tersentak. Pemuda itu juga. Dia meminta maaf dan berlalu pergi.
“Yang awak nie apehal. Nak membabitkan diri saya dalam kancah
masalah awak. Heii...geramnya saya....orang tu nak kenal saya. Yang awak
menyebok rampas kad dan perkenalkan i’m as ur wife tu kenapa. Dah tak siuman!”,
tinggi suaraku ketika itu. Sakit hati betullah tengok tingkahnya.
“Selagi awak tak cakap cikgu sapa yang fanatic gila2 pada saya tu,
jangan mimpi lah nak serahkan card nie...”, sengaja Imran Haiqi meng’on’kan
suis kemarahanku.
“Hiskk...yelah2....tu ha cikgu Anith. Ala-ala Hindustan tu!”,jawabku
geram. Dia tergelak2....
“Minah tu.!!tak minatlah saya. Lain...lain....”, ceria pulak
suaranya. AKu nak kenakan dia lah!!!mesti best!!!!
“Ada sorang nie. Memang dia syok giler la dengan awak tapi tua sikit
ar dari awak....”, ujarku mempermainkan.
“Tua sikit dr saya??Tak kanlah cikgu Insyirah kot!”.
“Nope!”.
“Cepatlah...dah dekat pukul 11 nie....bagitau je lah sapa...”
“Owh...nak tau sangat ea...okey....hajah rozita (PK Koko yang sudah
berumur 50 tahun tapi tak kahwin lagi.
“What????Marisa Adiyani!!!!!!!!!!!!!Awak sengaja nak kenakan saya
kan!!”, Aku dah tergelak-gelak kesukaan.
“Dah la wak....jom lah kita balik. Esok kang awak ngantuk pulak nak
drive.”Aku bingkas bangun dan menuju ke kereta. Sejak dari itu aku dengan Imran
boleh jadi kamcing. Hanya kerana itu sahaja....
Selepas balik dari Langkawi tu hubungan aku dengan Imran tak da lah
macam ribut. Dah okey sikit ar. Dia pun bila cakap dengan aku dah tak
menengking2 lagi. Masing-masing kehairanan. Selalu tu tak kira tempat, asyik2
bertekak aje!!!!
“You know what!!!”, tanya Idayu padaku.
“Sejak you all berdua balik dari Langkawi tu, aku tengok berubah
720’. Dengar2 Imran tu putus tunang....erk....”.
“Dah2!!!!jangan nak kerja lebih masa. Tak payah nak masukkan agenda
dia dalam cerita kita”. Boring aku, balik2 nak kaitkan mamat tu dengan aku. Apa
barang!!!!
Awal cuti aku terus balik ke rumah mama dan papa ku yang berada di
Shah Alam Seksyen 2. Balik aje, aku dikejutkan dengan satu berita yang boleh
menanggalkan hati aku.
“Selama ni Yani pilih sendiri kan calon suami Yani. Kali nie Yani
mesti ikut cakap mama. Dia anak kawan baik mama. Tunang2 tak main. Terus je
nikah. Semua mama dengan kawan baik mama dah uruskan untuk Yani”. Hjh Sofea
bersuara tegas.
“3 kali putus tunang. Itu semua u punya pilihan. So kali nie dengar
pilihan mama dan papa. Being prepare. 21 Dis nikah!”, arah dr Fakrul kepada
anak gadisnya.
“What!!!!21 Dis!!Yani tak ready lah pa.....”.
“Nak tunggu bile baru ready. Jangan nak ngengada”, sambung dr fakrul
lagi.”Ma...nak cerita ke pada Yani pasal tu?”, Dr Fakrul meminta pendapat Hjh
Sofea.
“Mama rasa tak payah dulu kot pa. “
“Macam ada benda je nie yang mama dengan papa sembunyikan....”, aku
mula cuak melihat tingkah kedua orang tuaku itu.
“Nothing. Lagipun bukan pasal Yani”, Dr Fakrul berfikir tak wajar
rasanya dia memberitahu perkara ini kepada anak bongsunya itu.
Hari yang dinantikan tiba juga. Nasib baik kedua belah pihak nak
dengar permintaanku. Aku cuma nak majlis nikah aje. No sanding2....kang aku lari,
ugutku selamba.
“Alahai......cantiknya adik kak Long nie....hmm....mesti tak sabar2
kan”, usik Marsila Adiyani kepada adik kesayangannya itu. AKu mencebirkan
bibir.
Hih!!!!rasa nak protes aje!!!Hah!!dah baca doa...aku dah selamat
jadi seorang isteri kepada.......
“Assalammualaikum...”, ucap seorang perempuan.
“Bagi laluan...bagi laluan”, kecoh Kak Midah sebagai mak andamku
meminta sanak saudaraku ke tepi untuk upacara batal air sembahyang. Tatkala aku
disarungkan cincin,,,erkk.....jam tangan nie macam aku kenal...pantas aku
menoleh...tak semena-mena aku terdiri.
“What!!!!!awak Imran Haiqi!!Buat apa kat sini”, agak terkuat suaraku
ketika itu. Dia hanya tersengih2.Aku dah mencekik pinggang. Rasa aku nak kuntau
je mamat nie. Dia boleh buat muka tak bersalah. Nie apa hal tetiba aku pulak
yang jadik bini dia nie,....tidakk!!!!!!
Atas permintaan Imran, sanak saudaraku yang lain keluar. Alasan! Dia
nak berbincang dengan aku. Nak bincang apa lagi!!! AKu betul2 bengang.
Dia ingin memegang tanganku. Aku mengelak. Kedengaran dia mengeluh
perlahan.
“Yan....saya pun baru tau last day yang awaklah bakal isteri saya tu. Sungguh...saya
tak tau percaturan yang family saya dengan family awak buat”, Imran bersuara
rendah.
“Dah tu...tak reti2 awak nak call saya beritahu perkara ini!”,
soalku padanya keras.
“Papa saya dah sorokkan handset saya. Ingat nak bagitau awak jugak.
Saya manalah ingat number phone awak.”
“Arghh...alasan lah...eiitt saya masih ingat lagi tau kata2 awak tu.
Apa? Bagi free pun tak nak??”, sindirku berbisa.
“Alahhh awak pun apa kurangnya.Sanggup jadi andartukan dari awak
kawin dengan saya... “Imran Haiqi mula membalas. Pintu diketuk. Aku cepat
membuka dengan wajah yang masam. Jurugambar dok sebok ambik gambar kami. Yang
cukup aku menyampah, aku diminta untuk posing2 atas katil hampir semua
rakan-rakanku dan rakan Imran hadir termasuklah cikgu-cikgu sekolah kami. Merah
padam mukaku bila cikgu-cigu asyik dok mengusik aku. Bengang pun ia...
“Amacam Im....betul tak apa
aku cakap”, getus Johan sambil mengangkat kening. Imran tergelak agak kuat. Aku
hanya menjeling sahaja. Rasa macam nak cili je mulut si Johan nie.
“Tulah....instinct aku nie kuat menyatakan u all mesti kawin
punyalah”, giliran Idayu mengenakanku pula. “Adohai...apa perasaan korang
ha....aku kalau ingat-ingat balik rasa macam nak tergolek2 pun ada”, sambungnya
lagi. Yang lain mendengarnya hanya tergelak besar.
“Tap i notice what....balik dari Langkawi dah rasa macam something
wrong. U should be thank to hjh zaiton tau”.
“Ha...betul tu Yani. Kira nie jatuh cinta kat langkawi la nie”, usik
hjh zaiton pula. Hahahahaha...aku tergelak.
“Mana ada hajah....”,aku menafikan. Yang si Imran dok menelek je
muka aku. Rimas betul!!!
“Tuan Haji, makan”, pelawa Wana dan yang lain-lain.
“Hmmm.....sila-sila....i’m full”, balas haji ismail lalu mengambil
tempat disisi Imran. Mereka berdua berbual rancak. Aku melayan rakan-rakanku .Seboleh
mungkin aku melarikan diri dari Imran.
Tempat jam 5.30 petang, kebanyakan para jemputan sudah bergerak
pulang termasuklah rakan-rakanku. Keluarga Imran pun bergerak untuk pulang tapi
kenapa si Imran ni tak ikut pulak!!!. Iskk...macamana aku nak mengelak darinya
nie....
Aku teragak-agak untuk masuk ke bilik. Jam sudah menunjukkan jam
7.10malam. Aduhhh....nasib baik aku period tapi aku nak
mandi....ermm..buat-buat tak tau ajelah. Bilik aku kan pesal pulak nak takut.
Sebaik sahaja Imran keluar dari bilik air, aku teruskan niat untuk
mandi sempat Imran berpesan, “Cepat sikit, boleh solat jemaah”.
Apa!!!!alamaak!!!!macamana aku nak bagi alasan nie. Keluar dari bilik air, aku
memang sudah menyarungkan baju kurung moden berkain kapas.
“Apalagi yang awak tunggu tu. Maghrib dah masuk dah. Cepat!!!”,
Imran memberi arahan padaku.
“erkkkk.....sebenarnya”, mukaku dah merah menyala dah tak tau nak
cakap apa.
“Why??? Ada masalah ke?”, dia mengerutkan dahi.
“Ada....ada...saya sebenarnya..”, aku teragak-agak nak
memberitahunya. Padaku ini benda yang peribadi.
“What??? Awak period ke?”, selamba dia bertanya. Apalagi, muka aku
merah gila.. Imran tergelak-gelak kecil. Aku lantas menyarung tudung dan
berlalu keluar sambil menjeling ke arahnya.
Di dapur aku membantu Sutinah dan Mak Yam membersihkan kawasan dapur.
Nasib baik tidak berapa bersepah jadi tak adalah penat sangat.
“Haii...pengantin. Dah kat dapur. Suami mana?”, usik Mak Long
Suhaila sambil tersengih-sengih.
“Sembahyang la Mak Long”, aku menjawab perlahan.
“Haii...nie tak jemaah sama ke??”, soalnya pelik.
“Period”, pendek aku membalas. Mak Long Suhaila dah ketawa
suka.”Kenapa?”, soalku hairan.
“First nite tak dapat celebrate lah nie”, ujarnya berbisik kepadaku.
“Apa nie Mak Long. Iskkk tak senonoh betul”, tutasku geram. Aku
beserta pembantu rumah menyediakan makan malam yang ringkas. Mama dan papa
hanya meminta kami menyiapkan bakso dan mee racun sahaja untuk menjamu saudara
mara yang masih ada. Malam memang keluargaku tidak menjamah nasi kecuali jika
ada majlis tertentu sahaja.
Walaupun aku tidur sekatil dengannya, namun dia sedikit pun tidak
menyentuhku mungkin bila dia tengok aku masam aje dia pun macam tak berani nak
mendekatiku. AKu bersorak dalam hati...
“Macam nilah.....saya nie
memang 100% tak ready nak jadik isteri awak. Jadi.....awak janganlah harapkan
lebih2 dari saya....”, tegas aku bersuara. Imran Haiqi hanya tersenyum.
“Okay!!!Take ur time....”, balasnya pendek.”Jom kita solat Isya’”,
ajaknya padaku. Kembang hatiku. Ada orang yang jadi imam pada diriku ini.Ewahhh
tetiba aje touching pulak!
Seminggu aku dan Imran bergelar suami isteri. Kami jarang berbual.
Bercakap perkara yang perlu sahaja. Sebenarnya, pintu hatiku sudah terbuka
sejak di Langkawi lagi cuma aku tak nak dia tahu. Lagipun bukan dia suka kat
aku.....
“Mama dengan papa, bagi kita pakej percutian ke Cameron. Nak pergi
tak?”, soalnya padaku sewaktu aku sedang menggosok baju aku dan dia. AKu
memandangnya.
“Bila?”, soalku pendek.
“Ermm....tomorow. Tapi kalau awak tak nak tak apa. Saya tak paksa.
Saya boleh pergi sendiri”, amboiiiii buat keputusan sendiri nampak! Ni yang aku
geram nie!!!
“Ada saya kata tak nak pergi Encik Imran? Awak tu yang pandai2 buat
keputusan untuk saya”, rungutku perlahan.
“So........”. Aku mengangguk. Cameron beb!!! Woww....mesti
best....Imran hanya tersenyum melihat tingkahku.
Bilik yang berada di Awana Genting betul2 selesa dan besar.
Hmm...kalaulah kitaorang memang time honeymoon mesti best...kompem asyik duduk
atas katil aje.....cetusku perlahan lalu tersenyum.
Entah macamana, jemariku dan jemari Imran bersatu tatkala aku ingin
menghidupkan suis lampu dan air cond.
“Erkkk.....sorry”, bisiknya perlahan dan berlalu pergi ke katil. Aku
dah berdebar mengalahkan apa.
Aku melihat wajahnya. Sudah merah padam. Dia mengajak aku ke ladang
strawberi aku hanya menurut sahaja. Tangan kami asyik tersentuh antara satu
sama lain sewaktu jalan bergandingan meninggalkan kesan yang hebat dalam diriku
ini. Terasa seperti kena renjatan elektrik gamaknya.
Malam itu kami berbual kosong di dalam bilik. Tepat jam 10.30 malam
aku lihat dia sudah menguap.
“Ermm...kalau awak nak tidur, awak tidurlah dulu”. Dia mengangguk.
Lampu sisi disuramkan. Aku duduk di sofa sambil membaca majalah yang ada. Tiba-tiba
kedengaran loceng bilik. Pantas menoleh ke arah Imran tetapi dia tidak berkutik
langsung. Aku lihat melalui teropong pintu, pekerja hotel? Nak apa pulak
nie....lantas aku membuka sedikit pintu.
“Maaf puan kalau menganggu, puan ni puan Marlisa Adiyani bukan”,
soal pemuda lingkungan 20 an itu sopan.
“Iya saya. Any problems?”, rasa tidak sedap hati beraja dalam diri.
“Tidak ada apa-apa masalah. Cuma saya di beri pesanan oleh sesorang
supaya memberikan kepada puan bungkusan ini”, dihulurkan padaku sebuah
bungkusan yang bereben cantik.
“Thanks”, setelah menutup pintu bilik hatiku tak sabar untuk
mengetahui isi yang ada dalam kotak tersebut.
Aku terkejut, gaun tidur satin yang berwarna marron. Seksi! Sapalah
yang bagi nie....kemudian terdapat kad di situ yang menyatakan......
“Aku terima nikahnya Marlisa Adiyani binti Fakrul dengan mas
kahwinnya RM999.999 tunai”
Maksud yang lebih terperinci berkaitan dengan akad ini.......Aku
bersedia menerima wanita ini sebagai teman hidupku sepanjang hayatku jika
diberi keizinan olehNya. Segala tanggungjawab ibu bapanya telah diserahkan
kepadaku maka aku bertanggungjawab sepenuhnya kepada dia. Jika..............sebaik sahaja aku membaca nota itu, air mataku berlinangan dan aku
menangis teresak. Ya Allah!!!aku tidak mahu jadi isteri yang derhaka. Aku telah
menambah beban dosa Imran sebagai suami. Dengan langkah yakin aku sarungkan
gaun tidur itu ke badanku. AKu juga yakin sebenarnya Imran belum tidur!!! Sebaik
sahaja aku berada di sisinya, aku mencapai jemarinya lalu ku kucup. Lalu
dahinya ku kucup penuh kasih. Ohh...tak terjaga lagi yea...tak pe...cetus hati
kecilku...pura-pura nie....badannya aku raba lalu tali bathrobenya aku buka
perlahan. Tidak semena dia semakin merapatkan dirinya padaku lalu memelukku. Aku
selesa diperlakukan begitu.
“Yani mintak maaf...kalau
yani tak melayan awak seperti yang sepatutnya”, aku mengucup jemarinya lagi
penuh sendu. Imran menarik aku ke dalam pelukannya. AKu terasa hangat dan selesa.
Wajahku diciumnya perlahan dan penuh kasih. Aku mengeratkan lagi pelukan.
Terasa merah wajahku tatkala bibirnya mencium mesra bibirku. Aku tidak melawan.
Sesungguhnya aku pasrah bahawa dia adalah jodoh yang terbaik untukku.
“Main taktik kotor yea...”, bisikku perlahan sambil memandang
mukanya yang kacak. Dia tersenyum manja.
“Sayang.....bie mintak maaf.
Sayang seksi sangat.....bie betul-betul dah tergoda,”bisiknya lembut
ditelingaku. Aisey.....romantik la
pulak. Pinggangku dipautnya erat. Seram aku, naik semua bulu romaku. Tapi best
jugak....hekhekhek...Aku membalas pelukannya. Hmm...sayang...bie....best
jugak..tapi aku macam nak panggil dia sayang jugak sebab aku emmang sayangkan
dia....
“Jap....bie ada nak bagi sesuatu”, dia meleraikan pelukan dan mengambil
sesuatu di begnya. Set barang kemas habib!!!wow!!!
“Hmmm....ke sayang nak bagi pada Suraya tu sebenarnya”, suaraku. Dia
tersengih.
“Ha ah....tapi dah dia bukan jadi wife bie...so bie bagi lah pada
sayang”,.
“Arghhh....tak nak lah. Kalau nak bagi, beli lain!”, aku lantas
duduk di depan meja solek. Dia tersenyum2.
“Hmmm.....sound jealous”.usiknya padaku.
“Of course la i’m jealous. I’m your wife now!”, agak tinggi suaraku.
Dia memelukku dari belakang. Aku cuba meronta.
“Bila bie dapat tau, sayang yang akan jadi wife bie...at first bie
terkejut. Tapi, entah ea...bie rela kot. Petang sebelum nikah tu bie pergi habib. Just for u my dear”, kucupan
hangat berada ditengkukku.
Lama. Aku memusingkan badanku untuk memeluknya erat.
“Sorry sayang.....”, bisikku padanya. “I love u”, bisikku lagi.
“Really?”, aku mengangguk jujur.”Since when?”, kerut dahinya
bertanya.
“Kat Langkawi.....hahahaha”, memang betul. Saat dia melayanku dengan
baik, sejak itulah kasihku padanya mula mekar Cuma aku pendamkan sahaja.
“I love u to sayang......since bie rampas handphone sayang dekat
kedai Honda. Ingat tak?”. Aku mengangguk.
“Ingat!! Geram sangat masa tu. Macam penyamun”, ejekku kemudian.
“Penyamun yang mencuri hati Marisa Adiyani”, lembut bisikannya.
“Sayang.....”, rengekku manja.
“Yea......manja nie....sayang nak apa..hmmm...rindu?”, aku hanya
tersengih. Dadanya aku usap dan ku kucup penuh kasih.
“I love u”, ucapku kemudian. Dia mengucup dahiku.
“Sayang sangka tak, orang yang sayang selalu marah dulu sekarang dok
melekat 24 jam dengan sayang. Tak boleh pisah”, Imran menguis-kuis pipi
kananku.
“Mana sangka....eiit...tapi kalau ingat2 kelakar jugak. Sayang lah
tu, garang sangat”, cetusku sambil mengeratkan pelukan.
Imran membeli buah-buahan segar serta bunga ros pelbagai warna untukku.
Seminggu di Cameron menyebabkan perubahan pada cara hidupku dan Imran. Kami
menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.
“Amboii.....mama dengan papa bagi hadiah tiga hari dua malam, extend
sampai seminggu nampak”, usik Dr Fakrul. Jelas kelihatan anak perempuannya
sedang berbahagia dengan menantu pilihannya.
“Hahahaha...alah papa tu....saja je. Bila lagi nak cuti. Sementara
cuti sekolah nie kan. Nanti bila dah naik sekolah masing-masing sibuk”, aku
memberi alasan yang ku kira mantap.
“Iya pa......kerja kat sekolah tu banyak. Sibuk memanjang”, Imran
pula bersuara.
“Kamu berdua memang nak duduk satu sekolah ke atau salah sorang
pindah?”, Hjh Sofea memandang muka anak bongsunya yang semakin berseri sejak
balik dari berbulan madu.
“Hmmm....entah ea. Rasa kalau satu sekolah pun tak da masalah
kot...”, tangan Imran sudah merayap dipinggangku. Hih!! Tak malu langsung. “Ke
sayang tak nak tengok muka bie kat sekolah yang sama?”, bisiknya padaku. Aku
menampar pehanya manja.
Sedang kami berbual, bapa mertua dan ibu mertuaku serta adik Imran
datang menjenguk kami.
“Macamana Yani. Okey ke anak papa nie”, soal Haji Ismail sambil
memandang ke arah Imran. Imran tergelak-gelak.
“Apalah papa nie....macam tak ada soalan lain”, dalih Imran pula.
“Hmmm.....of course la papa nak tau sayang......papa selalu cerita
dengan ummi yang Im selalu sangat dok gaduh dengan Yani. Hah!! Sekarang gaduh
lagi ke?”, Hjh Khadijah pula mengusik.
“Biasa-biasa aje ummi. Yani mintak diri dulu ke dapur”, aku
meleraikan pegangan Imran. Dengan selamba dia mengekoriku.
“Kenapa sayang ikut. Pergilah layan papa dengan ummi tu.”aku sibuk
membancuh air Nescafe.
“Tak bolehlah yang, sesaat tak nampak muka sayang rasa macam nak
terjun lombong aje”, jawabnya berlawak. Jemarinya sudah merayap di pinggangku
lalu aku dipeluknya erat. “I really love u sayang”, bisiknya romantic.
“Sayang......”, rengekku manja. Aku mencium bibirnya. Lama.
“Ya Tuhan...apa aje dikerjakan budak nie. Patutlah mama tunggu lama
tak keluar-keluar”, suara mama menyebabkan aku melepaskan Imran namun tangan
Imran masih erat memelukku.
“Dah nak bawak keluar la nie ma....”, balasku sambil sibuk mencari
cawan.
“Heeiii....bawak-bawaklah sabar ea...”, mama mengambil alih tugasku.
Imran sudah tergelak-gelak.
“Hmm...anak mama nie mama bagi apa masa kecik-kecik. Manja!”, Imran
memicit pipiku geram.
“Dengan kamu manja lah dia. Dengan mama nak manja-manja memang kena
penyepak”, mamaku berlawak.”Dah-dah....nak bercintan cintun tunggu dulu. Nie
tolong bawak ke depan nie”. AKu menampar lengan Imran perlahan apabila dia dok
merengek ajak masuk ke bilik.
Sesi persekolahan sudah bermula. Agak sukar juga menahan perasaan
apabila suami berada di depan mata. Bersinar-sinar mataku apabila bertembu
dengan matanya.
“How’s ur life sekarang sejak bergelar isteri kepada Imran Haiqi”,
usik Idayu tersengih-sengih.
“Okey je...”, aku membalas malas sambil tangaku mencapai phoneku
yang bebunyi menandakan sms masuk.
Sayang......miss u so much. Aku
membalasnya.
“Romantik tak dia”, tanya Idayu lagi ingin tahu.
“Kau rasa-rasa?”, saja aku berteka teki dengannya. Aku sudah
tersengih-sengih.
“Hmm...nampak gaya macam romantic. Sekarang nie aku tengok dia
asik-asik memerhati kau aje. Janggal tak satu sekolah?”.
“Mula-mula tu aku rasa janggal gila weh. Tapi sekarang dah okey kot.
Kau mesti asik skodeng kitaorang aje kan”, aku menampar bahu Idayu perlahan.
Idayu tergelak-gelak. Sedang kami berbual pintu diketuk. Imran!!
“Sayang...tolong ambik statement Mahendra, Saraswati and Norlaili.
Dah siap nanti bitau bie. Bie ada kat sebelah”.
“Okey dear”, aku terima arahannya dengan hati terbuka.
“Wahwahwah........aku tengok korang nie betul-betul loving couple
lah...”, Idayu terusan mengusik.
“Dahlah...malas aku layan kau. Kang nanti lambat ada yang kena
jerkah. Nak?”, Idayu tergelak agak kuat.
Hasil soal siasat, rupanya minah tiga orang ni pencuri handphone.
Rasa macam nak luku je sekor-sekor.
“Sayang....nie statement diaorang tu”, aku memberinya borang
berwarna putih tersebut. Imran mengambil lalu jemarinya mencapai tanganku dan
menciumnya lama.
“Tau tak bie rindu sangat dekat sayang......”, adohaiii dah tahap
angau dah nie....
“Miss u to sayang”, bisikku perlahan. AKu mengambil duduk di
hadapannya. Imran memandang wajah isteri dihadapannya dengan rasa sayang yang
menggila.”Apa yang sayang fikir nie”, aku menepuk jemarinya apabila dia
berkhayal.
“Sayang tau kan kalau bie dah rindu bie kena buat apa...”, rengeknya
manja. Alahai suami aku sorang nie....
“Ayang tau...tapi kita kat sekolah sayang....sayang sabarlah. Lagi
30 minit kan waktu nak balik”, pujukku padanya. Huhuhu payah wehhh kalau laki
dah angau nie. Asyik nak berkepit aje.....
“Sayang...nak ni...”, dia mengunjukkan pipinya ke arahku.
Adoiiii.......aku tersenyum lalu mara ke arahnya. Pipinya ku kucup mesra.
“Sayang....ayang nak buat kerja sikit. Jangan nakal2 tau. Nie kalau
papa tau mau kena bebel”, sebelum keluar aku mengucup tangannya. Dia seakan
sukar merelakan aku pergi. Alahaiiii....teringat Idayu cakap....hah!!nanti
mamat tu lah yang kau damba siang dan malam. Ternyata, apa yang dicakapkan
olehnya itu betul-betul terjadi kini!!!!
Usia pernikahan aku dan Imran dan masuk bulan ke dua. AKu risau,
sejak dua menjak Imran sering tak sihat. Kadang-kadang demam malam sampai
menggigil. Bila nak ajak ke klinik mesti dia bantah. Geram pulak aku!!!Degil
betul....
“Sayang memang dah tak sayang kat ayang kan”, rungutku pada malam
itu. AKu lihat dia lemah betul. Lepas Isya’ dia terus terbaring di katil. Makan
pun tidak berselera.
“Kenapa nie sayang.....”, lemah suaranya bertanya. Airmata aku mengalir
perlahan.
“Ayang takut tau tengok sayang macam ni., Muka pucat. Lepas tu
sayang lemah aje....ajak pergi klinik tak nak. Ayang tak kira, ayang kena
bertegas! Malam nie sayang kena jugak pergi klinik kalau tak sayang tidur bilik
lain”, aku mengugutnya geram. Dia melihat aku melalui lirikan matanya sahaja.
Aku menukarkan pakaiannya lalu memapah ke kereta. Imran menggigil kesejukan
lalu aku menyarungkan blazer yang memang ada dalam keretaku itu. Dahinya
kukucup penuh kasih.
“Suami puan tidak ada apa sebarang masalah”, Dr Farid memberikan
kenyataan perihal suamiku.
“Tu lah ayang....sayang dah cakap. Sorrylah doktor isteri saya nie
panic semacam”, suara Imran.
“Masalahnya doktor, ni dah dekat seminggu malam aje demam sampai
menggigil. Sapa yang tak takut doktor”, risau aku meluahkan isi hatiku. Tak
kanlah tak ada apa-apa!!Musykil aku..
“Saya bagi ubat ini untuk permulaan, seandainya still sama datang
lagi kita buat check up lagi lah”, aku hanya mengangguk dan sambil memaut
lengan Imran, kami keluar setelah mengucapkan terima kasih.
“Papa tengok Im pucat aje akhir-akhir nie. Tak sihat ke?”, suara Hj
Ismail tapi dia tengok menantunya semakin berseri dan bertambah cantik.
“Entahlah pa. Yani dah bawak dah pergi klinik, doktor tu cakap tak
ada apa-apa. Im kerap demam malam sekarang ni. Lepas tu rasa memang lemah
sangat”.
“Rujuk pakar. Papa tak nak Im remehkan perihal kesihatan ni. Esok ambik
cuti, Im pergi jumpa Dr Hariz, kawan papa. Buat chek up betul-betul”, arah Hj
Ismail. Imran mengangguk lemah. Terbayang di mata nya wajah muram Yani pabila
melihat dia tidak sihat. Isterinya itu betul bimbang akan dirinya.
“Kau nie dah kenapa. Monyok aje aku tengok”, Wana menegurku apabila
aku lebih banyak termenung dari bercakap.
Aku tiba-tiba jadi sedih. Air mata mengalir ke pipiku.
“Iskk...kenapa? Gaduh dengan Imran?”, tanya Wana lagi.
“Tak la.....aku risau lah Wana. Imran sekarang kesihatannya teruk
sangat. Aku betul-betul bimbang. Dah bawak pergi klinik tapi doktor cakap tak
ada apa masalah. AKu ingat nak bawak pergi pakar lah”, sendu suaraku.
“Tu lah. Aku tengok muka dia pun pucat aje. Tapi kalau dah doktor
kata okey, means okeylah. Kau janganlah risau sangat. Doa banyak-banyak”, pujuk
Wana.”KAu tak boleh macam ni bila berdepan dengan Imran. Nanti lagi tak okey
keadaannya”, nasihat Wana. AKu mengangguk.
Seperti yang diminta oleh Hj Ismail, Imran pergi ke Hospital
Columbia dan berjumpa dengan Doktor Hariz. Sementara diriku yang mengikuti
mesyuarat panitia daerah
tidak senang duduk. Aku takut untuk menerima sesuatu yang buruk!!!Ya
Allah....mudahan tidak ada apa yang terjadi kepadas suamiku.
Tepat tiga jam Imran membuat check up segera aku menelefonnya.
“Sayang.......”, ucapku perlahan. Suara Imran betul-betul lemah
ketika itu. Hatiku berdebar kencang.
“Yang.....sayang kena tahan ward la”.
“What!!!!”,aku terjerit. Macam teruk aje penyakit laki aku nie.
Tergesa aku meminta izin untuk keluar kerana kes kecemasan.
Sampai di hospital aku terus ke wad seperti yang Imran nyatakan.
Ketika itu dia tidur. Segera aku menghubungi pihak sekolah menyatakan suamiku
masuk wad. Haji Ismail yang menerima berita tersebut juga terkejut dan dia
segera pergi ke hospital.
Dua hari suamiku di tahan. Tetapi hasil pemeriksaan doktor tidak ada
apa-apa penyakit.Aku mengucapkan syukur yang tidak terhingga. Namun, pelik
masih bermaharajalela dalam diri ini.
“Apa yang berlaku kat sayang sebenarnya ni? Kenapa sakit sayang
macam tak kebah2? Ayang risaula kalau sakit sayang terus camni.”tangis aku
sambil menggenggam tangan Imran pada
kala itu. Aiman yang sedang tidur nyenyak saja lagaknya hanya terbaring di atas
katil di hospital itu.
“En. Aiman awak dah rasa segar ke hari ni? Tapi awak harus jaga2
sebab awak masih dalam pengawasan kami pihak hospital. Pasal isteri En. Imran En. Imran jangan risau seperti yang pernah saya janjikan kat En. Imran sebelum
ni. Tapi saya rasa... “kata doktor yang merawat Imran tatkala dia melawat
kesihatan Imran tanpa sempat dia menghabiskan kata2 ekoran Imran menyampuk dan
menunjukkan isyarat diam sebagai tanda untuk dia tidak meneruskan ayatnya sebab
ada orang yang menghala ke arah mereka saat itu.
“Bagaimana keadaan suami saya doctor? Bila suami saya ni boleh
keluar wad? Dia dah tak pe2 kan..?”soal aku kepada doctor dengan rasa khuatir
yang masih ada di hati.”Sabar2 Puan Marlisa. Suami puan tak pa2. Tak lama lagi
dia dah boleh balik ke rumah tapi awak kena tengokkan dia selalu sebab dia
masih belum sepenuhnya sihat lagi.”jawab doktor sambil tersenyum kepada Imran. Imran yang mendengar hanya terlihat senyum lantas tangan isterinya tersayang
dikucup kasih. Marlisa membalas dengan memberi ciuman yang sangat mendalam ke
pipi suaminya sambil mengucapkan tanda syukur ke hadrat Ilahi untuk semuanya.
“Erm,sayang nak makan apa? Nanti ayang belikan tuk sayang k..hehe..”tanya aku
sejurus selepas doktor yang merawat Imran berlalu keluar dari kamar tempat Imran ditempatkan.”Sayang tak nak pe2..sayang just nak Bie dengan sayang je
terus.hehe..nak makan la. Lapar dah ni.hehe”jawab Imran sambil mencuit hidung
manis isterinya itu. Kebahagian mulai terasa didalam diri pasangan dua sejoli
itu.
“Sayang nak ke mana ni bersiap pagi2? Sayang dah betul2 sihat ke? Sayang
duduk je la kat umah”bebel aku sambil melipat kain cadar katil sebelum mahu
berangkat ke sekolah.”Ish, sayang ni sejak dua menjak ni asyik membebel je. Banyak
sungguh mulut dia tu. Dah macam senapang M16 dush3...yang nak serang orang
bila2 je. Haha..”kata Imran sambil mencuit dagu isteri tercinta. “Ahh!! Macam M16
sayang cakap kat ayang? Sampai ati.. majuk dengan sayang”aku kalih ke tempat
bagi menunjukkan tanda protesku pada suamiku itu.”Dia cakap aku yang banyak
membebel..?? Dia pun sama jugak. Ish..geram eh”muncung aku.”Aloo3..sorry
sayang. Bie gurau je la. Okay..Bie nak gi kerja sekali ngan sayang la. Saya okay.
Dah sihat dah ni. Janganlah risau.”balas Imran sambil memeluk aku dari
belakang. Bahagianya hidup bila sentiasa dapat bersama selalu camni.
Perjalanan menuju ke tempat kerja mereka hanya memakan masa 15 minit
untuk sampai. Seperti biasa jalan menuju ke kawasan sekolah memang penuh sesak.
Dalam perjalanan, Imran dan Marlisa melayan diri masing2 dengan alunan lagu
dalam radio.”Sayang..” sambil meramas perlahan tangan si isteri. “Ayang nak
cakap yang i really2 thank you tuk semua yang ayang dah buat tuk ayang. Ayang sayang
sangat2 kat sayang. Kalau pe2 terjadi kat ayang nanti,ayang nak sayang tau yang
ayang memang sayang kat sayang sangat2 sejak hari pertama kita berkahwin lagi. You
are mine and always be mine.”ucap tulus Imran kepada isterinya sambil mencium
ubung2 rambut isterinya. “Sayang pon sayangkan ayang sangat2. You are my
husband so that is my responsibility to take a good care of you when you are in
sick. Hehe..”balas aku dengan yakin dan tulus.
“Wah2..romantiknya korang. Aish.. jeles aku tengok. Bahagianya kalau
aku pun boleh dapat camni. Tapi kau tau la suami akak tu Abang Leman. Asyik
sibuk ngan kerja dia je. Mana de masa
nak romantik2 bagai cam korang ni. Hehe.. tapi akak tumpang gembiralah tuk
korang. Dulu bukan main lagi duk bercakar tiap kali berjumpa. Nah..tengok
sekarang dah macam belungkas tak boleh berpisah, nak berkepit je. Haha..”sahut
Cikgu Mely tatkala melihat pasangan dua sejoli itu sedang menuju ke ruang bilik
guru bersama-sama. Imran dan Merlisa yang mendengar hanya tersenyum dan muka mula
memerah malu.
“Okay la sayang. Ayang nak gi mengajar dah ni. Nanti kita lunch
sama2 kay..hehe..”kata Imran sambil mencium pipi isterinya kasih.”Okay. Ayang
mengajar elok2 kay..”balas aku sambil mencium tangan Imran sebagai tanda
hormat.”Bahagia sungguh korang berdua eh..syukur aku tengok korang. Bila korang
nak de baby ni? Aku tak sabar nak dukung ni. Haha..”kata Cikgu Amy sambil
tersengih2. “Baby? Entahlah. Kami tak pernah bincangkan tentang tu pun lagi
buat masa sekarang. Tapi kalau de rezeki kami terima je Amy. Ye la kami pun dah
tua. Umur dah makin meningkat. Hehe..erm,k la aku nak gi mengajar ni. Nanti kita
borak lagi eh..Cao.”sambung aku sambil kaki ku hayun menuju ke kelas 5 lbn.
Sesi pengajaran dijalankan seperti biasa. Cuaca redup macam nak
hujan. Ketukan di pintu bilik kelas ku sambut. “Ye masuk. Hah, Siti kenapa awak
ke sini? Ada perjumpaan atau mesyuarat tergempar ke bilik mesyuarat?” “Cikgu,
Cikgu Imran cikgu. Cikgu Imran jatuh pengsan kat toilet cikgu. Saya lalu kat
depan tu tadi terus saya ternampak Cikgu Imran jatuh terduduk kat situ. Saya dah
kasitau kat pengetua sekolah dah. Cepat Cikgu.”tercungap2 Siti menghabiskan
ayat2 tersebut. “Okay kelas. Kelas kita berhenti kat sini. Siti jom”kata aku
kepada kelas sambil terus berlari keluar menuju ke tempat Imran jatuh pengsan.
“Ayang, bangun. Ayang jangan buat sayang camni. Cepat call ambulance
sekarang!!!”tengking aku sambil memeluk kepala Imran rapat dan air mata mula
menitis.”Sabar2..ambulance akan sampai kejap lagi”ucap Cikgu Amir menenangkan
aku.
2 jam Aiman berada di dalam labour room tu. Aku masih resah
memikirkan tentang dia. “Ya Allah selamatkanlah suamiku itu. Aku sayang sangat2
kat suami aku tu ya Allah. Janganlah Kau amik dia dari aku Ya Allah. Dia masih
aku perlukan. Anak kami juga memerlukan ayahnya. Ayah dia perlu ada untuk hari2
panjang kami bersama Ya Allah.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbi.”ucap aku
dengan penuh kekusyukan dengan harapan semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Berita tentang yang dikandung amat memberi harapan tuk aku meneruskan hidup
walaupun dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa sayunya bila suami kini
di dalam bilik rawatan. Mama, Papa, Mak dan Ayah ada mengunjungi aku sambil
cuba menenangkan juga. Semua berada dalam keadaan muram dan gelisah menanti
keluarnya doktor dari bilik itu.
Seminggu hidupku bagai orang yang sasau. Keadaan sudah tak terurus. Tapi
hanya satu perkara yang mampu menguatkan diri dan menyedarkan aku tentang reality
sebenar.”Ye. Aku harus bangkit. Aku harus berjuang untuk family aku. Aku tak
boleh sedih je macam ni. Marlisa Adiyani binti Fakrul kau harus kuat. Ingatkan baby
yang ade kat dalam perut kau sekarang. Dia membesar dalam perut sebab nak bagi
Mama dia happy dan teruskan hidup. Life must go on.”sahut aku dalam diri
menyakinkan diri dan terus bangkit tuk memulakan semula dengan zero.
Seperti kebiasaan aku akan menuju ke pusara arwah Aiman. Walaupun dia
dah takde kat dunia disebabkan penyakit kanser tulang yang teruk yang dia tak
pernah cerita kat aku mahupun family dia sendiri tapi cinta aku untuk dia tetap
ada sampai bila2. Cinta mati. Deringan telefon diangkat dan diletakkan semula
ke tempat asal. Ada benda jatuh. “Aik, ni apa? Sejak bila pulak CD ni ade kat
sini? Huhu.. pasang ah..” pasang aku CD itu sambil memandu kereta menuju ke arah
jalan pulang ke rumah.
“Dear Marlisa Adiyani binti Fakrul yang disayangi. Rakaman ini ayang
buat khas tuk sayang. Luahan ayang semua ayang selitkan disini. First sekali
ayang nak minta maaf kat sayang sebab tak memberitahu sayang perihal penyakit
yang ayang hadapi. Bukan niat ayang nak buat sayang risau tapi ayang tak nak
sayang akan terus risaukan ayang sampai ayang akan rasa bersalah menyusahkan
sayang. Sayang pun tau kan betapa dalamnya cinta ayang kepada sayang. Cinta ayang
sudah lama ayang semai untuk sayang cuma ayang tak tahu dan tak pernah nak amik
tau tentang itu semua. Sayang tahukah sayang yang ayang sayangkan ayang sejak
kita masih lagi bermusuh. Rupa2nya tindakan ayang yang selalu nak menjatuhkan
atau nak menyakitkan sayang dulu itu adalah tanda bahawa sayang sudah ada
dihati ayang. I love damn much sayang. Sesungguhnya cinta ayang ini akan terus
tersemat dihati sayang walaupun ayang sudah tiada disisi sayang. Walaupun saat
bersamamu singkat sayangku namun aku bersyukur kerna kau jua mencintaiku
sayang. I really2 appreciate it. Thanks for giving me that precious thing in my
life. Hatiku milikmu dan hatimu milikku jua. Last words, i want to say I REALLY
LOVE YOU MY DEAR WIFE..FULL OF LOVE..”serta-merta rakaman itu terhenti dengan
sendirinya. Titisan demi titisan air mata mengalir jatuh ke pipi aku. Tidakku sangka
masih ada titipan si dia buat aku untuk kali terakhir hayatnya. “Ayang,kata2 mu
ini akan ku semat terus ke hati buat selamanya. Dan untuk anak kita. Sayang akan
jaga permata kita ini dan didik dia sebaik mungkin. Itu janji sayang. Ayang tenanglah
disana dan doakan tuk kebahagian sayang disini. Sayang sayang ayang sangat2.”ucap
aku di dalam hati sambil mengusap perut yang sudah semakin membesar. Itulah hadiah
yang paling berharga yang ada dari dia untuk aku. Sesungguhnya cinta itu memang
amat indah untuk dirasai dan penuh pengorbanan.
No comments:
Post a Comment